Senarai Tugasan PdPR 4.0 Tahun 2021

Selasa, 16 Mac 2021

[BM] Tingkatan 2: Pantun Alam Remaja

 Kemahiran Membaca dan Aspek Seni Bahasa


Aktiviti 1

Arahan: Murid perlu menonton dan menghayati bacaan pantun dalam video di bawah.




Aktiviti 2

Arahan: Salin nota yang berikut dalam buku Seni Bahasa.


MAKSUD RANGKAP SELOKA

Rangkap 1
Anak-anak akan berasa sangat gembira sewaktu menyambut ke Pulangan ibu ke rumah.

Rangkap 2
Ketakutan dan kerisauan anak-anak sewaktu ketiadaan ibu akan hilang apabila melihat ibu pulang ke rumah.

Rangkap 3
Anak-anak akan berasa sangat gembira jika ibu cepat pulang ke rumah.

Rangkap 4
Adik-beradik menyanyikan sebarang lagu bersama-sama.

Rangkap 5
Kepulangan ayah dan ibu ke rumah merupakan detik yang paling menggembirakan bagi   anak-anak.

Rangkap 6
Pemberian atau hadiah daripada ibu bapa membuatkan anak-anak berasa gembira.

Rangkap 7
Ibu bapa tidak sewajarnya memarahi anak-anak yang gemar berpantun kerana anak-anak yang masih kecil dan ingin  bermanja.


TEMA
Kegembiraan anak-anak sewaktu menyambut kepulangan ibu bapa mereka ke rumah.

PERSOALAN
  1. Ibu bapa bertanggungjawab memberikan kasih sayang dan kebahagian kepada anak-anak.
  2. Anak-anak akan berasa cemas dan risau sewaktu ketiadaan ibu bapa di rumah.
  3. Kegembiraan bagi anak-anak ialah sewaktu menyamput kepulangan ibu bapa dari tempat kerja.
  4. Pemberian hadiah daripada ibu bapa dapat menggembirakan hati anak-anak.

NILAI

  1. Bertanggungjawab
  2. Kasih sayang
  3. Baik hati
  4. Hormat-menghormati

PENGAJARAN

  1. Kita mestilah menjalankan tanggungjawab kepada anak-anak dengan baik.
  2. Kita hendaklah menyayangi anak-anak untuk mencapai kebahagiaan keluarga.
  3. Kita perlulah bersikap baik hati kepada ahli keluarga yang lain.
  4. Kita haruslah menghormati ibu bapa yang telah bersusah payah menjaga dan mendidik kita.


PERINGATAN!
--Sila salin nota dalam buku Seni Bahasa atau jika tiada sila jawab dalam testpad 📖📑
--Setelah selesai membuat nota Aktiviti 2, ambil gambar tugasan dan PM cikgu di Whatsapp 📱
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡