Senarai Tugasan PdPR 4.0 Tahun 2021

Isnin, 8 Mac 2021

[BM] Tingkatan 3: Perenggan Pendahuluan

Kemahiran: Menulis

Arahan: Salin rangka perenggan pendahuluan di bawah.

    Dalam arus teknologi yang amat pesat gelombangnya kini/Seiring dengan peningkatan ekonomi negara yang semakin melonjak naik kini/Sejajar dengan ekonomi dan teknologi yang memberangsangkan di seluruh dunia, ______(topik)______ semakin hangat diperkatakan. ______(topik)______ dapat dirungkaikan dalam erti kata ______(maksud topik)______.  Topik ini timbul bagai cendawan tumbuh selepas hujan dan sering dibahaskan dalam kalangan masyarakat. [Fokus topik baik] ______(fokus topik)______ perlu dirungkaikan agar pihak yang terlibat akan mendapat manfaat dalam kehidupan seharian/ [Fokus topik buruk] ______(fokus topik)______ perlu dirungkaikan agar kita dapat menghindari keburukan/kelemahan supaya tidak merebak dengan lebih teruk lagi. Jelaslah bahawa terdapat banyak ______(fokus topik)______.


Aktiviti: Bina perenggan pendahuluan berdasarkan soalan di bawah.

1. Kemerosotan bidang sukan semakin sering diperkatakan. Bincangkan langkah-langkah untuk meningkatkan mutu sukan negara.

2. Masyarakat semakin menyedari kepentingan bersukan dalam kehidupan. Jelaskan kebaikan-kebaikan bersukan.

3. Aktiviti sukan mampu untuk mewujudkan perpaduan dan keharmonian antara kaum di negara kita. Bincangkan faedah-faedah sukan.


PERINGATAN!
--Sila buat latihan dalam buku Menulis atau jika tiada sila buat dalam testpad 📖📑
--Setelah siap latihan, ambil gambar dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡