Senarai Tugasan PdPR 4.0 Tahun 2021

Ahad, 31 Januari 2021

MINGGU 3 - Tingkatan 3: Alam Terbentang menjadi Guru

Aspek: Tatabahasa

ArahanMurid perlulah menyalin dan memahami nota di bawah. Kemudian, lengkapkan latihan. Murid perlu melakukan tugasan dalam buku nota, kemudian ambil gambar dan PM cikgu di Whatsapp. Selamat belajar!


Kata Nama

1. Kata nama terbahagi kepada dua iaitu kata nama am dan kata nama khas. 

2. Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk merujuk kepada manusia, hiawan, benda, tumbuhan, tempat atau sesuatu konsep secara umum.

3. Kata nama am terbahagi kepada kata nama am hidup dan kata nama am tak hidup.

    i) kata nama am hidup: manusia - ayah, polis, cikgu.

    ii) kata nama am tak hidup: bukan manusia - kucing, harimau, kura-kura.

4. Begitu juga dengan kata nama khas. Terdapat kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup.

    i) kata nama khas hidup: manusia - Amran, Cikgu Siti, Doktor Aliah.

    ii) kata nama khas tak hidup: bukan manusia, tempat, institusi - Si Comel, Sang Bedal.

Kata Pinjaman

1. Kata Pinjaman ialah kata yang diambil daripada bahasa lain membentuk perkataan baharu dalam bahasa Melayu.

2. Sebagai contoh, kata pinjaman daripada bahasa Inggeris access, menjadi perkataan bahasa melayu "akses". Antara contoh lain, diary - diari, institute - institusi, carbon - karbon, calendar - kalendar dan sebagainya.

3. Selain pinjaman daripada bahasa Inggeris, terdapat juga pinjaman daripada bahasa Arab-Parsi (biadab, qariah, muslimat), bahasa Sanskrit (juruhebah, pancaindera, swafoto) dan bahasa Yunani-Latin-Inggeris (antibiotik, autograf, poliklinik).

Latihan:

1. Senaraikan 10 kata pinjaman yang terdapat dalam artikel buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 3, muka surat 9.

2. Bina ayat yang gramatis menggunakan kata pinjman yang berikut:

i) juruacara: _______________________________________________________________.

ii) strategi: _______________________________________________________________.

iii) profesor: _______________________________________________________________.

iv) analisis: ________________________________________________________.

v) antiperang: _______________________________________________________________.


PERINGATAN!
--Sila buat latihan dalam buku nota atau jika tiada sila jawab dalam testpad 📖📑
--Setelah siap menjawab, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡