Senarai Tugasan PdPR 4.0 Tahun 2021

Rabu, 17 Februari 2021

MINGGU 5 - Tingkatan 1: Pantun Dua Kerat (nasihat)

 Kemahiran Membaca dan Aspek Seni Bahasa


Aktiviti 1

Arahan: Murid perlu menonton dan menghayati bacaan pantun dalam video di bawah.


Aktiviti 2

Arahan: Murid perlu membaca pantun dua kerat yang berikut dengan sebutan, intonasi dan nada yang betul serta sesuai secara pesanan suara (voice note) dan PM cikgu di Whatsapp.

1. Mulakan dengan pengenalan diri.

"Selamat sejahtera. Nama saya ialah (nama murid) dari kelas (nama kelas)."

2. Kemudian, baca pantun dua kerat yang berikut:


Aktiviti 3

Arahan: Salin nota yang berikut dalam buku Seni Bahasa.


MAKSUD RANGKAP PANTUN

Rangkap 1
Setiap perbuatan dan tindakan yang dilakukan berkait rapat dengan sifat seseorang itu sendiri.

Rangkap 2
Orang yang asyik berselimut akan menjadi orang yang kuat tidur.

Rangkap 3
Walaupun diri seseorang itu mempunyai kekurangan, dia tetap mempunyai keistimewaan atau kelebihan tersendiri.

Rangkap 4
Seseorang yang tidak mahu berusaha atau berikhtiar akan gagal.

Rangkap 5
Kesungguhan dan kecekalan dalam melakukan pelbagai tugas atau kerjaya.

TEMA
Nasihat yang dapat membina diri seseorang ke arah kebaikan.

PERSOALAN
  1. Sifat manusia itu akan terserlah pada setiap tingkah lakunya.
  2. Orang yang kuat tidur tidak aktif dan tidak produktif.
  3. Kekurangan diri bukan penghalang untuk berjaya dan menyumbang sesuatu yang berfaedah.

NILAI

  1. Berhati- hati
  2. Kerajinan
  3. Kesungguhan
  4. Kecekalan

PENGAJARAN

  1. Kita harus berhati-hati dalam setiap perbuatan dan tindakan kita.
  2. Kita harus mengelakkan diri daripada banyak tidur.
  3. Kita hendaklah rajin berusaha demi mencapai kejayaan.
  4. kita hendaklah memiliki daya usaha yang tinggi.


PERINGATAN!
--Sila salin nota dalam buku Seni Bahasa atau jika tiada sila jawab dalam testpad 📖📑
--Sila hantar Aktiviti 2 dalam bentuk pesanan suara (voice note) dan PM cikgu di Whatsapp 📱
--Setelah selesai membuat nota Aktiviti 3, ambil gambar tugasan dan PM cikgu di Whatsapp 📱
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡