Kemahiran: Membaca
Lihat iklan yang berikut dengan teliti. Berdasarkan
maklumat yang diberikan, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.
Contoh jawapan:
Iklan menunjukkan Program Lawatan
sambil Belajar ke Pesta Buku Antarabangsa
Kuala
Lumpur 2020 anjuran SMK Sultan Alauddin.
Antara objektif lawatan ialah murid
dapat menerima pengalaman baharu. Hal ini demikian kerana murid-murid dapat
mengalami pengalaman menghadiri pesta buku yang gilang-gemilang. Selain itu,
murid dapat menanam sikap sayang akan buku dan menghargai buku dalam diri. Hal
ini demikian kerana murid-murid dapat menghayati asal-usul sumber pengetahuan
dengan lebih mendalam. Bagi murid yang berminat untuk menyertai lawatan ini,
mereka hendaklah mendapatkan borang penyertaan dan surat kebenaran ibu bapa
selewat-lewatnya pada 15 Mac 2020.
Kesimpulannya, program lawatan ini
perlulah dilakukan setiap tahun agar murid-murid dapat menimba pengalaman
baharu.
(99 patah
perkataan)
*******************************************
LATIHAN
Lihat iklan yang berikut dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang diberikan, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.