Selasa, 21 September 2021

T2 - BM - Latih Tubi Ujian Bahagian B

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut kemudian tulis jawapan pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin semula ayat tersebut. 
 
1. Kerajaan bercadang membina lebih banyak rumah-rumah pasang siap untuk mangsa banjir di Kelantan. 
 _________________________________________________ 

2. Angkasawan Negara itu menceritakan tentang pengalaman beliau ketika berada di angkasa lepas dengan penuh ceria.
_________________________________________________ 

3. Sungguh amat terindah pemandangan di sekitar pulau peranginan di negeri Sabah itu. 
 _________________________________________________ 

4. Antara faktor-faktor pencemaran udara ialah pelepasan asap kilang dan pembakaran terbuka yang tidak dikawal. 
 _________________________________________________ 

5. “Patik berharap agar panglima semua bersedia untuk berperang melawan musuh,” pesan bendahara kepada para panglimanya.
 _________________________________________________ 

6. Pelajar cemerlang itu telah menerima hadiah dan sijil kecemerlangan dari pengetua. _________________________________________________ 

7. Pulau Langkawi adalah destinasi pelancongan yang terkenal di negara kita. _________________________________________________ 

8. Ketiga-tiga orang anak-anak lelaki Encik Mansur berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti luar negara. 
_________________________________________________ 

9. Penduduk Kampung Jaya Sepakat sentiasa mengamalkan semangat saling bantu-membantu sekiranya terdapat penduduk kampung yang berada dalam kesusahan. 
 _________________________________________________ 

10. Semua anggota pertubuhan itu bersetuju untuk membincangkan agenda lain-lain hal dalam mesyuarat itu. 
 _________________________________________________ 


Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tuliskan jawapan pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. 

1. Penunggang motorsikal itu berjaya melarikan diri daripada sekatan jalan raya yang dilakukan oleh polis trafik. 
 _________________________________________________  

2. Melalui e-mail yang dikirimnya malam tadi, adik mengharapkan agar kami sekeluarga tidak bimbang akan keselamatannya. 
 _________________________________________________ 

3. Gerai itu amat terkenal dalam kalangan penduduk tempatan kerana menu mee udangnya yang sangat lazat. 
 _________________________________________________ 

4. Bandaraya itu seolah-olah dilanda todak kerana keadaan sekelilingnya yang sunyi sepi pada waktu malam.  

 _________________________________________________ 

5. Kita tak boleh mengenepikan bidang kokurikulum kerana bidang tersebut sama penting seperti akademik. 
 _________________________________________________ 


PERINGATAN!
--Sila buat tugasan dalam buku Tatabahasa atau jika tiada sila jawab dalam testpad 📖📑
--Setelah siap, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡