Isnin, 7 Disember 2020

MINGGU 6: Tingkatan 2 - Gaya Hidup Sihat

Kemahiran: Membaca

Arahan: Baca bahan-bahan di bawah ini dengan teliti.  Anda tidak perlu menyalin Bahan 1 dan Bahan 2. Hanya perlu salin soalan dan jawab soalan-soalan tersebut menggunakan ayat sendiri.


Bahan 1

Hadirin yang saya hormati,

    Amalan gaya hidup sihat memang banyak kepentingannya kepada manusia. Hal ini demikian kerana, seseorang yang mengamalkan gaya hidup sihat akan sentiasa sihat dan cergas. Oleh itu, setiap orang hendaklah melakukan aktiviti bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Amalan ini akan melancarkan perjalanan darah dan badan akan mengeluarkan peluh.

    Selain itu, amalan mengambil makanan yang seimbang mengikut hierarki piramid makanan amat perlu diamalkan juga. Hal ini demikian kerana, tubuh orang yang mengamalkan pemakanan seimbang ini akan mendapat khasiat dan vitamin yang diperlukan. Sebagai contohnya, seseorang itu seharusnya mengambil makanan yang berserat dengan banyak seperti sayur-sayuran dan buah- buahan serta mengurangkan makanan yang berlemak atau mengandungi kolesterol yang tinggi. Amalan ini boleh mencegah diri daripada menghidap penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, darah tinggi, dan diabetes.

    Dalam pada itu, setiap orang perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Melalui pemeriksaan ini, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung, diabetes, dan darah tinggi dapat dikesan lebih awal melalui peralatan moden dalam bidang perubatan. Dengan itu, langkah pemulihan akan dapat dilakukan dengan segera.


Bahan 2

Piramid Makanan



1. Berdasarkan Bahan 1, nyatakan amalan yang perlu kita lakukan supaya kita sentiasa sihat dan cergas. 

Antara amalan yang perlu kita lakukan supaya kita sentiasa sihat dan cergas ialah _________________________________________. Selain itu, kita juga perlu ________________________________________________________.


2. Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, mengapakah kita disyorkan supaya mengambil makanan daripada setiap kumpulan makanan dalam carta piramid makanan?

Kita disyorkan supaya mengambil makanan daripada setiap kumpulan makanan dalam carta piramid makanan kerana ____________________________. Selain itu, ___________________________________________________.


3. Setiap ahli keluarga memainkan peranan untuk melahirkan gaya hidup sihat. Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa dalam usaha memupuk amalan gaya hidup sihat?

Pada pendapat saya, ibu bapa dapat ____________________________ supaya ahli keluarga dapat mengamalkan gaya hidup sihat. Selain itu, ibu bapa juga perlulah ______________________________________ agar ahli keluarga kekal aktif. . Bukan itu sahaja, ibu bapa juga boleh ____________________________________________________ supaya ahli keluarga mempunyai tahap kesihatan yang baik.


PERINGATAN!
--Sila jawab soalan dalam buku Membaca atau jika tiada sila jawab dalam testpad 📖📑
--Setelah siap menjawab, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.
--Senarai tugasan minggu-minggu lepas:
    2 Amal >> KLIK DI SINI 
    2 Arif  >> KLIK DI SINI
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡