Senarai Tugasan PdPR 4.0 Tahun 2021

Isnin, 15 Mac 2021

[BM] Tingkatan 3: Waspada Selalu

 Kemahiran: Menulis

 Arahan: Bina perenggan pendahuluan berdasarkan soalan yang berikut.


1. Kadar kemalangan jalan raya semakin meningkat setiap tahun. Huraikan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya.


2. Pengguna jalan raya yang berhemah mampu untuk mengurangkan risiko kemalangan jalan raya daripada berlaku. Bincangkan ciri-ciri pengguna jalan raya yang berhemah.


3. Risiko kemalangan jalan raya dapat dielakkan sekiranya pengguna berwaspada ketika menggunakan jalan raya. Jelaskan punca-punca kemalangan jalan raya.


**Murid boleh merujuk nota ini bagi membina perenggan pendahuluan karangan >> KLIK SINI


PERINGATAN!
--Sila buat latihan dalam buku Menulis atau jika tiada sila buat dalam testpad 📖📑
--Setelah siap latihan, ambil gambar dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡