Ahad, 29 Ogos 2021

T3 - BM - Edit dan Sunting (Ujian Pengesanan)

Kemahiran Menulis

Baca teks dengan teliti. Kemudian, salin isi-isi penting berikut:


BAHAGIAN C


Tajuk: Langkah-langkah mengukuhkan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.

Isi-isi penting:

1. masyarakat perlu menghidupkan semua konsep rukun tetangga di kawasan perumahan mereka.

2. mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan kediaman.

3. pihak kerajaan perlu mengadakan kempen kesedaran tentang kepentingan semangat kejiranan.

4. Penggunaan media massa seluas yang mungkin dengan iklan yang menarik.

5. Masyarakat perlu mengubah sikap mereka dengan memandang semangat kejiranan ini sebagai perkata yang cukup penting dalam kehidupan.


BAHAGIAN D

Salin semula contoh jawapan karangan pendek di bawah:



Contoh jawapan:

Kelab Sejarah sekolahku telah mengadakan lawatan sempena Sambutan Hari Pahlawan.

                Kami bertolak seawal 7.30 pagi dengan menaiki bas ke Dataran Merdeka. Terdapat ramai penonton yang berbilang kaum. Ketibaan DYMM di-Pertuan Agong telah disambut meriah. Selepas itu, kami menyanyikan nyanyian Lagu Negaraku dengan bersemangat. Majlis dimulakan dengan lintas hormat dan perarakan tentera negara. Terdapat berbagai-bagai jenis kereta berhias dan maskot yang unik serta persembahan tarian dan nyanyian lagu patriotik. Kami mengibarkan bendera Jalur Gemilang dan melaungkan kalimat merdeka.

                Aku berasa bangga dan amat gembira kerana telah menyertai Sambutan Hari Pahlawan itu.


PERINGATAN!
--Sila jawab soalan dalam buku Membaca atau jika tiada sila jawab dalam testpad 📖📑
--Setelah siap menjawab, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡