Rabu, 25 Mac 2020

(3 ALIF) Tajuk: Martabat Bahasa Melayu



Kemahiran: Menulis


Arahan:
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis sebuah ringkasan tentang usaha-usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu. Panjang ringkasan anda mestilah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan untuk menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.


Pendekatan lama melalui Kempen Bulan Bahasa, Bulan Cintai Bahasa Kita, dan lain-lain jelas kurang memberikan kesan yang berkekalan kepada masyarakat. Oleh sebab itu, kita wajar mencari dan mencuba pendekatan baharu untuk memartabatkan bahasa Melayu terutamanya dalam kalangan generasi muda masa ini.

      Sejarah kegemilangan lampau bahasa Melayu menunjukkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa peribumi, berfungsi sebagau lingua franca, sifatnya sangat lentur dan mudah dipelajari menjadikan bahasa Melayu sabagai bahasa kebangsaan negara kita. Oleh sebab itu, pembinaan bahasa dimaksudkan sebagai usaha ke arah memantapkan bahasa Melayu daripada sudut sistemnya iaitu sistem ejaan, sebutan, tatabahasa, peristilahan, kosa kara dan laras bahasa.

       Bahasa Melayu telah diangkat statusnya di negara kita sebagai bahasa ilmu pengetahuan apabila menjadi bahasa pengantar pada peringkat universiti. Oleh sebab itu, kita perlu meneruskan tradisi ini agar bahasa Melayu tidak lenyap dalam arus pemodenan masa ini. Kejayaan bahasa Melayu itu dapat dilihat sebagai wahana ilmu pengetahuan melauli penggunaan bahasa tersebut dalam syarah-syarahan perdana. Usaha memperkasakan bahasa Melayu di institusi pengajian tinggi )IPT) adalah dengan menggunakan bahasa Melayu dalam situasi-situasi rasmi dan memupuk semangat cinta akan bahasa tersebut.

       Sayugia diingatkan bahasa bahasa Melayu masik merupakan bahasa utama dan bahasa rasmi dalam sidang Parlimen, urusan pentadbiran kerajaan, dan bidang perundangan. Bahasa Melayu dalam budang teknologi maklumat perlu jelas untuk menjadikannya lebih berkeupayaan dan digunakan oleh lebih banyak pengguna. Institusi pengajian tinggi tempatan perlu mengadakan lebih banyak kursus yang berkaitan dengan kejuruteraan menggunakan bahasa Melayu.

       Bahasa Melayu juga wajar meliputi bidang teknologi maklumat yang kian berkembang pesat ini. Dengan cara ini, bilangan golongan yang menggunakan bahasa Melayu pada peringkat kepimpinan dalam industri perisian dapar diperbanyak dan ditingkatkan, terutama dalam kejuruteraan perisian. Syarikat tempatan atau golongan penyelidik perlu bekerjasama dengan pengeluar peralatan CASE luar negara untuk menterjemahkan perisian atau program kepada bahasa Melayu sepenuhnya agar bahasa Melayu akan terus berkembang mengikut peredaran zaman.

       Walaupun sesetengah pihak kurang gemar menggunakan bahasa Melayu, namun sebagai warganegara Malaysia, kita patut mencintai bahasa ibunda kita.


Peringatan!
Anda tidak perlu menulis semula petikan di dalam buku tulis.