Isnin, 9 November 2020

MINGGU 2: Tingkatan 2 - Panduan Keselamatan Jalan Raya

 

Kemahiran: Membaca


AKTIVITI 1
Tonton video di bawah.

🎥Video 1


Berdasarkan  video yang telah anda tonton, jawab soalan-soalan yang berikut dengan tepat.

i) Nyatakan had laju di lebuhraya yang dinasikatkan bagi pemandu lori dan bas serta penunggang motosikal. (2 markah)
ii) Jelaskan 3 petua keselamatan jalan raya yang anda peroleh. (4 markah)
ii) Pada pendapat anda, apakah kesan sekiranya kita tidak menitikberatkan tentang panduan keselamatan jalan raya? Berikan huraian anda. (4 markah)

***************************************************

AKTIVITI 2
Baca petikan berikut dengan teliti. 

    Pada era globlalisasi ini, saban hari banyak berlakunya kemalangan jalan raya tidak kira yang ringan atau yang berat. Hal ini dapat dibuktikan melalui media massa yang sering memaparkannya. Sebenarnya, punca utama berlakunya kejadian kemalangan jalan raya adalah disebabkan oleh kecuaian dan sikap pengguna jalan raya. Oleh sebab itu, pelbagai tindakan haruslah diambil untuk mengatasi masalah tersebut.

    Antara tindakan untuk mengatasi masalah kemalangan jalan raya ialah pemandu kitaharuslah mengamalkan nilai kasih sayang. Kita harus peka dan prihatin terhadap orang lain serta menyayangi orang lain secara mendalam dan berkekalan. Apabila kita berada di jalan raya, kita perlulah lebih mengutamakan keselamatan diri dan orang lain serta prihatin terhadap sesiapa sahaja yang berada di jalan raya. Dengan ini, masalah kemalangan jalan raya akan berkurangan. Pengguna jalan raya juga akan selamat dan tidak perlu risau tentang kemungkianan berlakunya kemalangan jalan raya yang tidak diingini.

   Bukan itu sahaja, salah satu sebab kemalangan jalan raya berlaku ialah sebilangan pemandu gemar memandu sambil menggunakan telefon bimbit atau memandu melebihi had laju yang ditetapkan. walaupun undang-undang melarang perbuatan tersebut. Amalan ini amat berbahaya dan boleh berlakunya kemalangan jalan raya bila-bila masa sahaja. Oleh sebab itu, kita wajiblah mengamakan nilai mematahui peraturan dan undang- undang jalan raya. Kita haruslah menerima dan mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan tanpa mengira sesiapa dan dimana seseorang itu berada. Hal ini dapat mewujudkan keadaan jalan raya yang selamat dan selesa.

    Disamping itu, kita boleh saling bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup dengan mengamalkan nilai toleransi. Dengan ini, pengguna jalan raya tidak akan merebut tempat meletakkan kereta atau memandu tanpa berhemah. Secara tidak langsung, masalah kemalangan jalan raya dapat dikurangkan serta dihapuskan dan keselamatan diri dapat dijamin.

    Kesimpulannya, terdapat banyak cara-cara untuk mengatasi kemalangan jalan raya. Semua pengguna jalan raya haruslah berganding bahu untuk menyelesaikan masalah sebelum nasi menjadi bubur agar pengguna jalan raya dapat menggunakan jalan raya dengan selamat

(Dipetik dan diubahsuai daripada Academia.edu)

i) Dengan menggunakan Kamus DBP secara atas talian ataupun menggunakan aplikasi KamusPro, nyatakan maksud-maksud perkataan yang berikut:

  1. kecuaian: ____________________________________________
  2. peka: ____________________________________________
  3. prihatin: ____________________________________________
  4. bahaya: ____________________________________________
  5. toleransi: ____________________________________________


PERINGATAN!
--Sila jawab soalan dalam buku Membaca atau jika tiada sila jawab dalam testpad 📖📑
--Setelah siap menjawab, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp 📱
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡