Aspek Seni Bahasa
Salin nota yang berikut.
NOVEL HEMPASAN OMBAK
TEKNIK PLOT
Teknik | Huraian/ Contoh |
1. Pemerian | i)Pengarang menggambarkan aktiviti jual beli yang berlaku di kedai Zuraida. Sebagai contoh: Selepas ibu tadi meninggalkan gerai setelah mendapatkan seluar untuk anak lelaki yang berumur tiga tahun barulah jejaka itu membuka mulut. (hlm. 76) ii) Pengarang menceritakan desas-desus punca kematian ayah Farid Sebagai contoh: Farid cuba menutup telingan daripada mendengar desas-desus punca kematian ayahnya. (hlm.15) |
2. Dialog | i) Perbualan antara Farid dan Mokhsin. Sebagai contoh: “Kita minum sikit, Rid,” tiba-tiba Mokhsien bersuara. “ Tetamu yang datang takkan dibiarkan kering tekaknya. Farid nak minum apa? Mokhsein seperti menawarkan. “Ikut tuan rumahlah.” Farid mulai tidak kekok melayani Encik Mokhsein. (hlm. 63) ii) Perbualan antara Zuraida dan Farid Sebagai contoh:: “Eda dapat agaklah Farid tentu bosan dengar cerita Eda fasal berniaga kecil-kecilan. Berniaga di kaki lima!” “ Hm…. Saya tak kata pun begitu. Bagi saya sama sahaja. Perniagaan saya pun tak besar mana. (hlm.81) |
3. Imbas kembali | i) Lotfi teringat peristiwa semasa dia mengikuti ayahnya kembali menghantar batik keluaran syarikatnya ke serata tempat. Sebagai contoh: Dia sering mengikuti ayahnya menghantar batik keluaran syarikatnya ke serata tempat, ... (hal. 34) |
4. Monolog | i) Farid bercakap seorang diri. Sebagai contoh: "Pengorbanan… ." Farid separuh berbisik. (hal. 73) |
5. Monolog dalaman | i) Hati Nik berdetik tentang Farid dan Zuraida yang kelihatan dalaman sepadan. Sebagai contoh: Seorang penjual batik, seorang lagi tauke batik, ...' detik hati Nik, penjaga stor itu. (hal. 146) |
6. Imbas muka | ii) Farid membayangkan bahawa dia dan Zuraida akan menguruskan Syarikat Batik Nusantara bersama-sama suatu masa nanti. Sebagai contoh: Suatu ketika, pengembaraan kita menguruskan perniagaan sebegini akan lebih acap. (hal. 145) |
7. Saspens | i) Pembaca tertanya-tanya orang yang dikatakan oleh Mokhsein yang dengki akan perniagaan Farid. Sebagai contoh: "Adalah syarikat lain dengki dekat kamu tu. (hal. 69) |
8. Kejutan | ii) Pembaca terkejut apabila melihat keberanian Hartini menghalau samseng yang menceroboh bangsal batik tempatnya berkhidmat. Sebagai contoh: Tolong keluar bang. Keluar! " Hartini mula bertegas. (hal. 175) |
Sumber: CikguSimile