Rabu, 23 Jun 2021

T2 - BM - Warna-warni Budaya

Kemahiran: Mendengar dan Bertutur.


Aktiviti

Tonton video yang berikut:



Tugasan
Berdasarkan maklumat yang anda peroleh daripada video tersebut, tulis soalan bercapah yang dapat dibina daripada gambar-gambar berikut:

Contoh:



Soalan: Pada pendapat anda, apakah kepentingan pembinaan mercu tanda kepada sesebuah negara?

Jawapan: Pada pendapat saya, antara kepentingan pembinaan mercu tanda kepada sesebuah negara ialah mercu tanda tersebut boleh dijadikan sebagai identiti negara tersebut. Hal ini demikian kerana mercu tanda sesbuah negara itu dibina dengan menitikberatkan nilai-nilai unik dan estetika yang hanya terdapat di negara itu sahaja. 




1. 

Soalan: _________________________________________________________
Jawapan: Pada pendapat saya, alatan seni muzik perlulah dipelihara kerana alatan tersebut merupakan lambang sesuatu kaum. Hal ini demikian kerana setiap kaum mempunyai alatan muzik yang unik dan melambangkan identiti kaum itu sendiri.

2.

Soalan: _________________________________________________________
Jawapan: Rakyat Malaysia dapat menjalani kehidupan yang aman dan harmoni kerana mereka telah diterapkan dengan nilai-nilai keharmonian sejak dari kecil. Hal ini demikian kerana rakyat di Malaysia tinggal dalam komuniti berbilang kaum. Bukan itu sahaja, mereka juga menghadiri sekolah yang mempunyai kaum yang pelbagai. Hal ini menyebabkan mereka mempunyai nilai keharmonian yang amat tinggi.

3.

Soalan: _________________________________________________________
Jawapan: Antara cara rakyat Malaysia memupuk semangat perpaduan yang tinggi ialah mereke menghadiri perayaan satu sama lain. Hal ini demikian kerana mereka hidup dalam negara yang berbilang kaum dan menyambut perayaan satu-sama lain bersama-sama. Bukan itu sahaja, mereka juga mengamalkan sikap kunjung-mengunjungi antara satu sama lain. Oleh sebab itu, mereka dapat memupuk semangat perpaduan yang tinggi.

4.

Soalan: _________________________________________________________.
Jawapan: Pada pendapat saya, antara faktor-faktor pelancong luar negara kerap berkunjung ke Malaysia ialah Malaysia mempunyai destinasi pelancongan yang menarik. Hal ini demikian kerana Malaysia mempunyai pelbagai pantai yang indah dan juga bentuk muka bumi yang menarik.  

5.


Soalan: _________________________________________________________
Jawapan: Antara keunikan negara Malaysia yang membezakannya daripada negara-negara lain ialah kepelbagain makanan yang boleh diperoleh. Hal ini demikian kerana negara Malaysia mempunyai rakyat yang berblang kaum. Oleh sebab itu, terdapat pelbagai jenis makanan yang menarik dan enak yang boleh dinikmati oleh semua orang.


PERINGATAN!
--Sila jawab soalan dalam buku Mendengar dan Bertutur atau jika tiada sila jawab dalam testpad 📖📑
--Setelah siap menjawab soalan, ambil gambar dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡