Khamis, 27 Mei 2021

T3 - BM - Modul PdPR 3.0 - Ringkasan dan Rumusan

 Kemahiran Membaca


Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang punca-punca sungai tercemar. Panjang tingkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

                                  

Sungai ialah elemen alam sekitar yang penting kepada manusia. Sejak dahulu lagi, manusia mempunyai hubungan yang rapat dengan sungai kerana sungai berfungsi sebagai alat pengangkutan dan perhubungan, sumber bekalan air untuk domestik dan pertanian selain membekalkan sumber protein kepada manusia. Dengan berkembangnya bandar dan kegiatan perindustrian serta perdagangan, kualiti sungai mula mengalami kemerosotan apabila berlakunya masalah hakisan, pemendapan dan pencemaran. Punca utama pencemaran air sungai ialah apabila bahan buangan domestik yang terdiri daripada sampah-sarap dan bahan kumbahan dibuang sewenang-wenangnya ke dalam sungai. Bahan kumbahan disalirkan ke dalam pantai dan sungai sebagai cara termudah menghapuskan bahan tersebut. Manakala sampah organik mereput dan diuraikan oleh bakteria dengan oksigen yang terlarut di dalam air sungai.

Kilang juga dianggap sebagai punca pencemaran air sungai apabila bahan-bahan buangan di salirkan ke dalam sungai berhampiran. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air sungai. Selain itu, pengilangan hasil pertanian menghasilkan bahan kimia cecair yang telah menyalir ke dalam sungai. Punca lain ialah apabila industri pelombongan mengakibatkan pencemaran air sungai hasil daripada cari gali petroleum di dasar laut yang menyebabkan berlakunya tumpahan minyak. Apabila minyak ini bercampur dengan air laut atau sungai akan mengakibatkan air sungai tercemar.

Bahan-bahan buangan radioaktif dan ujian-ujian bom dan nuklear di laut juga menyumbang kepada pencemaran air sungai. Banyak bahan buangan radioaktif yang terhasil dari makmal-makmal dan bahan buangan hospital yang mengandungi sisa-sisa toksik larut ke dalam air sungai serta mencemarkan air sungai dan laut. Stesen nuklear juga menyalirkan bahan buangan ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Selain itu, masyarakat pula menjadikan sungai sebagai tong sampah apabila ramai yang suka membuang apa-apa sahaja barang yang tidak perlu ke dalam sungai.

Seterusnya, sikap pendatang tanpa izin termasuk pekerja asing yang menjadikan kawasan tebing sungai sebagai penempatan mereka telah menjejaskan kualiti air sungai terutama di kawasan bandar. Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini, kerajaan mempertingkatkan penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya yang menyekat pencemaran daripada punca tetap. Kerajaan juga melaksanakan program Pencegahan Pencemaran dan Peningkatan Kualiti Air Sungai untuk mempertingkatkan kualiti air sungai.

Kesimpulannya, pencemaran air sungai merupakan satu masalah sosial yang perlu diatasi dengan segera.


***********************************************************

 

Baca petikan di bawah ini dengan teiti. Berdasarkan petikan tersebut, tuis satu rumusan yang panjangnya di antara 80 hingga 100 patah perkataan Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

 

Kemalangan jalan raya kerap berlaku di negara kita. Kadar kemalangan meningkat setiap kali musim perayaan walaupun pelbagai kempen dan tindakan dijalankan oleh pihak berkuasa. Peningkatan jumlah kematian merupakan suatu kerugian yang melibatkan nyawa, harta benda, wang, tenaga manusia, dan masa. Memandangkan bilangan kematian terus meningkat, maka pelbagai usaha perlu diambil untuk mengatasi kemalangan jalan raya. Antara usahanya ialah pengeluaran lesen memandu diperketat demi membendung kejadian yang menyayat hati terutamanya pada musim perayaan.

 

Para pemandu perlu menjalani ujian kecekapan atau latihan memandu yang teliti sebelum diberi lesen bagi memastikan mereka mengamalkan gaya pemanduan yang positif. Antara penyebab peningkatan kadar kemalangan jalan raya termasuklah sikap pengguna yang cuai. Hal ini dibuktikan melalui kajian yang dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang menunjukkan bahawa 90 peratus daripada kes kemalangan jalan raya berlaku kerana kecuaian pemandu. Dalam memastikan kemalangan sifar dicapai, hukuman yang lebih tegas sebagai pengajaran terhadap pemandu perlu dikenakan. Pemandu-pemandu baru yang melakukan kesalahan dalam tempoh dua tahun pertama perlu dikenakan tindakan perlanjutan tempoh percubaan sebelum mendapat lesen sepenuhnya.

 

Orang ramai masih belum belajar daripada kesilapan-kesilapan masa lalu, malah pengalaman pihak lain juga dipandang rendah Sejajar dengan itu, sudah tiba masanya pihak berkuasa mengkaji secara mendalam aspek-aspek yang sesuai dalam sistem pembelajaran dan pendidikan pemanduan di negara kita. Sistem pemanduan yang dikendalikan oleh pihak JPJ umpama sistem peperiksaan akademik yang diduduki oleh para pelajar. Sewajamya, elemen sivik dipupuk pada jiwa seseorang pelajar sehingga amalan tersebut tersemai dengan mendalam dan menjadi amalan apabila dewasa nanti.

 

Di samping itu, menjadi tanggungjawab ibu bapa, sekolah, dan masyarakat menyemai nilai-nilai murmi dalam usaha melahirkan generasi pemandu yang berhemah. Penguatkuasaan undang-undang dan denda yang dikenakan perlu diketatkan supaya mereka yang bersalah dihukum sewajamya. Selain itu, penetapan had laju di lebuh raya dan di jalan-jalan biasa perlu dikekalkan kerana banyak kemalangan yang berlaku berpunca daripada kenderaan yang tidak dapat dikawal sebagai akibat dipandu terlalu laju. Para pengguna perlu disedarkan bahawa jalan raya bukanlah tempat untuk berlumba dan mereka perlulah memandu secara berhemah supaya tidak mengakibatkan nahas yang membabitkan orang lain.

 

Jelaslah bahawa banyak langkah yang boleh diambil oleh individu, masyarakat mahupun negara pelbagai pihak dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Semua pihak perlu menggemblengkan tenaga secara lebih efektif untuk mengatasi kemelut ini, janganlah sudah terhantuk baru hendak tengadah kerana apabila sesuatu kecelakaan sudah berlaku, tiada guna menyesalinya lagi, kerana nasi sudah menjadi bubur. Tragedi kemalangan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan bila-bila masa kerana malang tidak berbau.

 

PERINGATAN!
--Sila jawab soalan dalam buku Membaca atau jika tiada sila jawab dalam testpad 📖📑
--Setelah siap menjawab, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡

T2 - BM - Kata Bilangan

 Aspek Tatabahasa


1. Murid dikehendaki untuk menyalin nota yang berikut: 












LATIHAN 1

Baca dan teliti teks muka surat 38 dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 2.



 Kemudian, senaraikan kata bilangan yang terdapat dalam teks tersebut.

 

1. ……………………………

2. ……………………………

3. ……………………………

4. ……………………………

5. ……………………………

6. ……………………………

7. ……………………………

8. ……………………………

 

LATIHAN 2

Bina ayat menggunakan kata bilangan yang berikut.

 

1. semua

………………………………………………………………………………………………

2. berapa

………………………………………………………………………………………………

3. setengah

………………………………………………………………………………………………

4. masing-masing

………………………………………………………………………………………………

5. ribuan

………………………………………………………………………………………………



PERINGATAN!
--Sila salin nota dan buat latihan dalam buku Tatabahasa atau jika tiada sila jawab dalam testpad 📖📑
--Setelah siap menjawab, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡

Ahad, 23 Mei 2021

T2 - BM - Praktis Tatabahasa

Murid dikehendaki untuk menjawab soalan kuiz di bawah. Kemudian, screenshot markah kuiz tersebut dan hantar kepada cikgu melalu Whatsapp. Selamat ulang kaji!

Sabtu, 22 Mei 2021

T3 - BM - Kata Ganda

 Aspek Tatabahasa


1. Murid dikehendaki untuk menyalin nota yang berikut: 











LATIHAN 1: Baca dan teliti kandungan surat dan iklan pada muka surat 82 dan 83 Buku Teks Bahasa Melayu. 



Kemudian, senaraikan 5 kata ganda yang anda peroleh.

1.

2.

3.

4.

5.


LATIHAN 2:

Tonton video berikut >> Shin Chan Berkelah

Berdasarkan video yang anda tonton tadi, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya mestilah 50 hingga 80 patah perkataan menggunakan kata-kata ganda yang anda peroleh.      

Tema: Perkhemahan Hujung Minggu 




PERINGATAN!
--Sila salin nota dan buat latihan dalam buku Tatabahasa atau jika tiada sila jawab dalam testpad 📖📑
--Setelah siap menjawab, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡

Khamis, 20 Mei 2021

T2 - BM - Perenggan Isi

 Kemahiran Menulis


Arahan:  Lihat gambar dan maklumat di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis 3 perenggan isi yang lengkap.

HARI KELUARGA




Soalan: Sambutan hari keluarga sememangnya amat baik untuk mengeratkan ikatan persaudaraan. Berikan pendapat anda tentang faedah-faedah sambutan hari keluarga.


Murid boleh menggunakan isi-isi penting berikut:

Isi penting 1: Kita daapt mengeratkan ikatan persaudaraan sesama ahli keluarga.

Isi penting 2: Kita dapat mengenali ahli keluarga dengan lebih erat.

Isi penting 3: Kita dapat memupuk sifat kasih sayang antara ahli keluarga.



PERINGATAN!
--Sila jawab soalan dalam buku Menulis atau jika tiada sila jawab dalam testpad 📖📑
--Setelah siap menjawab, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡

Rabu, 19 Mei 2021

T2 - BM - Idea utama dan idea sampingan

 Kemahiran Membaca

ArahanBaca teks yang berikut dengan teliti. Kemudian, nyatakan idea utama dan idea sampingan yang terdapat dalam teks tersebut. Kemudian, senaraikan peribahasa yang terdapat dalam teks yang anda baca.

(Buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 2, muka surat 48)


Berdasarkan teks tersebut, lengkapkan jadual yang berikut.


PERINGATAN!
--Sila jawab soalan dalam buku Membaca atau jika tiada sila jawab dalam testpad 📖📑
--Setelah siap menjawab, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡

T3 - BM - Ulasan

Kemahiran Membaca


Aktiviti 1: Sila rujuk nota yang terdapat dalam pautan berikut >> KLIK SINI


Aktiviti 2Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang panjanganya antara 80 hingga 100 patah perkataan.


Contoh jawapan:

Gambar menunjukkan cara-cara memupuk semangat kejiranan.

Antaranya ialah kita boleh menziarahi jiran tetangga. Hal ini demikian kerana kita dapat menunjukkan sifat keprihatinan terhadap jiran. Selain itu, kita perlulah bertegur sapa dengan jiran. Hal ini demikian kerana kita dapat memupuk sifat ramah. Di samping itu,  kita dapat melawat jiran yang sakit. Hal ini demikian kerana kita boleh memperoleh iktibar daripada kejadian yang menimpa jiran kita. Akhir sekali, kita harus menolong jiran yang ingin berpindah. Hal ini demikian kerana kita boleh meringankan beban jiran.

Kesimpulannya kita hendaklah meningkatkan semangat kejiranan agar kita dapat membina kenangan indah bersama jiran.




LatihanLihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang panjanganya antara 80 hingga 100 patah perkataan.







PERINGATAN!
--Sila jawab soalan dalam buku Membaca atau jika tiada sila jawab dalam testpad 📖📑
--Setelah siap menjawab, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡