Kemahiran: Menulis
Arahan: Salin rangka perenggan pendahuluan di bawah.
Dalam arus teknologi yang amat pesat gelombangnya kini/Seiring dengan peningkatan ekonomi negara yang semakin melonjak naik kini/Sejajar dengan ekonomi dan teknologi yang memberangsangkan di seluruh dunia, ______(topik)______ semakin hangat diperkatakan. ______(topik)______ dapat dirungkaikan dalam erti kata ______(maksud topik)______. Topik ini timbul bagai cendawan tumbuh selepas hujan dan sering dibahaskan dalam kalangan masyarakat. [Fokus topik baik] ______(fokus topik)______ perlu dirungkaikan agar pihak yang terlibat akan mendapat manfaat dalam kehidupan seharian/ [Fokus topik buruk] ______(fokus topik)______ perlu dirungkaikan agar kita dapat menghindari keburukan/kelemahan supaya tidak merebak dengan lebih teruk lagi. Jelaslah bahawa terdapat banyak ______(fokus topik)______.
Aktiviti: Bina perenggan pendahuluan berdasarkan soalan di bawah.
1. Kemerosotan bidang sukan semakin sering diperkatakan. Bincangkan langkah-langkah untuk meningkatkan mutu sukan negara.
2. Masyarakat semakin menyedari kepentingan bersukan dalam kehidupan. Jelaskan kebaikan-kebaikan bersukan.
3. Aktiviti sukan mampu untuk mewujudkan perpaduan dan keharmonian antara kaum di negara kita. Bincangkan faedah-faedah sukan.