Senarai Tugasan PdPR 4.0 Tahun 2021

Ahad, 11 Julai 2021

T2 - BM - Ulasan (Iklan)

 Kemahiran: Membaca

Lihat iklan yang berikut dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang diberikan, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.



Contoh jawapan:

 

            Iklan menunjukkan Program Lawatan sambil Belajar ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2020 anjuran SMK Sultan Alauddin.

            Antara objektif lawatan ialah murid dapat menerima pengalaman baharu. Hal ini demikian kerana murid-murid dapat mengalami pengalaman menghadiri pesta buku yang gilang-gemilang. Selain itu, murid dapat menanam sikap sayang akan buku dan menghargai buku dalam diri. Hal ini demikian kerana murid-murid dapat menghayati asal-usul sumber pengetahuan dengan lebih mendalam. Bagi murid yang berminat untuk menyertai lawatan ini, mereka hendaklah mendapatkan borang penyertaan dan surat kebenaran ibu bapa selewat-lewatnya pada 15 Mac 2020.

            Kesimpulannya, program lawatan ini perlulah dilakukan setiap tahun agar murid-murid dapat menimba pengalaman baharu.

 

(99 patah perkataan)


 TUGASAN

Lihat iklan di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam iklan tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.





PERINGATAN!
--Sila jawab soalan dalam buku Membaca atau jika tiada sila jawab dalam testpad 📖📑
--Setelah siap menjawab, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡