Ahad, 5 Julai 2020

(3 ALIF) Tajuk: Kata Ganda

Aspek: Tatabahasa

Arahan: Salin nota di bawah.



Jawab soalan-soalan berikut dengan tepat.

1. Murid _______________ itu amat tekun belajar demi mencapai keputusan peperiksaan yang cemerlang.

2. Pada hujung minggu yang lalu, Lisa dan _______________nya makan angin di Pulau Perhentian.

3. _______________ yang telah positif COVID-19 telah ditempatkan di ruangan khas yang disediakan di hospital tersebut.

4. _______________ ialah serangga yang mempunyai dua sayap yang mempunyai corak yang menarik pada badannya.

5. Ibu membeli _______________ di pasar untuk hidangan tengah hari.

6. Kita mestilah _______________ antara satu sama lain dalam mencapai kejayaan berpasukan,bak kata pepatah "bersatu kita teguh, bercerai kita roboh".

7. Bobby telah membeli _______________ latihan dan alat-alat tulis sebagai persediaan untuk menghadapi sesi persekolahan yang baru.

8. Aktiviti _______________ akan diadakan pada minggu hadapan bagi memastikan kawasan perumahan Taman Anggerik sentiasa bersih dan ceria.

9. Antara _______________ kegemaran Sarah ialah karipap dan seri muka.

10. Saya dan adik pergi ke sekolah _______________ menaiki van kerana sekolah kami berdekatan.