Khamis, 12 Ogos 2021

T2 - BM - Komuniti Prihatin

Kemahiran Menulis


Aktiviti 1

Baca dan fahami perenggan isi taklimat berikut (buku teks BM Tingkatan 2 halaman 100)



Aktiviti 2

Berdasarkan maklumat yang anda peroleh daripada taklimat yang anda telah baca, lengkapkan teks dialog berikut dengan jawapan yang betul dan ayat yang gramatis. 


Ahmad    : Hai, Sarah. Apa khabar?

Sarah        : Hai, Ahmad. Saya baik-baik sahaja. Adakah awak baru pulang daripada majlis taklimat tentang kepolisan masyarakat di dewan komuniti?

Ahmad    : Ya, betul. Saya amat tertarik dengan kepolisan masyarakat yang diwujudkan dalam komuniti kita. Kepolisan masyarakat sangat penting kerana _________________________________________.

Sarah        : Betul kata awak, Ahmad. Keterlibatan anggota masyarakat juga penting. Hal ini demikian kerana apabila masyarakat bekerjasama dengan polis maka ______________________________. Bukan itu sahaja _________________________________.

Ahmad    : Saya setuju dengan penyataan awak. Adakah awak tahu apakah Kepolisan Masyarakat ini, Sarah?

Sarah        : Ya, saya tahu. Kepolisan Masyarakat ialah _____________________________________

_____________________________________________________________________.

Ahmad       : Betul, Sarah. Visi Kepolisan Masyarakat juga amat mulia iaitu _____________________

_________________________________________________________________________________.

Sarah        : Antara misi Kepolisan Masyarakat pula ialah ________________________________ dan ___________________________________.

Ahmad    : Banyak kebaikan tentang Kepolisan Masyarakat ini, kan Sarah? Saya amat berbangga kerana komuniti kita sanggup untuk menggalas tanggungjawab bersama dalam mewujudkan suasana kejiranan yang selamat dan harmoni.

Sarah        : Benar belaka. Oh, hari sudah lewat ni, Ahmad. Saya pulang dulu ya. Jumpa lagi!

Ahmad     : Baiklah, Sarah. Jumpa lagi!


 PERINGATAN!

--Sila buat tugasan dalam buku Menulisa atau jika tiada sila jawab dalam testpad 📖📑
--Setelah siap, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡