Senarai Tugasan PdPR 4.0 Tahun 2021

Rabu, 24 Februari 2021

[BM] TINGKATAN 2- Langkah demi Langkah Menuju Kejayaan

 Kemahiran Menulis

Arahan: Murid perlu membaca petikan teks yang berikut.

Jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat yang gramatis.

1. Berdasarkan petikan yang telah anda baca, apakah maksud murid cemerlang?

     Murid cemerlang bermaksud __________________________________________.

2. Terdapat banyak cara untuk menjadi murid yang cemerlang. Apakah antara cara untuk menjadi murid yang cemerlang?

     Antara cara untuk menjadi murid yang cemerlang ialah _____________________________. Cara kedua ialah _______________________________.

3. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menuntut ilmu?

     Pada pendapat saya, kita perlu menuntut ilmu kerana _____________________________. Selain itu, kita juga perlu menuntut ilmu kerana _______________________________.

PERINGATAN!
--Sila jawab soalan dalam buku Menulis atau jika tiada sila jawab dalam testpad 📖📑
--Setelah siap menjawab, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡

[BM] TINGKATAN 3- Bersihkan Hatimu

Kemahiran Menulis

Arahan: Murid perlu membaca dan memahami perbualan dalam buku teks Bahasa Melayu, Tingkatan 3, muka surat 20 dan 21.

Jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat yang gramatis.

1. Berdasarkan perbualan yang telah anda baca, berikan dua cara untuk membersihkan hati.

     Antara cara untuk membersihkan hati ialah _____________________________. Di samping itu, kita juga perlulah _______________________________.

2. Terdapat banyak kebaikan mempunyai hati yang bersih. Apakah antara kebaikan mempunyai hati yang bersih?

     Antara kebaikan mempunyai hati yang bersih ialah _____________________________. Kebaikan kedua ialah _______________________________.

3. Pada pendapat anda, mengapakah kita tidak boleh bersangka buruk dengan orang lain tanpa soal selidik?

     Pada pendapat saya, kita tidak boleh bersangka buruk dengan orang lain tanpa soal selidik kerana ________________________________.

PERINGATAN!
--Sila jawab soalan dalam buku Menulis atau jika tiada sila jawab dalam testpad 📖📑
--Setelah siap menjawab, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡

Selasa, 23 Februari 2021

[BM] TINGKATAN 2 - Latihan: Kata Nama

  Arahan:

  1. Murid-murid perlu menjawab kuiz yang berikut >> KLIK DI SINI
  2. Setelah siap menjawab, ambil gambar kuiz dan PM cikgu di Whatsapp.

--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡

[BM] TINGKATAN 3 - Latihan: Ejaan Kata Nama

 Arahan:

  1. Murid-murid perlu menjawab kuiz yang berikut >> KLIK DI SINI
  2. Setelah siap menjawab, ambil gambar kuiz dan PM cikgu di Whatsapp.

--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡

[PSV] TINGKATAN 2 - Latihan: Seni Ragam Hias

Arahan:

  1. Murid-murid perlu membaca buku teks Pendidikan Seni Visual, Tingkatan 2, muka surat 2 hingga 6.
  2. Kemudian jawab kuiz yang berikut >> KLIK DI SINI
  3. Setelah siap menjawab, ambil gambar kuiz dan PM cikgu di Whatsapp.

--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡

Isnin, 22 Februari 2021

TINGKATAN 3 - Latihan: Syair Burung Nuri

  Aspek Seni Bahasa

Murid boleh merujuk nota Syair Burung Nuri >> KLIK SINI

Berdasarkan Syair Burung Nuri:

i) Nyatakan tema yang terdapat dalam syair ini.
    Tema yang terdapat dalam syair ini ialah ___________________________.

ii) Nyatakan tiga persoalan yang terdapat dalam Syair Burung Nuri.
     Antara persoalan yang terdapat dalam Syair Burung Nuri ialah
    _________________________________. Selain itu, terdapat juga persoalan
    _________________________________. Bukan itu sahaja, persoalan
    _________________________________ juga terdapat dalam syair ini.

iii) Berikan dua nilai yang terdapat dalam cerpen ini.
    
    Antara persoalan yang terdapat dalam syair ini ialah nilai ___________         dan nilai _____________.

iv) Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam Syair Burung Nuri.
    Antara pengajaran yang terdapat dalam Syair Burung Nuri ialah
    _________________________________. Selain itu, terdapat juga pengajaran
    _________________________________. Bukan itu sahaja, pengajaran
    _________________________________ juga terdapat dalam syair ini.

PERINGATAN!
--Sila jawab soalan dalam buku Seni Bahasa atau jika tiada sila jawab dalam testpad 📖📑
--Setelah siap menjawab, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡

TINGKATAN 2 - Latihan: Banjir di Mata Emak

 Aspek Seni Bahasa

Murid boleh merujuk nota cerpen >> KLIK SINI

Berdasarkan cerpen Banjir di Mata Emak:

i) Nyatakan tema yang terdapat dalam cerpen ini.
    Tema yang terdapat dalam cerpen ini ialah ___________________________.

ii) Nyatakan tiga persoalan yang terdapat dalam cerpen Banjir di Mata Emak.
     Antara persoalan yang terdapat dalam cerpen Banjir di Mata Emak ialah
    _________________________________. Selain itu, terdapat juga persoalan
    _________________________________. Bukan itu sahaja, persoalan
    _________________________________ juga terdapat dalam cerpen ini.

iii) Berikan dua nilai yang terdapat dalam cerpen ini.
    
    Antara persoalan yang terdapat dalam cerpen ini ialah nilai ___________         dan nilai _____________.

iv) Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam cerpen Banjir di Mata Emak.
    Antara pengajaran yang terdapat dalam cerpen Banjir di Mata Emak ialah
    _________________________________. Selain itu, terdapat juga pengajara
    _________________________________. Bukan itu sahaja, pengajaran
    _________________________________ juga terdapat dalam cerpen ini.

PERINGATAN!
--Sila jawab soalan dalam buku Seni Bahasa atau jika tiada sila jawab dalam testpad 📖📑
--Setelah siap menjawab, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡

Ahad, 21 Februari 2021

MINGGU 6 - Tingkatan 3: Syair Burung Nuri

 Kemahiran Membaca dan Aspek Seni Bahasa

Aktiviti 1

Arahan: Murid perlu menonton dan menghayati bacaan syair dalam video di bawah.

Aktiviti 2

Arahan: Salin nota yang berikut dalam buku Seni Bahasa.

MAKSUD RANGKAP SYAIR

Rangkap 1
Penyair menceritakan warkah yang ditulis oleh orang hina banyak kekurangan berdasarkan pendapatnya yang tidak sempurna.

Rangkap 2
Penyair menyatakan bahawa dia dipandang hina, pemikirannya yang tidak luas dan hidup dalam keadaan miskin.

Rangkap 3
Penyair memohon maaf atas coretan kata-katanya yang ditulis dalam perasaan sedih.

Rangkap 4
Penyair menulis surat untuk meluahkan perasaan cinta kepada pasangannya.

Rangkap 5
Penyair menceritakan perjalanan hidupnya yang sering dirundung malang dan terpaksa menghadapi pelbagai cabaran.

Rangkap 6
Penyair menceritakan kehidupannya yang tiada hala tuju dan terumbang-ambing hinggakan tidak makan dan minum.

Rangkap 7
Penyair tersedar bahawa kesedihan dan kekecewaan boleh mengakibatkan hidupnya musnah.

Rangkap 8
Penyair sedar kekecewaan boleh menyebabkan seseorang itu bertindak di luar kawalan fikiran yang waras dan rasional. Jika penyair menurut perasaannya lebih baik dia memilih mati daripada hidup.

TEMA
Adab dalam kehidupan seseorang yang sering ditempuhi.

PERSOALAN
  1. Persoalan kebijaksanaan menyusun perancangan bagi memiliki orang yang kita cintai
  2. Persoalan sikap merendah diri dalam kehidupan.
  3. Persoalan ketabahan dalam menghadapi dugaan hidup
  4. Persoalan keperitan hidup orang yang serba kekurangan

NILAI

  1. Kebijaksanaan
  2. Merendah diri
  3. Ketabahan
  4. Kegigihan

PENGAJARAN

  1. Kita hendaklah bijak menyusun perancangan demi memikat orang yang kita cintai.
  2. Kita hendaklah mengamalkan sikap merendah diri supaya orang lain tidak membenci diri kita.
  3. Kita hendaklah tabah dalam menghadapi sikap dugaan dalam kehidupan
  4. Kita hendaklah gigih dan tidak berputus asa demi mendapat sesuatu yang kita inginkan

PERINGATAN!
--Sila salin nota dalam buku Seni Bahasa atau jika tiada sila jawab dalam testpad 📖📑
--Setelah selesai membuat nota Aktiviti 2, ambil gambar tugasan dan PM cikgu di Whatsapp 📱
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡  

Khamis, 18 Februari 2021

MINGGU 5 - Tingkatan 2: Banjir di Mata Emak

 Aspek Seni Bahasa

Aktiviti 1

Arahan: Murid perlu membaca cerpen "Banjir di Mata Emak"dalam buku teks antologi Baik Budi Indah Bahasa, Tingkatan 2. Kemudian, tonton dan hayati video di bawah.

Aktiviti 2

Arahan: Salin nota yang berikut dalam buku Seni Bahasa.

Tema 

Kehilangan sesuatu yang bermakna meninggalkan kesan yang mendalam dalam kehidupan seseorang. 

Persoalan 

  1. Nasib ibu tua yang tidak mendapat perhatian daripada anak-anak. 
  2. Kasih ibu tidak berbelah bagi. 
  3. Menyesal kemudian tiada gunanya. 
  4. Anak-anak yang tidak bertanggungjawab. 
  5. Rasa simpati yang wujud dalam diri seseorang. 

Nilai 

  1. Kasih sayang 
  2. Baik hati 
  3. Keprihatinan. 
  4. Simpati. 
Pengajaran

  1. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap ibu bapa kita. 
  2. Kita mestilah menghargai kasih sayang ibu bapa terhadap kita. 
  3. Kita hendaklah mengamalkan sikap perikemanusiaan dan tolong-menolong sesama manusia. 
  4. Kita hendaklah menjaga nama baik seseorang, terutamanya nama baik ahli keluarga sendiri. 
  5. Kita mestilah berpendirian tegas dalam hal-hal tertentu terutamanya tentang hak terhadap ibu bapa kita.

PERINGATAN!
--Sila salin nota dalam buku Seni Bahasa atau jika tiada sila jawab dalam testpad 📖📑
--Setelah selesai membuat nota Aktiviti 2, ambil gambar tugasan dan PM cikgu di Whatsapp 📱
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡  

MINGGU 5 - Tingkatan 1: Projek Garisan

Arahan: Murid perlu menghasilkan satu karya '"doodle art". Murid-murid boleh merujuk gambar-gambar di bawah untuk menghasilkan karja "doodle art" tersebut.

Alat/Bahan: Kertas lukisan, pensel/ pen penanda/ pensel warna.

TEMA: Bunga dan tumbuh-tumbuhan.

Sumber: etsy.com

Sumber: freepik.com

Rabu, 17 Februari 2021

MINGGU 5 - Tingkatan 1: Pantun Dua Kerat (nasihat)

 Kemahiran Membaca dan Aspek Seni Bahasa

Aktiviti 1

Arahan: Murid perlu menonton dan menghayati bacaan pantun dalam video di bawah.

Aktiviti 2

Arahan: Murid perlu membaca pantun dua kerat yang berikut dengan sebutan, intonasi dan nada yang betul serta sesuai secara pesanan suara (voice note) dan PM cikgu di Whatsapp.

1. Mulakan dengan pengenalan diri.

"Selamat sejahtera. Nama saya ialah (nama murid) dari kelas (nama kelas)."

2. Kemudian, baca pantun dua kerat yang berikut:

Aktiviti 3

Arahan: Salin nota yang berikut dalam buku Seni Bahasa.

MAKSUD RANGKAP PANTUN

Rangkap 1
Setiap perbuatan dan tindakan yang dilakukan berkait rapat dengan sifat seseorang itu sendiri.

Rangkap 2
Orang yang asyik berselimut akan menjadi orang yang kuat tidur.

Rangkap 3
Walaupun diri seseorang itu mempunyai kekurangan, dia tetap mempunyai keistimewaan atau kelebihan tersendiri.

Rangkap 4
Seseorang yang tidak mahu berusaha atau berikhtiar akan gagal.

Rangkap 5
Kesungguhan dan kecekalan dalam melakukan pelbagai tugas atau kerjaya.

TEMA
Nasihat yang dapat membina diri seseorang ke arah kebaikan.

PERSOALAN
  1. Sifat manusia itu akan terserlah pada setiap tingkah lakunya.
  2. Orang yang kuat tidur tidak aktif dan tidak produktif.
  3. Kekurangan diri bukan penghalang untuk berjaya dan menyumbang sesuatu yang berfaedah.

NILAI

  1. Berhati- hati
  2. Kerajinan
  3. Kesungguhan
  4. Kecekalan

PENGAJARAN

  1. Kita harus berhati-hati dalam setiap perbuatan dan tindakan kita.
  2. Kita harus mengelakkan diri daripada banyak tidur.
  3. Kita hendaklah rajin berusaha demi mencapai kejayaan.
  4. kita hendaklah memiliki daya usaha yang tinggi.

PERINGATAN!
--Sila salin nota dalam buku Seni Bahasa atau jika tiada sila jawab dalam testpad 📖📑
--Sila hantar Aktiviti 2 dalam bentuk pesanan suara (voice note) dan PM cikgu di Whatsapp 📱
--Setelah selesai membuat nota Aktiviti 3, ambil gambar tugasan dan PM cikgu di Whatsapp 📱
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡  

Ahad, 7 Februari 2021

MINGGU 4 - Tingkatan 3: Ke Manakah Kita?

Kemahiran: Menulis

AKTIVITI 1
Baca petikan di bawah dengan teliti (petikan buku teks Bahasa Melayu, Tingkatan 3, muka surat 7)

AKTIVITI 2
Dengan menggunakan Kamus DBP secara atas talian ataupun menggunakan aplikasi KamusPro, nyatakan maksud-maksud perkataan yang berikut:

  1. merekayasa: ____________________________________________
  2. inisiatif: ____________________________________________
  3. kompeten: ____________________________________________
  4. martabat: ____________________________________________
  5. vokasional: ____________________________________________
  6. sahsiah: ____________________________________________
  7. hospitaliti____________________________________________
  8. tenaga kerja: ____________________________________________
  9. daya saing: ____________________________________________
  10. teknologi maklumat: ____________________________________________

AKTIVITI 3
Bina ayat menggunakan perkataan yang berikut:
  1. inisiatif: ____________________________________________
  2. kompeten: ____________________________________________
  3. sahsiah: ____________________________________________
  4. daya saing: ____________________________________________
  5. teknologi maklumat: ____________________________________________

PERINGATAN!
--Sila jawab soalan dalam buku nota atau jika tiada sila jawab dalam testpad 📖📑
--Setelah siap menjawab, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp 📱
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡

Khamis, 4 Februari 2021

MINGGU 3 - Tingkatan 2: Puncak Menara

Kemahiran: Membaca

AKTIVITI 1
Baca petikan di bawah dengan teliti (petikan buku teks Bahasa Melayu, Tingkatan 2, muka surat 17)

AKTIVITI 2
Dengan menggunakan Kamus DBP secara atas talian ataupun menggunakan aplikasi KamusPro, nyatakan maksud-maksud rangkai kata yang berikut:

  1. graduan berkualiti: ____________________________________________
  2. mengaut keuntungan: ____________________________________________
  3. berhempas-pulas: ____________________________________________
  4. gelombang kehidupan: ____________________________________________
  5. kemahiran insaniah: ____________________________________________
  6. kancah pekerjaan: ____________________________________________
  7. menara gading: ____________________________________________
  8. prestasi akademik: ____________________________________________

AKTIVITI 3
Bina ayat menggunakan perkataan yang berikut:
  1. mengaut keuntungan: ____________________________________________
  2. berhempas-pulas: ____________________________________________
  3. gelombang kehidupan: ____________________________________________
  4. menara gading: ____________________________________________
  5. prestasi akademik: ____________________________________________

PERINGATAN!
--Sila jawab soalan dalam buku nota atau jika tiada sila jawab dalam testpad 📖📑
--Setelah siap menjawab, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp 📱
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡

MINGGU 3 - Tingkatan 1: Garisan

VIDEO

Tonton video untuk memahami tajuk Garisan >> KLIK DI SINI

Berdasarkan tajuk 2 Garisan dalam buku teks Pendidikan Seni Visual, Tingkatan 1, lengkapkan latihan yang berikut:

LATIHAN 1

Lukis jenis-jenis garisan yang berikut:

1. Garisan nipis

2. Garisan tebal

3. Garisan bersudut

4. Garisan berpancar

5. Garisan putus-putus

6. Garisan melengkung

7. Garisan melingkar

8. Garisan beralun

LATIHAN 2

Lukis fungsi garisan yang berikut:

1. Garisan menghasilkan rupa

2. Garisan menghasilkan jalinan

3. Garisan mewujudkan ruang

4. Garisan menghasilkan bentuk

5. Garisan menghasilkan ton

6. Struktur garisan mewujudkan bentuk

PERINGATAN!
--Sila buat latihan menggunakan kertas lukisan/kertas A4, jika tiada gunakan buku nota 📖📑
--Setelah siap menjawab, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp 📱
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡

Rabu, 3 Februari 2021

MINGGU 3 - Tingkatan 1: Keselamatan Media Sosial

Kemahiran: Membaca

AKTIVITI 1
Baca petikan di bawah dengan teliti (petikan buku teks Bahasa Melayu, Tingkatan 1, muka surat 15)

AKTIVITI 2
Dengan menggunakan Kamus DBP secara atas talian ataupun menggunakan aplikasi KamusPro, nyatakan maksud-maksud perkataan yang berikut:

  1. komunikasi: ____________________________________________
  2. medium: ____________________________________________
  3. Internet: ____________________________________________
  4. maya: ____________________________________________
  5. penggodaman: ____________________________________________
  6. media sosial: ____________________________________________
  7. siber: ____________________________________________
  8. netizen: ____________________________________________

AKTIVITI 3
Bina ayat menggunakan perkataan yang berikut:
  1. komunikasi: ____________________________________________
  2. Internet: ____________________________________________
  3. penggodaman: ____________________________________________
  4. media sosial: ____________________________________________
  5. netizen: ____________________________________________

PERINGATAN!
--Sila jawab soalan dalam buku nota atau jika tiada sila jawab dalam testpad 📖📑
--Setelah siap menjawab, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp 📱
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡

Isnin, 1 Februari 2021

[BM] TINGKATAN 3 - Perenggan Pendahuluan

Kemahiran: Menulis

Arahan: Bina perenggan pendahuluan bagi setiap soalan karangan yang berikut.

Soalan:

1. Kemerosotan bidang sukan di negara kita sering diperkatakan. Bincangkan langkah-langkah yang sesuai untuk meningkatkan mutu sukan negara.

2. Masyarakat semakin menyedari kepentingan bersukan dalam kehidupan harian. Jelaskan kepentingan bersukan.

3. Aktiviti sukan mampu untuk mewujudkan perpaduan dan keharmonian antara kaum di negara kita. Bincangkan faedah-faedah bersukan.

RANGKA PERENGGAN PENDAHULUAN KARANGAN

Murid boleh menggunakan rangka perenggan pendahuluan di bawah bagi menulis perenggan karangan.

        Dalam arus teknologi yang amat pesat gelombangnya kini/Seiring dengan peningkatan ekonomi negara yang semakin melonjak naik kini/Sejajar dengan ekonomi dan teknologi yang memberangsangkan di seluruh dunia, _______(topik)______ semakin hangat diperkatakan. _______(topik)______ dapat dirungkaikan dalam erti kata _______(maksud topik)______Topik ini timbul bagai cendawan tumbuh selepas hujan dan sering dibahaskan dalam kalangan masyarakat. [Fokus topik baik] _______(fokus topik)______perlu dirungkaikan agar pihak yang terlibat akan mendapat manfaat dalam kehidupan seharian/ [Fokus topik buruk] _______(fokus topik)______ perlu dirungkaikan agar kita dapat menghindari keburukan/kelemahan supaya tidak merebak dengan lebih teruk lagi. Jelaslah bahawa terdapat banyak _______(fokus topik)______.

PENTING!

1. Kenal pasti topik dan fokus topik yang dibincangkan dalam soalan.

2. Maksud topik ialah perkara yang anda faham mengenai topik.

3. Jika fokus topik baik, guna ayat "_______(fokus topik)______ perlu dirungkaikan agar pihak yang terlibat akan mendapat manfaat dalam kehidupan seharian."

4. Jika fokus topik buruk, guna ayat "_______(fokus topik)______ perlu dirungkaikan agar kita dapat menghindari keburukan/kelemahan supaya tidak merebak dengan lebih teruk lagi."