Senarai Tugasan PdPR 4.0 Tahun 2021

Isnin, 30 Ogos 2021

T2 - BM - Kata Adjektif (Latihan)

 ๐Ÿ“„ Murid perlu selesaikan tugasan pada pautan yang berikut >> KLIK SINI
 ๐Ÿ’ฏ Murid perlu mendapatkan markah 8 dan ke atas. Murid boleh menjawab soalan berulang kali. 
 ๐Ÿ“ธ Setelah siap tugasan, ambil gambar dan hantar kepada cikgu *sebelum pukul 9 malam ini* 
 ๐Ÿง•๐Ÿป Sekiranya ada apa-apa masalah, sila PM cikgu ya 
 ๐Ÿ’ Semoga dipermudahkan segala urusan murid-murid untuk mengulang kaji pelajaran ๐Ÿฅฐ

Ahad, 29 Ogos 2021

T3 - BM - Edit dan Sunting (Ujian Pengesanan)

Kemahiran Menulis

Baca teks dengan teliti. Kemudian, salin isi-isi penting berikut:

BAHAGIAN C

Tajuk: Langkah-langkah mengukuhkan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.

Isi-isi penting:

1. masyarakat perlu menghidupkan semua konsep rukun tetangga di kawasan perumahan mereka.

2. mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan kediaman.

3. pihak kerajaan perlu mengadakan kempen kesedaran tentang kepentingan semangat kejiranan.

4. Penggunaan media massa seluas yang mungkin dengan iklan yang menarik.

5. Masyarakat perlu mengubah sikap mereka dengan memandang semangat kejiranan ini sebagai perkata yang cukup penting dalam kehidupan.

BAHAGIAN D

Salin semula contoh jawapan karangan pendek di bawah:

Contoh jawapan:

Kelab Sejarah sekolahku telah mengadakan lawatan sempena Sambutan Hari Pahlawan.

                Kami bertolak seawal 7.30 pagi dengan menaiki bas ke Dataran Merdeka. Terdapat ramai penonton yang berbilang kaum. Ketibaan DYMM di-Pertuan Agong telah disambut meriah. Selepas itu, kami menyanyikan nyanyian Lagu Negaraku dengan bersemangat. Majlis dimulakan dengan lintas hormat dan perarakan tentera negara. Terdapat berbagai-bagai jenis kereta berhias dan maskot yang unik serta persembahan tarian dan nyanyian lagu patriotik. Kami mengibarkan bendera Jalur Gemilang dan melaungkan kalimat merdeka.

                Aku berasa bangga dan amat gembira kerana telah menyertai Sambutan Hari Pahlawan itu.

PERINGATAN!
--Sila jawab soalan dalam buku Membaca atau jika tiada sila jawab dalam testpad ๐Ÿ“–๐Ÿ“‘
--Setelah siap menjawab, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah ๐Ÿก

Khamis, 26 Ogos 2021

T3 - BM - Kuiz Kesalahan Ejaan

๐ŸŽฎ Jawab kuiz ejaan dalam bentuk permainan interaktif pada pautan yang berikut >> KLIK SINI
 ๐Ÿ–Š Murid perlulah menulis *nama penuh* sebelum memulakan permainan. 
 ๐Ÿ“ธ Murid tidak perlu menghantar tangkap layar skrin markah kerana cikgu akan menerima senarai nama murid dalam Wordwall. 
 ๐Ÿ’ฏ Pastikan murid-murid mendapat sekurang-kurangnya 15 jawapan yang betul. Sekiranya kurang 15 jawapan yang betul, sila jawab kuiz sekali lagi. 
 ๐ŸšจMurid-murid diminta untuk menjawab kuiz *sebelum 9 malam hari ini* 
 ๐Ÿ“ฑSekiranya ada apa-apa masalah, sila berhubung terus dengan cikgu ya. 
๐Ÿ’ช๐Ÿป Semoga dipermudahkan segala urusan murid-murid untuk menuntut ilmu!

T2 - BM - Bahasa Kebangsaan (perenggan isi)

 Kemahiran Menulis

Tonton dan hayati video berikut >> KLIK SINI

Kemudian, hasilkan 3 perenggan isi berdasarkan soalan yang diberikan.

Soalan:

Bahasa kebangsaan sesuatu negara mampu untuk menyatukan rakyatnya. Huraikan kepentingan bahasa kebangsaan kepada negara kita.

*rujuk nota rangka penulisan karangan >> KLIK DI SINI

 PERINGATAN!

--Sila buat tugasan dalam buku Menulis atau jika tiada sila jawab dalam testpad ๐Ÿ“–๐Ÿ“‘
--Setelah siap, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah ๐Ÿก

Selasa, 24 Ogos 2021

T2 - BM - Bulan Bahasa Kebangsaan (perenggan pendahuluan dan penutup)

 Kemahiran Menulis

Tonton dan hayati video berikut >> KLIK SINI

Kemudian, hasilkan satu perenggan pendahuluan dan satu perenggan penutup berdasarkan soalan yang diberikan.

Soalan:

Bahasa kebangsaan sesuatu negara mampu untuk menyatukan rakyatnya. Huraikan kepentingan bahasa kebangsaan kepada negara kita.

*rujuk nota rangka penulisan karangan >> KLIK DI SINI

 PERINGATAN!

--Sila buat tugasan dalam buku Menulis atau jika tiada sila jawab dalam testpad ๐Ÿ“–๐Ÿ“‘
--Setelah siap, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah ๐Ÿก

Isnin, 23 Ogos 2021

T2 - BM - Latihan Karangan Pendek

๐ŸŽฅ Murid perlu menonton dan menghayati video berikut >> KLIK SINI 
๐Ÿ“„ Kemudian, selesaikan tugasan pada pautan yang berikut >> KLIK SINI
๐Ÿ’ฏ Murid perlu mendapatkan markah 8 dan ke atas. Murid boleh menjawab soalan berulang kali. 
๐Ÿ“ธ Setelah siap tugasan, ambil tangkap layar skrin dan hantar kepada cikgu *sebelum pukul 9 malam ini* 
๐Ÿง•๐Ÿป Sekiranya ada apa-apa masalah, sila PM cikgu ya 
๐Ÿ’ Semoga dipermudahkan segala urusan murid-murid untuk mengulang kaji pelajaran ๐Ÿฅฐ

Khamis, 19 Ogos 2021

T3 - BM - Bulan Kebangsaan

Kemahiran Menulis  

1. Berdasarkan maklumat berikut, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Sambutan Bulan Kebangsaan di Sekolah

2. Berdasarkan maklumat berikut, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Langkah-langkah Memupuk Semangat Patriotik

semangat patriotik - perlu dipupuk - masyarakat berbilang kaum - didikan ibu bapa - cinta akan tanah air - menyertai program kenegaraan - menyertai sambutan kemerdekaan - menghargai sejarah dan tokoh negara - melawat tempat-tempat bersejarah - peranan kerajaan - kempen - bersatu padu - mewujudkan negara yang aman - hidup harmoni dan sejahtera

PERINGATAN!

--Sila buat tugasan dalam buku Menulis atau jika tiada sila jawab dalam testpad ๐Ÿ“–๐Ÿ“‘
--Setelah siap, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah ๐Ÿก

T2 - BM - Menjunjung Kasih Tuanku

 Aspek Tatabahasa

Aktiviti 1

Salin nota yang berikut:

Aktiviti 2
Baca dan fahami teks pada halaman 153 buku teks BM Tingkatan 2. Kemudian, senaraikan 5 kata nama terbitan yang anda peroleh.

Kata Nama Terbitan:
1.
2.
3.
4.
5.

Aktiviti 3
Bina ayat menggunakan 5 kata nama terbitan yang anda telah peroleh dalam Aktiviti 2.
1.
2.
3.
4.
5.

 PERINGATAN!

--Sila buat tugasan dalam buku Tatabahasa atau jika tiada sila jawab dalam testpad ๐Ÿ“–๐Ÿ“‘
--Setelah siap, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah ๐Ÿก

Rabu, 18 Ogos 2021

T3 - BM - Pejuang Tanah Air (perenggan pendahuluan dan perenggan penutup)

 Kemahiran Menulis

Teliti bahan di bawah dengan teliti (halaman 65, buku teks BM Tingkatan 3). Kemudian, hasilkan satu perenggan pendahuluan dan satu perenggan penutup berdasarkan arahan yang diberikan.

--Pejuang tanah air telah mengorbankan pelbagai aspek dalam kehidupan mereka bagi mendapatkan keamanan negara. Huraikan cara-cara mengenang jasa pejuang tanah air.

*rujuk nota rangka penulisan karangan >> KLIK DI SINI

 PERINGATAN!

--Sila buat tugasan dalam buku Menulis atau jika tiada sila jawab dalam testpad ๐Ÿ“–๐Ÿ“‘
--Setelah siap, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah ๐Ÿก

Selasa, 17 Ogos 2021

T2 - BM - Jagat Remaja

 Kemahiran Menulis

Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam halaman 151 buku teks Bahasa Melayu tingkatan 2, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan.

 PERINGATAN!

--Sila buat tugasan dalam buku Menulis atau jika tiada sila jawab dalam testpad ๐Ÿ“–๐Ÿ“‘
--Setelah siap, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah ๐Ÿก

Isnin, 16 Ogos 2021

T2 - BM - POP KUIZ EJAAN

Arahan:

1. Murid-murid perlu menjawab kuiz yang berikut >> KLIK DI SINI

2. Murid-murid tidak perlu tangkap layar skrin markah kerana cikgu akan menerima senarai nama dalam laman sesawang tersebut.

3. Murid-murid diminta untuk menjawab kuiz sebelum 8 malam hari ini (Isnin, 16/8/2021)

4. Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila terus berhubung dengan cikgu melalui Whatsapp.

Ahad, 15 Ogos 2021

T3 - BM - Pejuang Tanah Air (perenggan isi)

Kemahiran Menulis

Teliti bahan di bawah dengan teliti (halaman 65, buku teks BM Tingkatan 3). Kemudian, hasilkan tiga perenggan isi berdasarkan arahan yang diberikan.

--Pejuang tanah air telah mengorbankan pelbagai aspek dalam kehidupan mereka bagi mendapatkan keamanan negara. Huraikan cara-cara mengenang jasa pejuang tanah air.

*rujuk nota rangka penulisan karangan >> KLIK DI SINI

 PERINGATAN!

--Sila buat tugasan dalam buku Menulis atau jika tiada sila jawab dalam testpad ๐Ÿ“–๐Ÿ“‘
--Setelah siap, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah ๐Ÿก

Khamis, 12 Ogos 2021

T3 - BM - Kuiz Pola Ayat

 Arahan:

1. Murid-murid perlu menjawab kuiz yang berikut >> KLIK DI SINI
2.Murid boleh rujuk nota berikut >> KLIK DI SINI
3. Setelah siap menjawab, tangkap layar skrin markah kuiz dan PM cikgu di Whatsapp.
4. Murid-murid diminta untuk menjawab kuiz sebelum 9 malam hari ini (Khamis, 12/8/2021)
5. Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila terus berhubung dengan cikgu melalui Whatsapp.

T2 - BM - Komuniti Prihatin

Kemahiran Menulis

Aktiviti 1

Baca dan fahami perenggan isi taklimat berikut (buku teks BM Tingkatan 2 halaman 100)

Aktiviti 2

Berdasarkan maklumat yang anda peroleh daripada taklimat yang anda telah baca, lengkapkan teks dialog berikut dengan jawapan yang betul dan ayat yang gramatis. 

Ahmad    : Hai, Sarah. Apa khabar?

Sarah        : Hai, Ahmad. Saya baik-baik sahaja. Adakah awak baru pulang daripada majlis taklimat tentang kepolisan masyarakat di dewan komuniti?

Ahmad    : Ya, betul. Saya amat tertarik dengan kepolisan masyarakat yang diwujudkan dalam komuniti kita. Kepolisan masyarakat sangat penting kerana _________________________________________.

Sarah        : Betul kata awak, Ahmad. Keterlibatan anggota masyarakat juga penting. Hal ini demikian kerana apabila masyarakat bekerjasama dengan polis maka ______________________________. Bukan itu sahaja _________________________________.

Ahmad    : Saya setuju dengan penyataan awak. Adakah awak tahu apakah Kepolisan Masyarakat ini, Sarah?

Sarah        : Ya, saya tahu. Kepolisan Masyarakat ialah _____________________________________

_____________________________________________________________________.

Ahmad       : Betul, Sarah. Visi Kepolisan Masyarakat juga amat mulia iaitu _____________________

_________________________________________________________________________________.

Sarah        : Antara misi Kepolisan Masyarakat pula ialah ________________________________ dan ___________________________________.

Ahmad    : Banyak kebaikan tentang Kepolisan Masyarakat ini, kan Sarah? Saya amat berbangga kerana komuniti kita sanggup untuk menggalas tanggungjawab bersama dalam mewujudkan suasana kejiranan yang selamat dan harmoni.

Sarah        : Benar belaka. Oh, hari sudah lewat ni, Ahmad. Saya pulang dulu ya. Jumpa lagi!

Ahmad     : Baiklah, Sarah. Jumpa lagi!

 PERINGATAN!

--Sila buat tugasan dalam buku Menulisa atau jika tiada sila jawab dalam testpad ๐Ÿ“–๐Ÿ“‘
--Setelah siap, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah ๐Ÿก

Rabu, 11 Ogos 2021

T3 - BM - Pengusaha Tanaman Hiasan

Aspek Seni Bahasa

Aktiviti 1

Baca teks dialog berikut dengan teliti. Kemudian, kenal pasti kiasan dan peribahasa yang terdapat dalam teks dialog tersebut.

Aktiviti 2

Berdasarkan teks dialog yang telah anda baca, lengkapkan jadual berikut dengan maksud yang betul.

  • jika berusaha dengan gigih, pasti akan berjaya.
  • melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh secara permulaan sahaja dan ditinggalkan setelah mula bosan.
  • sifat baik atau buruk ibu dan bapa yang diwarisi oleh anak.
  • seseorang yang mempunyai minda yang sangat pintar.
  • sesuatu kejayaan itu tidak akan dapat dicapai tanpa usaha.
  • sekiranya seseorang mempunyai cita-cita, pasti dia akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapaikan walaupun menghadapi pelbagai cabaran.
  • sesuatu yang sangat bernilai.

Aktiviti 3

Bina ayat menggunakan kiasa dan peribahasa yang berikut:

1. mahal seperti permata

__________________________________________________________________.

2. cerdik seperti kancil

__________________________________________________________________.

3. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

__________________________________________________________________.

4. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

__________________________________________________________________.

5. hangat-hangat tahi ayam sahaja

__________________________________________________________________.

PERINGATAN!
--Sila buat tugasan dalam buku Seni Bahasa atau jika tiada sila jawab dalam testpad ๐Ÿ“–๐Ÿ“‘
--Setelah siap, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah ๐Ÿก

Isnin, 9 Ogos 2021

T2 - BM - Kuiz Kata Ganda

   Arahan:

  1. Murid-murid perlu menjawab kuiz yang berikut >> KLIK DI SINI
  2. Setelah siap menjawab, tangkap layar skrin markah kuiz dan PM cikgu di Whatsapp.
  3. Murid-murid diminta untuk menjawab kuiz sebelum 9 malam hari ini (Isnin, 9/8/2021)

  4. Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila terus berhubung dengan cikgu melalui Whatsapp.

  5. Semoga dipermudahkan segala urusan murid-murid untuk menuntut ilmu!

Ahad, 8 Ogos 2021

T3 - BM - Hempasan Ombak (Gaya Bahasa)

Aspek Seni Bahasa

Salin nota yang berikut.

GAYA BAHASA

1. Bahasa Arab - penggunaan bahasa asing iaitu bahasa Arab dalam novel.

Sebagai contoh: Assalamualaikum, Astaghfirullah

2. Bahasa Inggeris - penggunaan bahasa asing iaitu bahasa Inggeris dalam novel.

Sebagai contoh: classmate, window shopping

3. Hiperbola - penggunaan perkataan yang membawa maksud berlebih-lebihan.

Sebagai contoh: Lidah api menjilat ganas apa-apa sahaja yang tercapai.

4. Personifikasi - Pemberian sifat manusia kepada benda yang tidak hidup.

Sebagai contoh: Rasa serba salah mula mencekik dirinya.

5. Simile - Perbandingan sesuatu objek menggunakan kata-kata perbandingan (terdapat penggunaan perkataan seperti, bak, bagai, macam, laksana, ibarat, umpama).

Sebagai contoh: Syarikat yang ditubuhkan sejak hujung 60-an itu bagai pelita yang meliuk-liuk apinya.

6. Peribahasa - penggunaan peribahasa dalam novel.

Sebagai contoh: putih mata; gulung tikar; genggam bara api biar sampai jadi arang; diluah mati emak, ditelan mati bapa; kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

7. Repetisi - penggunaan perkataan yang berulang dalam satu baris atau rangkap.

Sebagai contoh: "Kerja, kerja. Makan, makan" ujar Hajah Zaoyah.

Sumber: Harummanis2

PERINGATAN!
--Sila buat tugasan dalam buku Seni Bahasa atau jika tiada sila jawab dalam testpad ๐Ÿ“–๐Ÿ“‘
--Setelah siap, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah ๐Ÿก

Khamis, 5 Ogos 2021

3L - BM - Kuiz Tatabahasa

  Arahan:

  1. Murid-murid perlu menjawab kuiz yang berikut >> KLIK DI SINI

  2. Setelah siap menjawab, ambil screenshot markah kuiz dan PM cikgu di Whatsapp.
  3. Murid-murid diminta untuk menjawab kuiz sebelum 8 malam hari ini (Khamis, 5/8/2021)

  4. Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila terus berhubung dengan cikgu melalui Whatsapp.

  5. Semoga dipermudahkan segala urusan murid-murid untuk menuntut ilmu!

3R - BM - Kuiz Tatabahasa (Ejaan)

T2 - BM - Novel Darah Titik di Semantan (Sinopsis)

 Aspek Seni Bahasa

Salin sinopsis novel yang berikut.

Novel Darah Titik di Semantan mengisahkan cabaran dan rintangan yang terpaksa dihadapi oleh Zahid, dan rakan-rakannya bersama Datuk Bahaman, Mat Lela, Lajis, Pak Uda Ismail dan lain-lain dalam menentang penjajah Inggeris di Lubuk Terua, Semantan. Datuk Bahaman  merupakan salah seorang daripada Orang Besar Berlapan dan penduduk Kampung Lubuk Terua. Datuk Bahaman berasa tidak puas hati apabila pihak Inggeris telah mencabuli perjanjian yang telah dibuat dan ditambah lagi apabila E.A Wise membina sebuah rumah pasung di Lubuk Tertua tanpa berunding dengan Datuk Bahaman. Penduduk Lubuk Tertua berasa marah dan ingin menyerang pihak Inggeris yang bertapak di Lubuk Terua.

Hugh Cifford ialah Pemangku Residen British di Pahang telah mendapat berita berkenaan penentangan penduduk tempatan dan Datuk Bahaman yang telah disampaikan oleh Syes, Owen dan Rodger.  Hugh Clifford telah mendesak Sultan Pahang supaya melucutkan pangkat dan taraf Datuk Bahaman sebagai Orang Kaya Semantan. Sultan Pahang tidak bersetuju tetapi terpaksa akur dengan kehendak Clifford.

          Orang kanan Datuk Bahaman seperti Pak Uda Ismail, Samad dan Pak Long Abas telah ditahan oleh pihak Inggeris kerana membawa rotan tanpa kebenaran. Hal ini telah membawa kemarahan Datuk Bahaman apabila ditambah dengan kematian Pak Uda yang telah mati dibunuh. Keadaan ini telah menyebabkan beliau dan pengikut-pengikutnya, bersiap untuk menyerang hendap Desbourgh di Sungai Semantan. Serangan yang telah dilakukan telah membawa kejayaan kerana pihak Desbourg berjaya dikalahkan dan ramai mata-mata pihak Inggeris terbunuh. Selain  itu, rumah Pasung di Lubuk Terua juga diserang oleh pengikutnya yang diketuai oleh Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh.

Datuk Bahaman dan pengikutnya membuat perancanganuntuk menyerang Inggeris di Bentung. Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh diarahkan mengepung pusat kawalan dekat lombong Inggeris di Bentung. Datuk Bahaman, Datuk Panglima Raja, Mat Lela serta Zahid dan rakan-rakannya akan ke Temerloh mengambil mayat Pak Uda Ismail. Selepas berjaya mengeluarkan mayat Pak Uda Ismail, Datuk Bahaman juga meneruskan rancangan dengan menyerang rumah pasung itu. Semua senapang dan peluru telah diambil.

Ekoran kejadian itu, pihak Inggeris telah menyediakan satu pasukan yang diketuai oleh Desborough yang terdiri daripada 50 orang mata-mata Inggeris dan 300 orang askar sultan yang diketuai oleh Tengku Ali. Datuk Bahaman menolak untuk berperang dengan askar-askar sultan kerana tiada gunanya berperang sesame bangsa sendiri.  Walaubagaimanapun, Datuk Bahaman telah menyedari dimana perahu yang dinaiki oleh Desborough tiada seorang askar sultan. Oleh itu, Datuk Bahaman dan pengikut-pengikutnya telah menyumpit perahu yang dinaiki Desborough. Hal ini telah menyebabkan Desborough dan mata-mata pihak Inggeris yang lain mengemudi perahunya ke hilir  Batu Hampar semula.

Datuk Bahaman dan Tuk Selampit melihat Rodger berjalan dengan Sultan dan Tengku Ali semasa di Batu Hampar. Tuk Selampit ingin menyumpit orang Inggeris dan mata-mata Sikh namun telah dihalang Datuk Bahaman. Datuk Bahaman bimbang buluh runcing itu tersasar ke Sultan. Tuk Selampit marah dan meninggalkan mereka.

Selepas menghadap sultan, Datuk Bahaman mengatakan bahawa baginda menyokong perjuangan mereka namun baginda dalam keadaan tersepit. Baginda juga berjanji untuk memaafkan dan memulangkan semula pangkat serta kuasa kepada Datuk Bahaman. Selain itu, mereka juga boleh pulang ke kampung selepas mendapat pengampunan sultan dan bebas daripada ancaman pihak Inggeris. Walau bagaimanapun, Mat Lela masih ragu-ragu dengan dengan perjanjian sultan.

Zahid ternampak sekumpulan askar sultan naik ke tebing Pasir Tuk Anjang. Zahid berasa kecewa kerana Datuk Bahaman hanya mengarahkan untuk menembak ke udara. Zahid melihat Mat Lela dan Awang Muhammad rebah ditembak semasa ingin berlari ke kubu. Awang Muhammad tidak dapat diselamatkan. Datuk Panglima Raja hendak mengamuk kepada askar-askar sultan manakala Datuk Bahaman masih berpegang janji. Datuk Panglima Raja menembak  ke arah askar sultan dan akhirnya beliau juga tewas terkena tembakan.Imam Perang Weh dan Tuk Muda Bidin telah menyerah diri. Ketua askar sultan telah menikan Imam Perang Weh dan Tuk Muda Bidin. Peperangan kali ini berpihak kepada askar-askar sultan.

Mat Kilau ke Darat Kelubi dengan membawa salinan surat pengampunan penduduk Semantan yang telah ditandatangani oleh Sultan Ahmad. Semua orang Semantan mendapat pengampunan kecuali Datuk Bahaman. Mat Kilau memberitahu Datuk Bahaman bahawa sultan mempunyai perancangan yang lain manakala Lajis pula memberitahu penduduk Semantan bahawa peperangan belum tamat. Penduduk Semantan bersatu semula apabila mengetahui Datuk Bahaman sedang menawan Lubuk Terua semula.

Menurut Tuk Gajah, rancangan besar yang dihebohkan oleh Mat Kilau hampir gagal. Tuk Gajah akan berundur dari negeri Pahang sekiranya rancangan itu gagal. Tuk Raja tidak berminat untuk menyerang pihak Inggeris. Askar-askar sultan dan pihak Inggeris yang diketuai Wise mencari Datuk Bahaman. Mereka telah membakar rumah-rumah orang kampung.  Datuk Bahaman telah berundur semula ke Lubuk Terua selepas mendengar berita tersebut. Datuk Bahaman telah membunuh ramai mata-mata Inggeris akibat daripada kejadian itu. Kemudian, Datuk Bahaman bersatu dengan Tuk Gajah dan Mat Kilau. Selepas berita itu, Zahid tidak bertemu dengan mereka lagi. 

PERINGATAN!
--Sila buat tugasan dalam buku Seni Bahasa atau jika tiada sila jawab dalam testpad ๐Ÿ“–๐Ÿ“‘
--Setelah siap nota, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah ๐Ÿก

Rabu, 4 Ogos 2021

T3 - BM - Kata Terbitan

 Aspek Tatabahasa

Salin nota yang berikut.

Tugasan: Baca dan teliti teks yang berikut (halaman 103, Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 3). Kenal pasti kata terbitan yang terdapat dalam teks tersebut.

Kemudian, senaraikan kata terbitan yang diperoleh mengikut jenis kata terbitan yang betul.

PERINGATAN!
--Sila buat nota dan tugasan dalam buku Tatabahasa atau jika tiada sila jawab dalam testpad ๐Ÿ“–๐Ÿ“‘
--Setelah siap nota dan tugasan, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah ๐Ÿก

Selasa, 3 Ogos 2021

T2 - BM - Kata Ganda Separa

 Aspek Tatabahasa

1. Salin nota yang berikut:

2. Baca teks muka surat 25 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 2.

Kemudian tukarkan kata dasar yang berwarna kepada kata ganda separa.

PERINGATAN!
--Sila buat nota dan tugasan dalam buku Tatabahasa atau jika tiada sila jawab dalam testpad ๐Ÿ“–๐Ÿ“‘
--Setelah siap nota dan tugasan, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah ๐Ÿก

Isnin, 2 Ogos 2021

T2 - BM - Latihan Sajak Pada Sekuntum Mawar

Aspek Seni Bahasa

Berdasarkan sajak Pada Sekuntum Mawar, jawab soalan-soalan yang berikut.

Boleh rujuk nota >> KLIK SINI

i) Apakah tema yang terdapat dalam sajak Pada Sekuntum Mawar? (2 markah)

        Tema yang terdapat dalam sajak Roti ialah ______________________________.

ii) Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam sajak Roti. (4 markah)

        Antara persoalan yang terdapat dalam sajak Roti ialah ________________________. Hal ini demikian kerana _______________________________________. Selain itu, terdapat juga persoalan ________________________. Hal ini demikian kerana  _______________________________________. 

iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menjadi seorang anak baik kepada kedua ibu bapa? Huraikan pendapat anda. (4 markah)

        Pada pendapat saya, antara cara untuk kita menjadi seorang anak yang baik ialah  ________________________________. Hal ini demikian kerana  ____________________________________.  Di samping itu, kita juga boleh menajdi seorang anak yang baik dengan cara  _______________________________________. Hal ini demikian kerana  ____________________________________. 

PERINGATAN!
--Sila buat tugasan dalam buku Seni Bahasa atau jika tiada sila jawab dalam testpad ๐Ÿ“–๐Ÿ“‘
--Setelah siap nota, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah ๐Ÿก

Ahad, 1 Ogos 2021

T3 - BM - Hempasan Ombak: Teknik Plot

 Aspek Seni Bahasa

Salin nota yang berikut.

NOVEL HEMPASAN OMBAK 
TEKNIK PLOT

Teknik
Huraian/ Contoh
1. Pemerian
i)Pengarang menggambarkan aktiviti jual beli yang berlaku di kedai Zuraida.

Sebagai contoh: Selepas ibu tadi meninggalkan gerai setelah mendapatkan seluar untuk anak lelaki yang berumur tiga tahun barulah jejaka itu membuka mulut. (hlm. 76)

ii) Pengarang menceritakan desas-desus punca kematian ayah Farid

Sebagai contoh: Farid cuba menutup telingan daripada mendengar desas-desus punca kematian ayahnya. (hlm.15)
2. Dialog
i) Perbualan antara Farid dan Mokhsin.

Sebagai contoh: “Kita minum sikit, Rid,” tiba-tiba Mokhsien bersuara. “ Tetamu yang datang takkan dibiarkan kering tekaknya. Farid nak minum apa? Mokhsein seperti menawarkan.
“Ikut tuan rumahlah.” Farid mulai tidak kekok melayani Encik Mokhsein. (hlm. 63)

ii) Perbualan antara Zuraida dan Farid

Sebagai contoh:: “Eda dapat agaklah Farid tentu bosan dengar cerita Eda fasal berniaga kecil-kecilan. Berniaga di kaki lima!”
“ Hm…. Saya tak kata pun begitu. Bagi saya sama sahaja. Perniagaan saya pun tak besar mana. (hlm.81)
3. Imbas kembali
i) Lotfi teringat peristiwa semasa dia mengikuti ayahnya kembali menghantar batik keluaran syarikatnya ke serata tempat.

Sebagai contoh: Dia sering mengikuti ayahnya menghantar batik keluaran syarikatnya ke serata tempat, ... (hal. 34)
4. Monolog
i) Farid bercakap seorang diri.

Sebagai contoh: "Pengorbanan… ." Farid separuh berbisik. (hal. 73)

5. Monolog dalaman
i) Hati Nik berdetik tentang Farid dan Zuraida yang kelihatan dalaman sepadan.

Sebagai contoh: Seorang penjual batik, seorang lagi tauke batik, ...' detik hati Nik, penjaga stor itu. (hal. 146)
6. Imbas muka
ii) Farid membayangkan bahawa dia dan Zuraida akan menguruskan Syarikat Batik Nusantara bersama-sama suatu masa nanti.

Sebagai contoh: Suatu ketika, pengembaraan kita menguruskan perniagaan sebegini akan lebih acap. (hal. 145)
7. Saspens
i) Pembaca tertanya-tanya orang yang dikatakan oleh Mokhsein yang dengki akan perniagaan Farid.

Sebagai contoh: "Adalah syarikat lain dengki dekat kamu tu. (hal. 69)

8. Kejutan
ii) Pembaca terkejut apabila melihat keberanian Hartini menghalau samseng yang menceroboh bangsal batik tempatnya berkhidmat.

Sebagai contoh: Tolong keluar bang. Keluar! " Hartini mula bertegas. (hal. 175)
Sumber: CikguSimile