Rabu, 23 Jun 2021

T3 - BM - Menulis Dialog

 Kemahiran: Menulis


Aktiviti 1:

Tonton video berikut dengan teliti.


KLIK SINI


Aktiviti 2:

Baca dan fahami teks dialog muka surat 135 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 3. Lihat cara penulisan dialog yang terdapat dalam teks tersebut.




Tugasan:

Baca dan teliti maklumat yang terdapat dalam muka surat 140 dan 141 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 3. Kemudian, jawab soalan yang berikut:


Rakan anda telah mengunjungi pameran teknologi di Kuala Lumpur pada minggu lalu. Anda telah menemuinya untuk menanyakan tentang pengalamannya ketika berkunjung ke pameran tersebut. Tuliskan perbualan anda itu. Panjang karangan anda mestilah melebihi 180 patah perkataan.


Farid:         Hai, Sarah. Selamat pagi. Apa khabar awak hari ini?

Sarah:        Hai, Fadhilla. Selamat pagi. Khabar baik. Awak apa khabar?

Farid:         Saya baik-baik sahaja. Bagaimanakah pengalaman awak berkunjung kepameran teknologi minggu lalu?

Sarah:        Saya berasa gembira dan seronok kerana dapat melihat dan mengetahui pelbagai barangan pameran yang menarik.

Farid:         Saya dengar mengenai kereta elektrik buatan Malaysia. Apakah keistimewaan kereta elektrik tersebut?

Sarah:        Ya, betul. Terdapat kereta elektrik buatan Malaysia. Antara keistimewaan kereta elektrik tersebut ialah ___________________________________ dan

                   _________________________________________.

Farid:         Wah, menariknya! Benarkah bahawa kereta elektrik dapat mengurangkan risiko terbabas?

Sarah:        Ya, benar. Hal ini demikian kerana ________________

____________________________________________.

Farid:         Banyaknya kelebihan kereta elektrik ini! Universiti manakah yang terlibat dalam pembuatan kereta elektrik ini?

Sarah:        Universiti yang terlibat dalam pembuatan kereta elektrik ini ialah ____________ dan ______________.

Farid:         Siapakah penaja kereta elektrik yang mengambil bahagian dalam pembuatan kereta elektrik di UPM itu?

Sarah:        Penaja kereta elektrik yang mengambil bahagian dalam pembuatan kereta elektrik di UPM ialah syarikat _________________________________________.

Farid:         Seronoknya saya mendengar informasi tentang kereta elektrik itu. Terima kasih, Sarah. Jumpa lagi.

Sarah:        Semoga awak juga berpeluang untuk merasa pengalaman ke pameran tersebut. Sama-sama. Jumpa lagi.


PERINGATAN!
--Sila jawab soalan dalam buku Menulis atau jika tiada sila jawab dalam testpad 📖📑
--Setelah siap menulis karangan, ambil gambar dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡