Kemahiran Menulis
Murid-murid boleh merujuk rangka penulisan ringkasan di sini >> KLIK SINI
Latihan 1
Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis ringkasan tentang langkah-langkah untuk mengatasi penularan berita palsu di media sosial. Panjangnya ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Menurut hasil kajian yang dilakukan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), jumlah pengguna Internet di Malaysia hampir melebihi 30 juta orang. Namun begitu, sejauh manakah pengguna media sosial mempercayai berita yang ditulis dan diterbitkan dalam media sosial?
Inilah senario yang berlaku di serata dunia, termasuklah Malaysia, selagi terdapat individu yang cuba menyalahgunakan platform sedia ada untuk kepentingan peribadi mereka. Barangkali inilah antara sebab kes salah guna media sosial yang melibatkan penyebaran berita palsu semakin menular dewasa ini.
Agensi penguat kuasa, seperti Polis Diraja Malaysia dan SKMM telah bekerjasama untuk melaksanakan pelbagai inisiatif bagi mengekang penyebaran berita palsu dan salah guna media sosial. Namun demikian, usaha tersebut tidak seharusnya terhenti di situ sahaja. Rakyat juga mempunyai tanggungjawab yang perlu digalas bagi memastikan penyebaran berita palsu tidak akan berakhir dengan tindakan penguatkuasaan semata-mata.
Selain itu, setiap inidividu perlu berfikir semasak-masaknya sebelum bertindak menvebarkan atau memuat naik sesuatu berita sensasi. Pada masa yang sama, pengguna media sosial wajar menyemak kesahihan sesuatu maklumat yang diterima lebih dahulu sebelum bertindak untuk menyebarkannya kepada orang lain.
Seterusnya, pengguna media sosial dinasihati tidak sesekali berasa ghairah dan terus menekan butang klik tanpa membaca kandungan artikel secara mendalam lebih dahulu, Dalam konteks ini, manfaatkanlah kebijaksanaan akal fikiran sendiri untuk membezakan berita yang sahih atau sebaliknya. Jangan sesekali membiarkan berita palsu ini meracuni pemikiran rakyat sehingga mereka tidak dapat membezakan perkara yang benar daripada yang palsu.
Oleh itu, setiap individu mestilah sentiasa peka, prihatin dan bersiap-siaga untuk menangkis sebarang berita palsu yang mungkin mampu memporak-perandakan kesejahteraan negara.
(Sumber: Gerak Gempur PdPR SASBADI)
Latihan 2
Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis ringkasan tentang inisiatif-inisiatif memartabatkan bahasa Melayu dalam sektor pendidikan. Panjangnya ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.