Senarai Tugasan PdPR 4.0 Tahun 2021

Isnin, 1 Mac 2021

[BM] TINGKATAN 2 - Kata Ganti Nama dan Akronim

 Aspek Tatabahasa

Arahan: Salin nota di bawah dalam buku Tatabahasa.


Kata Ganti Nama

  • Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang.
  • Jenis-jenis kata ganti nama diri:
  1. Kata ganti nama diri pertama -  aku, beta, daku, hamba, kami, kita, patik, saya
  2. Kata ganti nama diri kedua - anda, awak, dikau, engkau, kalian, kamu, tuanku
  3. Kata ganti nama diri ketiga - baginda, beliau, dia, ia, mereka
Contoh ayat:
  1. Keris di atas meja itu kepunyaan hamba.
  2. Kami makan mi kari petang semalam.
  3. Awak mesti hadir ke sekolah esok untuk menerima anugerah.
  4. Engkau perlu menyiapkan tugasan itu.
  5. Beliau ialah tokoh korporat yang amat disegani.
  6. Dia menang dalam pertandingan mencipta logo persatuan.

Akronim
  • Akronim ialah perkataan yang dihasilkan melalui percantuman bahagian-bahagian daripada serangkaian perkataan. Bahagian-bahagian perkataan itu boleh terdiri daripada huruf, suku kata atau sebahagian daripada perkataan.
  • Jenis-jenis akronim

    1. Cantuman huruf awal perkataan 
Sebagai contoh: ADUN - Ahli Dewan Undangan Negeri, UPM - Universiti Putra Malaysia.

    2. Cantuman huruf dan suku kata awal perkataan
Sebagai contoh: Proton - Perusahaan Otomobil Nasional, Mara - Majlis Amanah Rakyat.

    3. Cantuman suku kata awal perkataan
Sebagai contoh: kugiran - kumpulan gitar rancak, pawagam - panggung wayang gambar.

    4. Cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain perkataan yang mengikutinya
Sebagai contoh: asbut - asap kabut, debunga - debu bunga, jentolak - jentera tolak.

PERINGATAN!
--Sila salin nota dalam buku Tatabahasa atau jika tiada sila salin dalam testpad 📖📑
--Setelah siap menyalin nota, ambil gambar dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡