Sabtu, 21 Mac 2020

Siaran Pertama: Selamat Datang!

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Umum telah mengetahui bahawa kerajaan Malaysia telah menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Restriction of Movement Order (RMO) bagi seluruh rakyat Malaysia. Berdasarkan PKP tersebut, rakyat Malaysia dinasihatkan untuk mematuhi arahan bagi mengurangkan rangkaian jangkitan COVID-19. Oleh sebab itu, semua sekolah juga telah ditutup sehingga 31 Mac 2019. 

Tujuan laman blog ini dibina adalah untuk menyediakan diri murid-murid supaya entiasa mengulang kaji pelajaran walaupun tidak dapat hadir ke sekolah. Laman blog ini merupakan salah satu inisiatif  pemberian tugasan dan nota kepada murid.

Jadual kerja adalah seperti berikut:


Semua tugasan dan nota mestilah ditulis dalam buku tulis sama ada buku Mendengar dan Bertutur, buku Membaca, buku Menulis, atau buku Seni Bahasa/Tatabahasa mengikut tajuk yang akan diberikan. Jika anda tidak mempunyai buku-buku tersebut, sila selesaikan tugasan anda dalam kertas kajang. 

Tiada had masa ditetapkan untuk menyiapkan tugasan tersebut tetapi murid perlu menyelesaikan semua tugasan sebelum sesi persekolahan bermula. Namun begitu, amatlah disarankan supaya murid dapat membuat tugasan mengikut jadual yang disediakan. 

Selamat mengulang kaji pelajaran.
Jaga kesihatan anda supaya terhindar daripada segala penyakit berbahaya.
Sehingga berjumpa lagi pada siaran seterusnya!

-Cikgu Fadhilla