Rabu, 16 Disember 2020

Tingkatan 3: Pemahaman Petikan - Penerokaan Hutan

 Kemahiran: Membaca

ArahanBaca bahan-bahan di bawah ini dengan teliti.  Anda tidak perlu menyalin Petikan 1 dan Petikan 2. Hanya perlu salin soalan dan jawab soalan-soalan tersebut menggunakan ayat sendiri.


*********************************************************************

Petikan 1

Selepas berunding beberapa minit, keluarga Talia dibawa oleh Sidek membuat aduan di sebuah balai polis. Kemudian, mereka menumpangi kereta api yang dipandu Sidek.

    Kawasan lombong lengang sewaktu mereka tiba di sana. Hanya ada beberapa orang lelaki yang masih meneruskan kerja di sekitar lombong dan stesen kereta api.

    Sempadan rimba di antara lombong dengan Bukit Ungu sudah musnah, digantikan dengan jalan ternganga. Jentera-jentera berat yang menumbangkan pokok-pokok ceruyu tampak kecil di hujung jalan. Di situ, tompok-tompok pondok berlatarkan huma yang menghijau tampak bagai butir gula dihurungi semut.


*********************************************************************

Petikan 2

    Bagaikan menunggu masa untuk musibah melanda apabila penerokaan hutan tidak mengikut spesifikasi ditetapkan di Hutan Simpan Teranum, berhampiran Tras. Penerokaan haram ini dibimbangi akan menyebabkan hakisan tanah dan banjir lumpur seterusnya membahayakan penduduk yang berhampiran. Malah, kawasan penerokaan yang dipercayai berlaku sejak 10 bulan yang lalu begitu luas kerana membabitkan 146 hektar dan lebih buruk lagi turut menjejaskan Sungai Delam yang dikategorikan sebagai kelas pertama dari segi kebersihan air sungainya.

    Jika Sungai Delam tercemar, pasti menjejaskan ribuan penduduk berhampiran yang bergantung kepada sumber itu untuk mendapat air bersih selain pengusaha ikan air tawar dan pemilik pusat peranginan turut mengalami kerugian. Selain itu, kejadian banjir lumpur atau tanah runtuh kemungkinan boleh berlaku terutama pada musim tengkujuh sekali gus membahayakan penduduk kampung orang asli yang terletak kira-kira 800 meter dari lokasi penerokaan hutan itu.


1. Berdasarkan Petikan 1 dan Petikan 2, apakah isu utama yang diperkatakan? (2 markah)

2. Berdasarkan petikan-petikan tersebut, apakah kesannya sekiranya hutan tidak dipelihara? (4 markah)

3. Penerokaan hutan secara berleluasa dan tidak terancang akan mendatangkan banyak keburukan kepada manusia dan alam sekitar.

Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang wajar dilakukan bagi melestarikan hutan? (4 markah)


PERINGATAN!
--Sila jawab soalan dalam buku Membaca atau jika tiada sila jawab dalam testpad πŸ“–πŸ“‘
--Setelah siap menjawab, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.
--Senarai tugasan minggu-minggu lepas:
    3 Alif >> KLIK DI SINI 
    3 Arif  >> KLIK DI SINI
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏑

Isnin, 14 Disember 2020

MINGGU 7: Tingkatan 2 - Latihan Peperiksaan Akhir Tahun

Latihan Peperiksaan Akhir Tahun - 

Kertas 1 Bahagian A 


Assalammualaikum dan salam sejahtera semua! Tekan pautan di bawah untuk menjawab kuiz kesalahan tatabahasa ya.


Kuiz Kesalahan Tatabahasan >> KLIK DI SINI

*ANDA HANYA PERLU SUBMIT KUIZ TERSEBUT, TIDAK PERLU SCREENSHOT MARKAH*

Sentiasa jaga diri, patuhi SOP dan jangan keluar sekiranya tiada perkara penting yang perlu dilakukan, selamat belajar secara norma baharu! #KitaJagaKita

Rabu, 9 Disember 2020

MINGGU 6: Tingkatan 3 - Sayangi Kehidupan Flora dan Fauna

 

Kemahiran: Mendengar dan Bertutur

Tonton video di bawah.

πŸŽ₯Video 1

Berdasarkan  video yang telah anda tonton, jawab soalan-soalan yang berikut dengan tepat.

i) Nyatakan kesan-kesan pembalakan secara haram kepada flora dan fauna. (2 markah)
ii) Jelaskan faktor-faktor kepupusan flora dan fauna. (4 markah)
ii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh pelbagai pihak bagi memelihara dan memulihara flora dan fauna? Berikan huraian anda. (4 markah)


PERINGATAN!
--Sila jawab soalan dalam buku Mendengar dan Bertutur atau jika tiada sila jawab dalam testpad πŸ“–πŸ“‘
--Setelah siap menjawab, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp πŸ“±

--Senarai tugasan minggu-minggu lepas:
    3 Alif  >> KLIK DI SINI 
    3 Arif  >> KLIK DI SINI

--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏑

Isnin, 7 Disember 2020

MINGGU 6: Tingkatan 2 - Gaya Hidup Sihat

Kemahiran: Membaca

Arahan: Baca bahan-bahan di bawah ini dengan teliti.  Anda tidak perlu menyalin Bahan 1 dan Bahan 2. Hanya perlu salin soalan dan jawab soalan-soalan tersebut menggunakan ayat sendiri.


Bahan 1

Hadirin yang saya hormati,

    Amalan gaya hidup sihat memang banyak kepentingannya kepada manusia. Hal ini demikian kerana, seseorang yang mengamalkan gaya hidup sihat akan sentiasa sihat dan cergas. Oleh itu, setiap orang hendaklah melakukan aktiviti bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Amalan ini akan melancarkan perjalanan darah dan badan akan mengeluarkan peluh.

    Selain itu, amalan mengambil makanan yang seimbang mengikut hierarki piramid makanan amat perlu diamalkan juga. Hal ini demikian kerana, tubuh orang yang mengamalkan pemakanan seimbang ini akan mendapat khasiat dan vitamin yang diperlukan. Sebagai contohnya, seseorang itu seharusnya mengambil makanan yang berserat dengan banyak seperti sayur-sayuran dan buah- buahan serta mengurangkan makanan yang berlemak atau mengandungi kolesterol yang tinggi. Amalan ini boleh mencegah diri daripada menghidap penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, darah tinggi, dan diabetes.

    Dalam pada itu, setiap orang perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Melalui pemeriksaan ini, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung, diabetes, dan darah tinggi dapat dikesan lebih awal melalui peralatan moden dalam bidang perubatan. Dengan itu, langkah pemulihan akan dapat dilakukan dengan segera.


Bahan 2

Piramid Makanan



1. Berdasarkan Bahan 1, nyatakan amalan yang perlu kita lakukan supaya kita sentiasa sihat dan cergas. 

Antara amalan yang perlu kita lakukan supaya kita sentiasa sihat dan cergas ialah _________________________________________. Selain itu, kita juga perlu ________________________________________________________.


2. Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, mengapakah kita disyorkan supaya mengambil makanan daripada setiap kumpulan makanan dalam carta piramid makanan?

Kita disyorkan supaya mengambil makanan daripada setiap kumpulan makanan dalam carta piramid makanan kerana ____________________________. Selain itu, ___________________________________________________.


3. Setiap ahli keluarga memainkan peranan untuk melahirkan gaya hidup sihat. Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa dalam usaha memupuk amalan gaya hidup sihat?

Pada pendapat saya, ibu bapa dapat ____________________________ supaya ahli keluarga dapat mengamalkan gaya hidup sihat. Selain itu, ibu bapa juga perlulah ______________________________________ agar ahli keluarga kekal aktif. . Bukan itu sahaja, ibu bapa juga boleh ____________________________________________________ supaya ahli keluarga mempunyai tahap kesihatan yang baik.


PERINGATAN!
--Sila jawab soalan dalam buku Membaca atau jika tiada sila jawab dalam testpad πŸ“–πŸ“‘
--Setelah siap menjawab, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.
--Senarai tugasan minggu-minggu lepas:
    2 Amal >> KLIK DI SINI 
    2 Arif  >> KLIK DI SINI
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏑

Rabu, 2 Disember 2020

MINGGU 5: Tingkatan 3 - Kuiz Kesalahan Tatabahasa

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua! Tekan pautan di bawah untuk menjawab kuiz kesalahan tatabahasa ya.


Kuiz Kesalahan Tatabahasan >> KLIK DI SINI

*ANDA HANYA PERLU SUBMIT KUIZ TERSEBUT, TIDAK PERLU SCREENSHOT MARKAH*

Sentiasa jaga diri, patuhi SOP dan jangan keluar sekiranya tiada perkara penting yang perlu dilakukan, selamat belajar secara norma baharu! #KitaJagaKita