Selasa, 16 Mac 2021

[BM] Tingkatan 3: Seloka Santap Istiadat

 Kemahiran Membaca dan Aspek Seni Bahasa


Aktiviti 1

Arahan: Murid perlu menonton dan menghayati bacaan seloka dalam video di bawah.



Aktiviti 2

Arahan: Salin nota yang berikut dalam buku Seni Bahasa.


MAKSUD RANGKAP SELOKA

Rangkap 1
Santap beradat merupakan istiadat santap raja dalam majlis kebesaran. Istiadat ini bertujuan menghormati dan meraikan tetamu. Majlis ini juga mengajar tetamu yang hadir makan secara beradab dan bukanlah sekadar untuk mengenyangkan perut.

Rangkap 2
Berdasarkan adab dan tertib semasa makan , menyuap nasi mestilah menggunakan tangan kanan dan ambillah lauk dengan sopan. Makanan hendaklah dikunyah perlahan-lahan. Selesai makan nasi, barulah minum air.

Rangkap 3
Pengarang memberikan peringatan agar makan nasi sekadar tiga suapan sebelum membasuh tangan. Kemudian, makanlah kuih-muih dan buah-buahan

Rangkap 4
Selepas makan hendaklah berkumur-kumur. Kemudian, makanlah sirih agar wajah kelihatan berseri-seri.

Rangkap 5
Pengarang menjelaskan bahawa adab dan tatacara makan secara beradat dalam sesuatu majlis  telah diamalkan sejak zaman dahulu.


TEMA
Adab dan tatacara makan dalam sesuatu majlis mengikut adat generasi zaman dahulu.

PERSOALAN
  1. Persoalan adab sopan ketika makan
  2. Persoalaan keutamaan tatacara dan tertib semasa menjamu selera
  3. Persoalan kesederhanaan ketika menjamu selera

NILAI

  1. Sopan-santun
  2. Kepatuhan
  3. Kesederhanaan

PENGAJARAN

  1. Kita hendaklah bersikap sopan dan beradab ketika sedang makan.
  2. Sebagai seorang tetamu, kita mestilah patuh dengan tatacara dan adab ketika makan
  3. Kita mestilah bersederhana ketika makan dengan tidak mengambil makanan secara berlebihan atau hawa nafsu.


PERINGATAN!
--Sila salin nota dalam buku Seni Bahasa atau jika tiada sila jawab dalam testpad 📖📑
--Setelah selesai membuat nota Aktiviti 2, ambil gambar tugasan dan PM cikgu di Whatsapp 📱
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡