Rabu, 27 Januari 2021

MINGGU 2 - Tingkatan 1: Pemakanan yang Sihat

 Aspek: Tatabahasa

Arahan: Murid perlulah menyalin dan memahami nota di bawah. Kemudian, lengkapkan latihan. Murid perlu melakukan tugasan dalam buku nota, kemudian ambil gambar dan PM cikgu di Whatsapp. Selamat belajar!


Kata Nama

1. Kata nama terbahagi kepada dua iaitu kata nama am dan kata nama khas. 

2. Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk merujuk kepada manusia, hiawan, benda, tumbuhan, tempat atau sesuatu konsep secara umum.

3. Kata nama am terbahagi kepada kata nama am hidup dan kata nama am tak hidup.

    i) kata nama am hidup: manusia - ayah, polis, cikgu.

    ii) kata nama am tak hidup: bukan manusia - kucing, harimau, kura-kura.

4. Begitu juga dengan kata nama khas. Terdapat kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup.

    i) kata nama khas hidup: manusia - Amran, Cikgu Siti, Doktor Aliah.

    ii) kata nama khas tak hidup: bukan manusia, tempat, institusi - Si Comel, Sang Bedal.

Kata Nama Tunggal dan Kata Nama Majmuk

1. Kata nama am tunggal ialah kata nama yang mempuayai satu perkataan. Sebagai contoh, ibu, bapa, kipas, angin.

2. Proses pemajmukan berlaku apabila dua perkataan atau lebih yang berlainan maksud digabungkan menjadi perkataan yang membawa maksud yang baharu. Kata namaini disebut sebagai kata nama majmuk. Sebagai contoh, kata nama tunggal ibu dan bapa digabungkan menjadi ibu bapa. Selain itu, perkataan kipas dan angin digabungkan menjadi kipas angin.


Latihan:

1. Senaraikan kata nama am dan kata nama khas yang terdapat dalam petikan. Murid perlu merujuk buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 1, muka surat 6.

  • Kata nama am:

i)    ________________________________.

ii)    ________________________________.

iii)    ________________________________.


  • Kata nama khas:

i)    ________________________________.

ii)    ________________________________.

iii)    ________________________________.


2. Bina ayat yang gramatis menggunakan kata nama yang berikut:

i) ibu bapa: _______________________________________________________________.

ii) rumah tangga: _______________________________________________________________.

iii) darah tinggi: _______________________________________________________________.

iv) Universiti Kuala Lumpur: ________________________________________________________.

v) Hari Sukan Sedunia: _______________________________________________________________.


PERINGATAN!
--Sila buat latihan dalam buku nota atau jika tiada sila jawab dalam testpad 📖📑
--Setelah siap menjawab, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡