Ahad, 28 Jun 2020

(3 ALIF) Tajuk: Fikir Dahulu Sebelum Buat

Kemahiran: Mendengar dan Bertutur


Arahan:
1. Lihat dan hayati gambar berikut dengan teliti.






Gambar 1


Gambar 2

2. Jawab soalan-soalan yang berikut dengan tepat,

i) Apakah yang dimaksudkan dengan berita atau maklumat palsu? (2m)

ii) Berdasarkan maklumat yang anda peroleh, berikan dua impak penyebaran berita palsu. (4m)

iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk kita mengelak daripada menyebarkan berita palsu? (4m)




(2 ALIF) Tajuk 1: Seni Ragam Hias Pengangkutan, Alat Permainan, Alat Permainan Rakyat dan Alat Domestik

Pilih satu wau dan lukis corak wau tersebut.







Khamis, 25 Jun 2020

(PERALIHAN) Tajuk: Minggu Kebudayaan Sekolah

Kemahiran: Menulis
Tajuk: Rangka Karangan dan Cara Penulisan Perenggan Pendahuluan

Sila tonton video di bawah.



  • Rangka Karangan
  1. Pendahuluan
  2. Isi penting 1
  3. Isi penting 2
  4. Isi penting 3
  5. Isi penting 4
  6. Penutup
****************************************************
  • Cara Penulisan Perenggan Pendahuluan
  1. Kenal pasti tema karangan dalam soalan.
  2. Lengkapkan rangka perenggan pendahuluan berdasarkan tema karangan yang telah diberikan.
  • Rangka Perenggan Pendahuluan
                     Diskusi tentang (tema karangan) sering kali kedengaran di warung kopi, kafe siber mahupun restoran mewah. Hakikatnya, (tema karangan) semakin terkenal dan mendapat sambutan pada masa ini. Justeru, terdapat beberapa (tema karangan).


****************************************************

CONTOH PERENGGAN PENDAHULUAN

Soalan: Tulis satu perenggan pendahuluan yang lengkap dengan maklumat yang diberi tentang kebaikan menghayati budaya kaum lain.

Tema karangan: Kebaikan menghayati budaya kaum lain.

Penulisan perenggan karangan:

                 Diskusi tentang kebaikan menghayati budaya kaum lain sering kali kedengaran di warung kopi, kafe siber mahupun restoran mewah. Hakikatnya, kebaikan menghayati budaya kaum lain semakin terkenal dan mendapat sambutan pada masa ini. Justeru, terdapat beberapa kebaikan menghayati budaya kaum lain.

****************************************************

LATIHAN: Merujuk kepada rangka penulisan karangan dan contoh yang telah diberikan, lengkapkan latihan berikut.

1. Tulis satu perenggan pendahuluan yang lengkap dengan maklumat yang diberi tentang kebaikan sukan tradisional.

Tema karangan: Kebaikan sukan tradisional.

                    Diskusi tentang ___________________________ sering kali kedengaran di warung kopi, kafe siber mahupun restoran mewah. Hakikatnya, ___________________________ semakin terkenal dan mendapat sambutan pada masa ini. Justeru, terdapat beberapa ___________________________. 


2. Tulis satu perenggan pendahuluan yang lengkap dengan maklumat yang diberi tentang kelebihan produk-produk buatan tempatan.

Tema: Kelebihan produk-produk buatan tempatan.


                    Diskusi tentang ___________________________ sering kali kedengaran di warung kopi, kafe siber mahupun restoran mewah. Hakikatnya, ___________________________ semakin terkenal dan mendapat sambutan pada masa ini. Justeru, terdapat beberapa ___________________________.