Rabu, 19 Mei 2021

T3 - BM - Ulasan

Kemahiran Membaca


Aktiviti 1: Sila rujuk nota yang terdapat dalam pautan berikut >> KLIK SINI


Aktiviti 2Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang panjanganya antara 80 hingga 100 patah perkataan.


Contoh jawapan:

Gambar menunjukkan cara-cara memupuk semangat kejiranan.

Antaranya ialah kita boleh menziarahi jiran tetangga. Hal ini demikian kerana kita dapat menunjukkan sifat keprihatinan terhadap jiran. Selain itu, kita perlulah bertegur sapa dengan jiran. Hal ini demikian kerana kita dapat memupuk sifat ramah. Di samping itu,  kita dapat melawat jiran yang sakit. Hal ini demikian kerana kita boleh memperoleh iktibar daripada kejadian yang menimpa jiran kita. Akhir sekali, kita harus menolong jiran yang ingin berpindah. Hal ini demikian kerana kita boleh meringankan beban jiran.

Kesimpulannya kita hendaklah meningkatkan semangat kejiranan agar kita dapat membina kenangan indah bersama jiran.




LatihanLihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang panjanganya antara 80 hingga 100 patah perkataan.







PERINGATAN!
--Sila jawab soalan dalam buku Membaca atau jika tiada sila jawab dalam testpad 📖📑
--Setelah siap menjawab, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡