Senarai Tugasan PdPR 4.0 Tahun 2021

Rabu, 10 Mac 2021

[BM] Tingkatan 2: Kata Adjektif

 Aspek Tatabahasa

Arahan: Salin nota yang berikut dalam buku Tatabahasa.

  • Kata adjektif ialah kata yang merujuk sifat atau keadaan sesuatu kata nama.
  • Jenis-jenis kata adjektif:
  1. Sifat: berani, kuat, nakal, rajin, tekun
  2. Ukuran: besar, kecil, tebal, nipis, tinggi
  3. Jarak: dekat, jauh, hampir, rapat, jarang
  4. Pancaindera: cantik, manis, enak, sedap, indah
Aktiviti: Baca dan hayati petikan halaman 20 dalam buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 2. Kemudian, kenal pasti sekurang-kurangnya 5 kata adjektif sifat, ukuran, jarak atau pancaindera dan bina ayat menggunakan kata adjektif tersebut.





PERINGATAN!
--Sila salin nota dan buat latihan dalam buku Tatabahasa atau jika tiada sila salin dalam testpad 📖📑
--Setelah siap menyalin nota, ambil gambar dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡