Khamis, 11 November 2021

T2 - BM - Amalan Menabung

 Kemahiran Mendengar dan Bertutur


1. Tonton video yang berikut >> KLIK SINI

2. Murid perlu menjawab soalan yang berikut dalam bentuk pesanan suara (voice note) di Whatsapp secara peribadi kepada cikgu. 


Soalan

i) Menurut Yaya, bagaimanakah cara untuk kita menjalankan amalan menabung?

ii) Pada pendapat anda, apakah manfaat-manfaat amalan menabung?


Cara menjawab soalan:

Salam sejahtera, nama saya ___________________ dari kelas ________________.

Jawapan bagi soalan 1 ialah Menurut Yaya, cara untuk kita menjalankan amalan menabung adalah dengan _____________________.

Seterusnya, jawapan bagi soalan 2 ialah Pada pendapat saya, antara manfaat menabung ialah (isi penting 1). Hal ini demikian kerana (huraian 1). Selain itu, (isi penting 2). Hal ini demikian kerana (huraian 2).

Sekian, terima kasih.


--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡