Senarai Tugasan PdPR 4.0 Tahun 2021

Khamis, 18 Februari 2021

MINGGU 5 - Tingkatan 2: Banjir di Mata Emak

 Aspek Seni Bahasa

Aktiviti 1

Arahan: Murid perlu membaca cerpen "Banjir di Mata Emak"dalam buku teks antologi Baik Budi Indah Bahasa, Tingkatan 2. Kemudian, tonton dan hayati video di bawah.


Aktiviti 2

Arahan: Salin nota yang berikut dalam buku Seni Bahasa.

Tema 

Kehilangan sesuatu yang bermakna meninggalkan kesan yang mendalam dalam kehidupan seseorang. 

Persoalan 

  1. Nasib ibu tua yang tidak mendapat perhatian daripada anak-anak. 
  2. Kasih ibu tidak berbelah bagi. 
  3. Menyesal kemudian tiada gunanya. 
  4. Anak-anak yang tidak bertanggungjawab. 
  5. Rasa simpati yang wujud dalam diri seseorang. 

Nilai 

  1. Kasih sayang 
  2. Baik hati 
  3. Keprihatinan. 
  4. Simpati. 
Pengajaran

  1. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap ibu bapa kita. 
  2. Kita mestilah menghargai kasih sayang ibu bapa terhadap kita. 
  3. Kita hendaklah mengamalkan sikap perikemanusiaan dan tolong-menolong sesama manusia. 
  4. Kita hendaklah menjaga nama baik seseorang, terutamanya nama baik ahli keluarga sendiri. 
  5. Kita mestilah berpendirian tegas dalam hal-hal tertentu terutamanya tentang hak terhadap ibu bapa kita.


PERINGATAN!
--Sila salin nota dalam buku Seni Bahasa atau jika tiada sila jawab dalam testpad 📖📑
--Setelah selesai membuat nota Aktiviti 2, ambil gambar tugasan dan PM cikgu di Whatsapp 📱
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡