Khamis, 30 September 2021

T3 - BM - Kuiz Ayat Aktif dan Ayat Pasif

 🧕🏻Kelas BM pada hari ini akan dijalankan secara *luar talian*.

📄 Sila buat soalan ulang kaji pada pautan yang berikut: KLIK SINI 📸 *Tak perlu hantar screenshot markah* 🧕🏻 Sekiranya ada apa-apa masalah, sila PM cikgu ya 💐 Semoga dipermudahkan segala urusan murid-murid untuk mengulang kaji pelajaran 🥰

T2 - BM - Latihan Pengukuhan - Soalan Pemahaman Petikan

 Kemahiran Membaca

PRAKTIS 1

Baca petikan-petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya menggunakan ayat anda sendiri.

1. Berdasarkan Petikan 1 dan Petikan 2, nyatakan dua kaedah menjaga kebersihan sungai? (3 markah)
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________.

2. Mengapakah kita perlu menjaga kebersihan sungai? (3 markah)
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________.

3. Isu pencemaran alam sekitar merupakan masalah utama pada masa ini
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan agar alam sekitar tetap terpelihara? (4 markah)
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________.

PRAKTIS 2
Baca petikan-petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikut menggunakan ayat anda sendiri.

1. Berdasarkan Petikan 1 dan Petikan 2, nyatakan persamaan yang terdapat dalam aktiviti berbasikal dan memanah? (3 markah)
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________.

2. Nyatakan dua kelebihan yang terdapat dalam aktiviti berbasikal dan memanah. (3 markah)
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________.

3. Bersukan ialah aktiviti untuk kecergasan fizikal dan kecerdasan mental di samping dapat memupuk perpaduan kaum.
Pada pendapat anda, apakah cara-cara untuk memupuk semangat kesukanan dalam kalangan masyarakat? (4 markah)
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________.

PERINGATAN!
--Sila buat tugasan dalam buku Membaca atau jika tiada sila jawab dalam testpad 📖📑
--Setelah siap, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡

Rabu, 29 September 2021

T3 - BM - Ayat Aktif dan Ayat Pasif

Aspek Tatabahasa

Salin nota yang berikut:

PERINGATAN!
--Sila buat tugasan dalam buku Tatabahasa atau jika tiada sila jawab dalam testpad 📖📑
--Setelah siap, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡

Selasa, 28 September 2021

T2 - BM - Latihan Pengukuhan - Bahagian D

 Kemahiran Menulis

Latihan 1

Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Gotong-royong Perdana

hari Ahad - berkumpul di padang - taklimat oleh Pengetua - dibahagikan dalam kumpulan - mengambil perkakasan - membersihkan kawasan sekolah - mengumpulkan bahan terbuang - nilai kerjasama - semngat perpaduan - bersurai.

Latihan 2

Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Kem Jati Diri

Diadakan di Kem Nur Tekali - disertai oleh 40 orang murid - menaiki bas - mendirikan khemah - bengkel pengukuhan jati diri - ikhtiar hidup - malam kebudayaan - mencungkil bakat - memupuk semangat kerjasama - pengalaman berharga.

PERINGATAN!
--Sila buat tugasan dalam buku Menulis atau jika tiada sila jawab dalam testpad 📖📑
--Setelah siap, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡

Isnin, 27 September 2021

T2 - BM - Latihan Pengukuhan Bahagian A

 🧕🏻 Kelas BM pada hari ini akan dijalankan secara *luar talian*.

📄 Selesaikan tugasan pada pautan yang berikut: KLIK SINI 💯 Muris mestilah mendapatkan markah 8 dan ke atas. Sekiranya murid gagal pada percubaan pertama, boleh jawab sekali lagi. 📸 Setelah siap tugasan, ambil gambar dan hantar kepada cikgu *sebelum pukul 9 malam ini* 🧕🏻 Sekiranya ada apa-apa masalah, sila PM cikgu ya 💐 Semoga dipermudahkan segala urusan murid-murid untuk mengulang kaji pelajaran 🥰

T3 - BM - Kembara Membaca

Kemahiran Membaca

Latihan 1

Lihat iklan di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam iklan tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

Latihan 2

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam iklan tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

*Murid-murid boleh rujuk rangka penulisan ulasan di sini >> KLIK SINI

PERINGATAN!
--Sila buat tugasan dalam buku Menulis atau jika tiada sila jawab dalam testpad 📖📑
--Setelah siap, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡

Khamis, 23 September 2021

T3 - BM - Latihan Ayat Majmuk dan Ayat Susunan Songsang

🧕🏻Kelas BM pada hari ini akan dijalankan secara *luar talian*. 📄 Selesaikan tugasan pada pautan yang berikut: 1. Ayat majmuk: KLIK SINI 2. Ayat Songsang: KLIK SINI 💯 Murid mestilah mendapatkan markah 8 dan ke atas. Sekiranya murid gagal pada percubaan pertama, boleh jawab sekali lagi. 📸 Setelah siap tugasan, ambil gambar dan hantar kepada cikgu *sebelum pukul 9 malam ini* 🧕🏻 Sekiranya ada apa-apa masalah, sila PM cikgu ya  

💐 Semoga dipermudahkan segala urusan murid-murid untuk mengulang kaji pelajaran 🥰 

T2 - BM - Ulang kaji Ujian Pengesanan

Kemahiran Membaca

Latihan 1

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang langkah-langkah mengukuhkan semangat kejiranan. Panjang ringkasan anda hendaklah mestilah antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

    Jiran ialah orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita. Semangat kejiranan pula bermaksud hubungan yang akrab dengan jiran tetangga. Sememangnya semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat semakin longgar. Pelbagai langkah perlu diambil untuk mengukuhkan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat pada hari ini.

    Langkah awal ialah masyarakat perlu menghidupkan semua konsep rukun tetangga di kawasan perumahan mereka. Rukun tetangga berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan terutamanya pada malam hari. Masyarakat yang berbilang kaum akan melakukan rondaan bersama-sama. Hal ini dapat mengukuhkan hubungan antara jiran. 

    Selain itu, semangat kejiranan dapat dipupuk dengan mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan kediaman. Langkah mengadakan pelbagai majlis seperti majlas perkahwinan, majlis rumah terbuka, dan majlis bari keluarga dapat mengukuhkan senangat kejiranan juga. Melalui majlıs-majlıs seperti ini masyarakat dapat berkenal-kenalan dan beramah mesra dengan jiran-jiran. 

    Seterusnya, pihak kerajaan perlu memainkan peranan dengan mengadakan kempen kesedaran tentang kepentingan semangat kejiranan Penggunaan media massa seluas mungkin dengan iklan yang menarik sudah pastı berupaya menarik perhatian masyarakat terhadap isu ini. Masyarakat akan mula mempersoalkan tahap semangat kejiranarn mereka Mereka juga akan berusaha untuk mengekalkan dan meningkatkan semangat kejiranan dalam diri. 

    Bukan itu sahaja, masyarakat juga perlu mengubah sikap mereka. Mereka hendaklah memandang semangat kejiranan ini sebagai perkara yang cukup penting dalam kehidupan Semangat kejiranan perlulah diutamakan dalam sebarang tindakan yang ingin dilaksanakan secara bersama.

    Tuntasnya, semangat kejiranan tidak boleh dipandang sebelah mata. Semua pihak perlulah berusaha untuk memastikan semangat ini terus hidup dalam jiwa masyarakat kita. Ingatlah bahawa "jiran sepakat membawa berkat".

Latihan 2

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang panjangnya di antara 80 hingga 100 patah perkataan Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

    Pendekatan lama melalui Kempen Bulan Bahasa, Bulan Cintai Bahasa Kita, dan lain-lain jelas kurang memberikan kesan yang berkekalan kepada masyarakat. Oleh sebab itu, kita wajar mencari dan mencuba pendekatan baharu untuk memartabatkan bahasa Melayu terutamanya dalam kalangan generasi muda masa ini.

    Sejarah kegemilangan lampau bahasa Melayu menunjukkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa peribumi, berfungsi sebagau lingua franca, sifatnya sangat lentur dan mudah dipelajari menjadikan bahasa Melayu sabagai bahasa kebangsaan negara kita. Oleh sebab itu, pembinaan bahasa dimaksudkan sebagai usaha ke arah memantapkan bahasa Melayu daripada sudut sistemnya iaitu sistem ejaan, sebutan, tatabahasa, peristilahan, kosa kara dan laras bahasa.

    Bahasa Melayu telah diangkat statusnya di negara kita sebagai bahasa ilmu pengetahuan apabila menjadi bahasa pengantar pada peringkat universiti. Oleh sebab itu, kita perlu meneruskan tradisi ini agar bahasa Melayu tidak lenyap dalam arus pemodenan masa ini. Kejayaan bahasa Melayu itu dapat dilihat sebagai wahana ilmu pengetahuan melauli penggunaan bahasa tersebut dalam syarah-syarahan perdana. Usaha memperkasakan bahasa Melayu di institusi pengajian tinggi )IPT) adalah dengan menggunakan bahasa Melayu dalam situasi-situasi rasmi dan memupuk semangat cinta akan bahasa tersebut.

    Sayugia diingatkan bahasa bahasa Melayu masik merupakan bahasa utama dan bahasa rasmi dalam sidang Parlimen, urusan pentadbiran kerajaan, dan bidang perundangan. Bahasa Melayu dalam budang teknologi maklumat perlu jelas untuk menjadikannya lebih berkeupayaan dan digunakan oleh lebih banyak pengguna. Institusi pengajian tinggi tempatan perlu mengadakan lebih banyak kursus yang berkaitan dengan kejuruteraan menggunakan bahasa Melayu.

    Bahasa Melayu juga wajar meliputi bidang teknologi maklumat yang kian berkembang pesat ini. Dengan cara ini, bilangan golongan yang menggunakan bahasa Melayu pada peringkat kepimpinan dalam industri perisian dapar diperbanyak dan ditingkatkan, terutama dalam kejuruteraan perisian. Syarikat tempatan atau golongan penyelidik perlu bekerjasama dengan pengeluar peralatan CASE luar negara untuk menterjemahkan perisian atau program kepada bahasa Melayu sepenuhnya agar bahasa Melayu akan terus berkembang mengikut peredaran zaman.

    Walaupun sesetengah pihak kurang gemar menggunakan bahasa Melayu, namun sebagai warganegara Malaysia, kita patut mencintai bahasa ibunda kita.

*Murid-murid boleh rujuk rangka penulisan ringkasan/rumusan di sini >> KLIK SINI

PERINGATAN!
--Sila buat tugasan dalam buku Menulis atau jika tiada sila jawab dalam testpad 📖📑
--Setelah siap, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡

Rabu, 22 September 2021

T3 - BM - Rizom-rizom Berjasa

 Aspek Tatabahasa

Tajuk: Ayat Susunan Biasa dan Ayat Susunan Songsang

Salin nota yang berikut:

PERINGATAN!
--Sila buat tugasan dalam buku Tatabahasa atau jika tiada sila jawab dalam testpad 📖📑
--Setelah siap, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡

Selasa, 21 September 2021

T2 - BM - Latih Tubi Ujian Bahagian B

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut kemudian tulis jawapan pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin semula ayat tersebut. 
 
1. Kerajaan bercadang membina lebih banyak rumah-rumah pasang siap untuk mangsa banjir di Kelantan. 
 _________________________________________________ 

2. Angkasawan Negara itu menceritakan tentang pengalaman beliau ketika berada di angkasa lepas dengan penuh ceria.
_________________________________________________ 

3. Sungguh amat terindah pemandangan di sekitar pulau peranginan di negeri Sabah itu. 
 _________________________________________________ 

4. Antara faktor-faktor pencemaran udara ialah pelepasan asap kilang dan pembakaran terbuka yang tidak dikawal. 
 _________________________________________________ 

5. “Patik berharap agar panglima semua bersedia untuk berperang melawan musuh,” pesan bendahara kepada para panglimanya.
 _________________________________________________ 

6. Pelajar cemerlang itu telah menerima hadiah dan sijil kecemerlangan dari pengetua. _________________________________________________ 

7. Pulau Langkawi adalah destinasi pelancongan yang terkenal di negara kita. _________________________________________________ 

8. Ketiga-tiga orang anak-anak lelaki Encik Mansur berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti luar negara. 
_________________________________________________ 

9. Penduduk Kampung Jaya Sepakat sentiasa mengamalkan semangat saling bantu-membantu sekiranya terdapat penduduk kampung yang berada dalam kesusahan. 
 _________________________________________________ 

10. Semua anggota pertubuhan itu bersetuju untuk membincangkan agenda lain-lain hal dalam mesyuarat itu. 
 _________________________________________________ 

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tuliskan jawapan pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. 

1. Penunggang motorsikal itu berjaya melarikan diri daripada sekatan jalan raya yang dilakukan oleh polis trafik. 
 _________________________________________________  

2. Melalui e-mail yang dikirimnya malam tadi, adik mengharapkan agar kami sekeluarga tidak bimbang akan keselamatannya. 
 _________________________________________________ 

3. Gerai itu amat terkenal dalam kalangan penduduk tempatan kerana menu mee udangnya yang sangat lazat. 
 _________________________________________________ 

4. Bandaraya itu seolah-olah dilanda todak kerana keadaan sekelilingnya yang sunyi sepi pada waktu malam.  

 _________________________________________________ 

5. Kita tak boleh mengenepikan bidang kokurikulum kerana bidang tersebut sama penting seperti akademik. 
 _________________________________________________ 

PERINGATAN!
--Sila buat tugasan dalam buku Tatabahasa atau jika tiada sila jawab dalam testpad 📖📑
--Setelah siap, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡

Isnin, 20 September 2021

T2 - BM - Pantun Kasih Sayang

Kemahiran Mendengar dan Bertutur

--Buku Antologi Baik Budi, Indah Bahasa halaman 14 dan 15

Aktiviti 1

Dengarkan audio berikut dengan teliti >> KLIK SINI

Aktiviti 2

i) Baca pantun tersebut dengan sebutan dan intonasi yang betul secara pesanan suara (voice note) dan hantar kepada cikgu di Whatsapp.

ii) Mulakan dengan pengenalan diri:

"Selamat sejahtera. Nama saya ____________ dari kelas _____________. Terimalah bacaan Pantun Kasih Sayang ini."

--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡

Jumaat, 10 September 2021

3R - Latih Tubi Soalan Objektif

📄 Selesaikan tugasan pada pautan yang berikut >> KLIK SINI
 💯 Muris mestilah mendapatkan markah 8 dan ke atas. Sekiranya murid gagal pada percubaan pertama, boleh jawab sekali lagi. 
 📸 Setelah siap tugasan, ambil gambar dan hantar kepada cikgu *sebelum pukul 9 malam ini* 
 🧕🏻 Sekiranya ada apa-apa masalah, sila PM cikgu ya 
 💐 Semoga dipermudahkan segala urusan murid-murid untuk mengulang kaji pelajaran 🥰

Khamis, 9 September 2021

3L - BM - Praktis Pemahaman

 Kemahiran Membaca

PRAKTIS 1

Baca petikan-petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya menggunakan ayat anda sendiri.

1. Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, apakah persamaan antara Laiman dan Alif?  (3 markah)

________________________________________________________________

________________________________________________________________.

2. Nyatakan dua nilai yang terdapat dalam Bahan 1 dan Bahan 2. (3 markah)

________________________________________________________________

________________________________________________________________.

3. Terdapat golongan belia yang kurang berminat dalam bidang pertanian.

Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan para belia kurang berminat dalam bidang pertanian? (4 markah)

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________.

PRAKTIS 2

Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya menggunakan ayat anda sendiri.

1. Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan gambaran tentang negara Malaysia. (3 markah)

________________________________________________________________

________________________________________________________________.

2. Nyatakan dua nilai yang terdapat dalam kedua-dua bahan tersebut. (3 markah)

________________________________________________________________

________________________________________________________________.

3. Perpaduan antara kaum banyak membawa kebaikan kepada masyarakat dan negara kita.

Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk  memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum di negara kita? (4 markah)

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________.

PERINGATAN!
--Sila buat tugasan dalam buku Membaca atau jika tiada sila jawab dalam testpad 📖📑
--Setelah siap, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡

T2 - BM - Frasa Adjektif

Aspek Tatabahasa

Aktiviti 1
Salin nota yang berikut dalam buku Tatabahasa.

Aktiviti 2
Baca dan teliti petikan halaman 58 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 2. Kenal pasti frasa adjektif yang terdapat dalam petikan tersebut kemudian lengkapkan jadual di bawah:

PERINGATAN!
--Sila buat tugasan dalam buku Tatabahasa atau jika tiada sila jawab dalam testpad 📖📑
--Setelah siap, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡

Rabu, 8 September 2021

3R - BM - Legasi Tapai Ubi

 ASPEK SENI BAHASA

AKTIVITI 1

Tonton video yang berikut >> KLIK SINI

AKTIVITI 2

Salin nota cerpen yang berikut.

Sumber: Cikgu SimileBukit Saga

PERINGATAN!
--Sila buat tugasan dalam buku Seni Bahasa atau jika tiada sila jawab dalam testpad 📖📑