Senarai Tugasan PdPR 4.0 Tahun 2021

Rabu, 24 Februari 2021

[BM] TINGKATAN 3- Bersihkan Hatimu

Kemahiran Menulis


Arahan: Murid perlu membaca dan memahami perbualan dalam buku teks Bahasa Melayu, Tingkatan 3, muka surat 20 dan 21.



Jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat yang gramatis.

1. Berdasarkan perbualan yang telah anda baca, berikan dua cara untuk membersihkan hati.

     Antara cara untuk membersihkan hati ialah _____________________________. Di samping itu, kita juga perlulah _______________________________.

2. Terdapat banyak kebaikan mempunyai hati yang bersih. Apakah antara kebaikan mempunyai hati yang bersih?

     Antara kebaikan mempunyai hati yang bersih ialah _____________________________. Kebaikan kedua ialah _______________________________.

3. Pada pendapat anda, mengapakah kita tidak boleh bersangka buruk dengan orang lain tanpa soal selidik?

     Pada pendapat saya, kita tidak boleh bersangka buruk dengan orang lain tanpa soal selidik kerana ________________________________.


PERINGATAN!
--Sila jawab soalan dalam buku Menulis atau jika tiada sila jawab dalam testpad 📖📑
--Setelah siap menjawab, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡