Senarai Tugasan PdPR 4.0 Tahun 2021

Isnin, 1 Mac 2021

[BM] TINGKATAN 3 - Kata Adjektif

Aspek Tatabahasa

Arahan: Salin nota yang berikut dalam buku Tatabahasa.

  • Kata adjektif ialah kata yang merujuk sifat atau keadaan sesuatu kata nama.
  • Jenis-jenis kata adjektif:
  1. Sifat: berani, kuat, nakal, rajin, tekun
  2. Warna: biru, hijau, merah, kuning tua, ungu
  3. Perasaan: bosan, kecewa, malu, gembira, marah
  4. Waktu: cepat, awal, lambat, lama, silam
  5. Bentuk: bulat, cengkung, segi empat, segi tiga, 
  6. Ukuran: besar, kecil, tebal, nipis, tinggi
  7. Jarak: dekat, jauh, hampir, rapat, jarang
  8. Cara: kasar, laju, perlahan, gopoh, lincah
  9. Pancaindera: cantik, manis, enak, sedap, indah
  • Kata adjektif boleh disertai oleh kata penguat.
  • Jenis-jenis kata penguat:
        1. Kata penguat depan - kata penguat depan hadir di depan kata adjektif. Antara contoh kata penguat depan ialah agak, begitu, demikian, lebih, paling dan terlalu.

            Sebagai contoh, agak nakal, begitu besar, demikian lama, lebih tinggi, paling cantik, terlalu manis.

        2. Kata penguat belakangkata penguat belakang hadir di belakang kata adjektif. Antara contoh kata penguat belakang ialah benar, betul, nian dan sekali.

            Sebagai contoh, enak benar, jauh betul, indah nian, gopoh sekali.

        3. Kata penguat bebaskata penguat bebas boleh hadir di depan atau di belakang kata adjektif. Antara contoh kata penguat bebas ialah amat, sangat dan sungguh.

            Sebagai contoh, amat kecil, kecil amat, sangat rapat, rapat sangat, sekali cepat, cepat sekali.

PERINGATAN!
--Sila salin nota dalam buku Tatabahasa atau jika tiada sila salin dalam testpad 📖📑
--Setelah siap menyalin nota, ambil gambar dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡