Isnin, 30 Ogos 2021
T2 - BM - Kata Adjektif (Latihan)
Ahad, 29 Ogos 2021
T3 - BM - Edit dan Sunting (Ujian Pengesanan)
Kemahiran Menulis
Baca teks dengan teliti. Kemudian, salin isi-isi penting berikut:
BAHAGIAN C
Tajuk:
Langkah-langkah mengukuhkan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.
Isi-isi
penting:
1.
masyarakat perlu menghidupkan semua konsep rukun tetangga di kawasan perumahan
mereka.
2.
mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan kediaman.
3.
pihak kerajaan perlu mengadakan kempen kesedaran tentang kepentingan semangat
kejiranan.
4.
Penggunaan media massa seluas yang mungkin dengan iklan yang menarik.
5. Masyarakat perlu mengubah sikap mereka dengan memandang semangat kejiranan ini sebagai perkata yang cukup penting dalam kehidupan.
BAHAGIAN D
Salin semula contoh jawapan karangan pendek di bawah:
Kami bertolak seawal 7.30 pagi
dengan menaiki bas ke Dataran Merdeka. Terdapat ramai penonton yang berbilang
kaum. Ketibaan DYMM di-Pertuan Agong telah disambut meriah. Selepas itu, kami
menyanyikan nyanyian Lagu Negaraku dengan bersemangat. Majlis dimulakan dengan
lintas hormat dan perarakan tentera negara. Terdapat berbagai-bagai jenis
kereta berhias dan maskot yang unik serta persembahan tarian dan nyanyian lagu
patriotik. Kami mengibarkan bendera Jalur Gemilang dan melaungkan kalimat
merdeka.
Aku berasa bangga dan amat
gembira kerana telah menyertai Sambutan Hari Pahlawan itu.
PERINGATAN!--Sila jawab soalan dalam buku Membaca atau jika tiada sila jawab dalam testpad ๐๐--Setelah siap menjawab, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah ๐ก
Khamis, 26 Ogos 2021
T3 - BM - Kuiz Kesalahan Ejaan
T2 - BM - Bahasa Kebangsaan (perenggan isi)
Kemahiran Menulis
Tonton dan hayati video berikut >> KLIK SINI
Kemudian, hasilkan 3 perenggan isi berdasarkan soalan yang diberikan.
Soalan:
Bahasa kebangsaan sesuatu negara mampu untuk menyatukan rakyatnya. Huraikan kepentingan bahasa kebangsaan kepada negara kita.
*rujuk nota rangka penulisan karangan >> KLIK DI SINI
PERINGATAN!
--Sila buat tugasan dalam buku Menulis atau jika tiada sila jawab dalam testpad ๐๐--Setelah siap, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah ๐ก
Selasa, 24 Ogos 2021
T2 - BM - Bulan Bahasa Kebangsaan (perenggan pendahuluan dan penutup)
Kemahiran Menulis
Tonton dan hayati video berikut >> KLIK SINI
Kemudian, hasilkan satu perenggan pendahuluan dan satu perenggan penutup berdasarkan soalan yang diberikan.
Soalan:
Bahasa kebangsaan sesuatu negara mampu untuk menyatukan rakyatnya. Huraikan kepentingan bahasa kebangsaan kepada negara kita.
*rujuk nota rangka penulisan karangan >> KLIK DI SINI
PERINGATAN!
--Sila buat tugasan dalam buku Menulis atau jika tiada sila jawab dalam testpad ๐๐--Setelah siap, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah ๐ก
Isnin, 23 Ogos 2021
T2 - BM - Latihan Karangan Pendek
Khamis, 19 Ogos 2021
T3 - BM - Bulan Kebangsaan
Kemahiran Menulis
1. Berdasarkan maklumat berikut, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan.
Sambutan Bulan Kebangsaan di Sekolah
2. Berdasarkan maklumat berikut, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan.
Langkah-langkah Memupuk Semangat Patriotik
semangat patriotik - perlu dipupuk - masyarakat berbilang kaum - didikan ibu bapa - cinta akan tanah air - menyertai program kenegaraan - menyertai sambutan kemerdekaan - menghargai sejarah dan tokoh negara - melawat tempat-tempat bersejarah - peranan kerajaan - kempen - bersatu padu - mewujudkan negara yang aman - hidup harmoni dan sejahtera
PERINGATAN!
--Sila buat tugasan dalam buku Menulis atau jika tiada sila jawab dalam testpad ๐๐--Setelah siap, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah ๐ก
T2 - BM - Menjunjung Kasih Tuanku
Aspek Tatabahasa
Aktiviti 1
Salin nota yang berikut:
PERINGATAN!
--Sila buat tugasan dalam buku Tatabahasa atau jika tiada sila jawab dalam testpad ๐๐--Setelah siap, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah ๐ก
Rabu, 18 Ogos 2021
T3 - BM - Pejuang Tanah Air (perenggan pendahuluan dan perenggan penutup)
Kemahiran Menulis
Teliti bahan di bawah dengan teliti (halaman 65, buku teks BM Tingkatan 3). Kemudian, hasilkan satu perenggan pendahuluan dan satu perenggan penutup berdasarkan arahan yang diberikan.
--Pejuang tanah air telah mengorbankan pelbagai aspek dalam kehidupan mereka bagi mendapatkan keamanan negara. Huraikan cara-cara mengenang jasa pejuang tanah air.
*rujuk nota rangka penulisan karangan >> KLIK DI SINI
PERINGATAN!
--Sila buat tugasan dalam buku Menulis atau jika tiada sila jawab dalam testpad ๐๐--Setelah siap, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah ๐ก
Selasa, 17 Ogos 2021
T2 - BM - Jagat Remaja
Kemahiran Menulis
Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam halaman 151 buku teks Bahasa Melayu tingkatan 2, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan.
PERINGATAN!
--Sila buat tugasan dalam buku Menulis atau jika tiada sila jawab dalam testpad ๐๐--Setelah siap, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah ๐ก
Isnin, 16 Ogos 2021
T2 - BM - POP KUIZ EJAAN
Arahan:
1. Murid-murid perlu menjawab kuiz yang berikut >> KLIK DI SINIAhad, 15 Ogos 2021
T3 - BM - Pejuang Tanah Air (perenggan isi)
Kemahiran Menulis
Teliti bahan di bawah dengan teliti (halaman 65, buku teks BM Tingkatan 3). Kemudian, hasilkan tiga perenggan isi berdasarkan arahan yang diberikan.
--Pejuang tanah air telah mengorbankan pelbagai aspek dalam kehidupan mereka bagi mendapatkan keamanan negara. Huraikan cara-cara mengenang jasa pejuang tanah air.
*rujuk nota rangka penulisan karangan >> KLIK DI SINI
PERINGATAN!
--Sila buat tugasan dalam buku Menulis atau jika tiada sila jawab dalam testpad ๐๐--Setelah siap, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah ๐ก
Khamis, 12 Ogos 2021
T3 - BM - Kuiz Pola Ayat
Arahan:
1. Murid-murid perlu menjawab kuiz yang berikut >> KLIK DI SINI3. Setelah siap menjawab, tangkap layar skrin markah kuiz dan PM cikgu di Whatsapp.
4. Murid-murid diminta untuk menjawab kuiz sebelum 9 malam hari ini (Khamis, 12/8/2021)
5. Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila terus berhubung dengan cikgu melalui Whatsapp.
T2 - BM - Komuniti Prihatin
Kemahiran Menulis
Aktiviti 1
Baca dan fahami perenggan isi taklimat berikut (buku teks BM Tingkatan 2 halaman 100)
Aktiviti 2
Berdasarkan maklumat yang anda peroleh daripada taklimat yang anda telah baca, lengkapkan teks dialog berikut dengan jawapan yang betul dan ayat yang gramatis.
Ahmad : Hai, Sarah. Apa khabar?
Sarah : Hai, Ahmad. Saya baik-baik sahaja. Adakah awak baru pulang daripada majlis taklimat tentang kepolisan masyarakat di dewan komuniti?
Ahmad : Ya, betul. Saya amat tertarik dengan kepolisan masyarakat yang diwujudkan dalam komuniti kita. Kepolisan masyarakat sangat penting kerana _________________________________________.
Sarah : Betul kata awak, Ahmad. Keterlibatan anggota masyarakat juga penting. Hal ini demikian kerana apabila masyarakat bekerjasama dengan polis maka ______________________________. Bukan itu sahaja _________________________________.
Ahmad : Saya setuju dengan penyataan awak. Adakah awak tahu apakah Kepolisan Masyarakat ini, Sarah?
Sarah : Ya, saya tahu. Kepolisan Masyarakat ialah _____________________________________
_____________________________________________________________________.
Ahmad : Betul, Sarah. Visi Kepolisan Masyarakat juga amat mulia iaitu _____________________
_________________________________________________________________________________.
Sarah : Antara misi Kepolisan Masyarakat pula ialah ________________________________ dan ___________________________________.
Ahmad : Banyak kebaikan tentang Kepolisan Masyarakat ini, kan Sarah? Saya amat berbangga kerana komuniti kita sanggup untuk menggalas tanggungjawab bersama dalam mewujudkan suasana kejiranan yang selamat dan harmoni.
Sarah : Benar belaka. Oh, hari sudah lewat ni, Ahmad. Saya pulang dulu ya. Jumpa lagi!
Ahmad : Baiklah, Sarah. Jumpa lagi!
PERINGATAN!
--Sila buat tugasan dalam buku Menulisa atau jika tiada sila jawab dalam testpad ๐๐--Setelah siap, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah ๐ก
Rabu, 11 Ogos 2021
T3 - BM - Pengusaha Tanaman Hiasan
Aspek Seni Bahasa
Aktiviti 1
Baca teks dialog berikut dengan teliti. Kemudian, kenal pasti kiasan dan peribahasa yang terdapat dalam teks dialog tersebut.
Aktiviti 2
Berdasarkan teks dialog yang telah anda baca, lengkapkan jadual berikut dengan maksud yang betul.
- jika berusaha dengan gigih, pasti akan berjaya.
- melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh secara permulaan sahaja dan ditinggalkan setelah mula bosan.
- sifat baik atau buruk ibu dan bapa yang diwarisi oleh anak.
- seseorang yang mempunyai minda yang sangat pintar.
- sesuatu kejayaan itu tidak akan dapat dicapai tanpa usaha.
- sekiranya seseorang mempunyai cita-cita, pasti dia akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapaikan walaupun menghadapi pelbagai cabaran.
- sesuatu yang sangat bernilai.
Bina ayat menggunakan kiasa dan peribahasa yang berikut:
1. mahal seperti permata
__________________________________________________________________.
2. cerdik seperti kancil
__________________________________________________________________.
3. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
__________________________________________________________________.
4. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
__________________________________________________________________.
5. hangat-hangat tahi ayam sahaja
__________________________________________________________________.
PERINGATAN!--Sila buat tugasan dalam buku Seni Bahasa atau jika tiada sila jawab dalam testpad ๐๐--Setelah siap, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah ๐ก
Isnin, 9 Ogos 2021
T2 - BM - Kuiz Kata Ganda
Arahan:
- Murid-murid perlu menjawab kuiz yang berikut >> KLIK DI SINI
- Setelah siap menjawab, tangkap layar skrin markah kuiz dan PM cikgu di Whatsapp.
Murid-murid diminta untuk menjawab kuiz sebelum 9 malam hari ini (Isnin, 9/8/2021)
Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila terus berhubung dengan cikgu melalui Whatsapp.
Semoga dipermudahkan segala urusan murid-murid untuk menuntut ilmu!
Ahad, 8 Ogos 2021
T3 - BM - Hempasan Ombak (Gaya Bahasa)
Aspek Seni Bahasa
Salin nota yang berikut.
GAYA BAHASA
1. Bahasa Arab - penggunaan bahasa asing iaitu bahasa Arab dalam novel.
Sebagai contoh: Assalamualaikum, Astaghfirullah
2. Bahasa Inggeris - penggunaan bahasa asing iaitu bahasa Inggeris dalam novel.
Sebagai contoh: classmate, window shopping
3. Hiperbola - penggunaan perkataan yang membawa maksud berlebih-lebihan.
Sebagai contoh: Lidah api menjilat ganas apa-apa sahaja yang tercapai.
4. Personifikasi - Pemberian sifat manusia kepada benda yang tidak hidup.
Sebagai contoh: Rasa serba salah mula mencekik dirinya.
5. Simile - Perbandingan sesuatu objek menggunakan kata-kata perbandingan (terdapat penggunaan perkataan seperti, bak, bagai, macam, laksana, ibarat, umpama).
Sebagai contoh: Syarikat yang ditubuhkan sejak hujung 60-an itu bagai pelita yang meliuk-liuk apinya.
6. Peribahasa - penggunaan peribahasa dalam novel.
Sebagai contoh: putih mata; gulung tikar; genggam bara api biar sampai jadi arang; diluah mati emak, ditelan mati bapa; kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
7. Repetisi - penggunaan perkataan yang berulang dalam satu baris atau rangkap.
Sebagai contoh: "Kerja, kerja. Makan, makan" ujar Hajah Zaoyah.
Sumber: Harummanis2
PERINGATAN!--Sila buat tugasan dalam buku Seni Bahasa atau jika tiada sila jawab dalam testpad ๐๐--Setelah siap, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah ๐ก
Khamis, 5 Ogos 2021
3L - BM - Kuiz Tatabahasa
Arahan:
- Murid-murid perlu menjawab kuiz yang berikut >> KLIK DI SINI
- Setelah siap menjawab, ambil screenshot markah kuiz dan PM cikgu di Whatsapp.
Murid-murid diminta untuk menjawab kuiz sebelum 8 malam hari ini (Khamis, 5/8/2021)
Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila terus berhubung dengan cikgu melalui Whatsapp.
Semoga dipermudahkan segala urusan murid-murid untuk menuntut ilmu!
3R - BM - Kuiz Tatabahasa (Ejaan)

T2 - BM - Novel Darah Titik di Semantan (Sinopsis)
Aspek Seni Bahasa
Salin sinopsis novel yang berikut.
PERINGATAN!--Sila buat tugasan dalam buku Seni Bahasa atau jika tiada sila jawab dalam testpad ๐๐--Setelah siap nota, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah ๐ก
Rabu, 4 Ogos 2021
T3 - BM - Kata Terbitan
Aspek Tatabahasa
Salin nota yang berikut.
PERINGATAN!--Sila buat nota dan tugasan dalam buku Tatabahasa atau jika tiada sila jawab dalam testpad ๐๐--Setelah siap nota dan tugasan, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah ๐ก
Selasa, 3 Ogos 2021
T2 - BM - Kata Ganda Separa
Aspek Tatabahasa
1. Salin nota yang berikut:
PERINGATAN!--Sila buat nota dan tugasan dalam buku Tatabahasa atau jika tiada sila jawab dalam testpad ๐๐--Setelah siap nota dan tugasan, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah ๐ก
Isnin, 2 Ogos 2021
T2 - BM - Latihan Sajak Pada Sekuntum Mawar
Aspek Seni Bahasa
PERINGATAN!--Sila buat tugasan dalam buku Seni Bahasa atau jika tiada sila jawab dalam testpad ๐๐--Setelah siap nota, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah ๐ก
Ahad, 1 Ogos 2021
T3 - BM - Hempasan Ombak: Teknik Plot
Aspek Seni Bahasa
Salin nota yang berikut.
Teknik | Huraian/ Contoh |
1. Pemerian | i)Pengarang menggambarkan aktiviti jual beli yang berlaku di kedai Zuraida. Sebagai contoh: Selepas ibu tadi meninggalkan gerai setelah mendapatkan seluar untuk anak lelaki yang berumur tiga tahun barulah jejaka itu membuka mulut. (hlm. 76) ii) Pengarang menceritakan desas-desus punca kematian ayah Farid Sebagai contoh: Farid cuba menutup telingan daripada mendengar desas-desus punca kematian ayahnya. (hlm.15) |
2. Dialog | i) Perbualan antara Farid dan Mokhsin. Sebagai contoh: “Kita minum sikit, Rid,” tiba-tiba Mokhsien bersuara. “ Tetamu yang datang takkan dibiarkan kering tekaknya. Farid nak minum apa? Mokhsein seperti menawarkan. “Ikut tuan rumahlah.” Farid mulai tidak kekok melayani Encik Mokhsein. (hlm. 63) ii) Perbualan antara Zuraida dan Farid Sebagai contoh:: “Eda dapat agaklah Farid tentu bosan dengar cerita Eda fasal berniaga kecil-kecilan. Berniaga di kaki lima!” “ Hm…. Saya tak kata pun begitu. Bagi saya sama sahaja. Perniagaan saya pun tak besar mana. (hlm.81) |
3. Imbas kembali | i) Lotfi teringat peristiwa semasa dia mengikuti ayahnya kembali menghantar batik keluaran syarikatnya ke serata tempat. Sebagai contoh: Dia sering mengikuti ayahnya menghantar batik keluaran syarikatnya ke serata tempat, ... (hal. 34) |
4. Monolog | i) Farid bercakap seorang diri. Sebagai contoh: "Pengorbanan… ." Farid separuh berbisik. (hal. 73) |
5. Monolog dalaman | i) Hati Nik berdetik tentang Farid dan Zuraida yang kelihatan dalaman sepadan. Sebagai contoh: Seorang penjual batik, seorang lagi tauke batik, ...' detik hati Nik, penjaga stor itu. (hal. 146) |
6. Imbas muka | ii) Farid membayangkan bahawa dia dan Zuraida akan menguruskan Syarikat Batik Nusantara bersama-sama suatu masa nanti. Sebagai contoh: Suatu ketika, pengembaraan kita menguruskan perniagaan sebegini akan lebih acap. (hal. 145) |
7. Saspens | i) Pembaca tertanya-tanya orang yang dikatakan oleh Mokhsein yang dengki akan perniagaan Farid. Sebagai contoh: "Adalah syarikat lain dengki dekat kamu tu. (hal. 69) |
8. Kejutan | ii) Pembaca terkejut apabila melihat keberanian Hartini menghalau samseng yang menceroboh bangsal batik tempatnya berkhidmat. Sebagai contoh: Tolong keluar bang. Keluar! " Hartini mula bertegas. (hal. 175) |