Senarai Tugasan PdPR 4.0 Tahun 2021

Khamis, 4 Mac 2021

[PSV] TINGKATAN 3: Pakaian Tradisional dan Perhiasan Diri - Portfolio Artist Book

Arahan: Tonton dan hayati video di bawah dengan teliti.


 Aktiviti: Murid perlu memilih satu jenis pakaian tradisional dan perhiasan diri kaum Melayu/Cina/India/Iban/Kadazan. Kemudian, murid perlu menghasilkan satu "artist book mengikut kreativiti andaMurid-murid boleh merujuk teks Pendidikan Seni Visual, Tingkatan 3, muka surat 15.




  1. Sekiranya murid tiada mounting board, murid boleh menggunakan kertas lukisan/kertas a4.
  2. Murid perlu mencetak jenis-jenis pakaian dan hiasan kaum yang dipilih (pilih satu kaum sahaja: Melayu/Cina/India/Iban/Kadazan)
  3. Murid perlulah menghasilkan artist book yang mengandungi sekurang-kurangnya 3 muka surat.
  4. Sekiranya murid tidak faham tentang cara menghasilkan artist book boleh PM cikgu.
  5. Tarikh akhir menghantar portfolio ialah pada hari Khamis, 11 Mac 2021.


PERINGATAN!
--Sila hasilkan portfolio berdasarkan arahan yang diberikan dengan teliti 📖📑
--Setelah siap menjawab, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp 📱
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡