Rabu, 30 Jun 2021

T2 - BM - Sajak Roti

 Aspek Seni Bahasa

Aktiviti

Dengar dengan teliti bacaan deklamasi sajak yang berikut.

--Buku Antologi Baik Budi, Indah Bahasa, muka surat 27 dan 28.

Sajak Roti >> KLIK SINI

*******************************

Tugasan 1
Lihat paparan "Prezi" di bawah. Kemudian, rangka nota berdasarkan maklumat yang telah anda peroleh.

Prezi 1

*******************************

Tugasan 2
Berdasarkan sajak Roti, jawab soalan-soalan yang berikut.

i) Apakah tema yang terdapat dalam sajak Roti? (2 markah)

        Tema yang terdapat dalam sajak Roti ialah ______________________________.

ii) Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak Roti. (4 markah)

        Antara pengajaran yang terdapat dalam sajak Roti ialah ________________________. Hal ini demikian kerana _______________________________________. Selain itu, terdapat juga pengajaran ________________________. Hal ini demikian kerana  _______________________________________. 

iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk kita membantu orang yang kurang bernasib baik? (4 markah)

        Pada pendapat saya, antara cara untuk kita membantu orang yang kurang bernasib baik ialah  _______________________________________. Hal ini demikian kerana  _______________________________________.  Di samping itu, kita juga boleh membantu orang yang kurang bernasib baik dengan cara  _______________________________________. Hal ini demikian kerana  _______________________________________. 

PERINGATAN!
--Sila buat tugasan dalam buku Seni Bahasa atau jika tiada sila jawab dalam testpad 📖📑
--Setelah siap nota dan tugasan, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡

T3 - BM - Sajak Pesan Ibu Beribu-ribu

 Aspek Seni Bahasa

Aktiviti

Dengar dengan teliti bacaan deklamasi sajak yang berikut.

--Buku Antologi Bintang Hati, muka surat 10 dan 11.

Sajak Pesan Ibu Beribu-ribu >> KLIK SINI

*******************************

Tugasan 1
Lihat paparan "Prezi" di bawah. Kemudian, rangka nota berdasarkan maklumat yang telah anda peroleh.

Prezi 1

*******************************

Tugasan 2
Berdasarkan sajak Pesan Ibu Beribu-ribu, jawab soalan-soalan yang berikut.

i) Apakah tema sajak yang terdapat dalam sajak Pesan Ibu Beribu-ribu? (2 markah)

ii) Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam sajak Pesan Ibu Beribu-ribu. (4 markah)

iii) Pada pendapat anda, apakah kepentingan yang dapat kita peroleh sekiranya kita patuh akan nasihat orang-orang tua? (4 markah)

PERINGATAN!
--Sila buat tugasan dalam buku Seni Bahasa atau jika tiada sila jawab dalam testpad 📖📑
--Setelah siap nota dan tugasan, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡

Ahad, 27 Jun 2021

T2 - BM - Enaknya Burasak

 Kemahiran: Membaca

1. Salin nota berikut.

2. Baca maklumat muka surat 86 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 2 menggunakan teknik bacaan KWLH. Kemudian, lengkapkan peta pemikiran tersebut dengan maklumat yang diberikan.

PERINGATAN!
--Sila buat tugasan dalam buku Membaca atau jika tiada sila jawab dalam testpad 📖📑
--Setelah siap, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡

T3 - BM - Novel Hempasan Ombak - Tema, Persoalan, Nilai dan Pengajaran

 Aspek: Seni Bahasa

Berdasarkan Novel Hempasan Ombak, lengkapkan jadual yang berikut:

PERINGATAN!
--Sila buat tugasan dalam buku Seni Bahasa atau jika tiada sila jawab dalam testpad 📖📑
--Setelah siap, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡

Khamis, 24 Jun 2021

T3 - BM - Sistem Bahasa

Jawab soalan sistem bahasa pada pautan berikut >> KLIK SINI

Murid boleh menjawab berulang kali sehingga dapat markah 10/10. Setelah berjaya mendapat markah 10/10, screenshot dan hantar PM kepada cikgu.

Semoga dipermudahkan segala urusan murid-murid untuk menuntut ilmu!

Mohon hantar tugasan sebelum 8 malam hari ini (Khamis - 24/6/2021)

T2 - BM - Kata Kerja Transitif

 Aspek: Tatabahasa

Aktiviti 

Salin nota berikut.

Tugasan
Baca dan teliti teks muka surat 84 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 2. Kemudian senaraikan kata kerja transitif dan objek dalam ayat yang anda temui.

PERINGATAN!
--Sila salin nota dan buat tugasan dalam buku Tatabahasa atau jika tiada sila jawab dalam testpad 📖📑
--Setelah siap salin nota dan buat tugasan, ambil gambar dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡

Rabu, 23 Jun 2021

T2 - BM - Warna-warni Budaya

Kemahiran: Mendengar dan Bertutur.

Aktiviti

Tonton video yang berikut:

Tugasan
Berdasarkan maklumat yang anda peroleh daripada video tersebut, tulis soalan bercapah yang dapat dibina daripada gambar-gambar berikut:

Contoh:

Soalan: Pada pendapat anda, apakah kepentingan pembinaan mercu tanda kepada sesebuah negara?

Jawapan: Pada pendapat saya, antara kepentingan pembinaan mercu tanda kepada sesebuah negara ialah mercu tanda tersebut boleh dijadikan sebagai identiti negara tersebut. Hal ini demikian kerana mercu tanda sesbuah negara itu dibina dengan menitikberatkan nilai-nilai unik dan estetika yang hanya terdapat di negara itu sahaja. 

1. 

Soalan: _________________________________________________________
Jawapan: Pada pendapat saya, alatan seni muzik perlulah dipelihara kerana alatan tersebut merupakan lambang sesuatu kaum. Hal ini demikian kerana setiap kaum mempunyai alatan muzik yang unik dan melambangkan identiti kaum itu sendiri.

2.

Soalan: _________________________________________________________
Jawapan: Rakyat Malaysia dapat menjalani kehidupan yang aman dan harmoni kerana mereka telah diterapkan dengan nilai-nilai keharmonian sejak dari kecil. Hal ini demikian kerana rakyat di Malaysia tinggal dalam komuniti berbilang kaum. Bukan itu sahaja, mereka juga menghadiri sekolah yang mempunyai kaum yang pelbagai. Hal ini menyebabkan mereka mempunyai nilai keharmonian yang amat tinggi.

3.

Soalan: _________________________________________________________
Jawapan: Antara cara rakyat Malaysia memupuk semangat perpaduan yang tinggi ialah mereke menghadiri perayaan satu sama lain. Hal ini demikian kerana mereka hidup dalam negara yang berbilang kaum dan menyambut perayaan satu-sama lain bersama-sama. Bukan itu sahaja, mereka juga mengamalkan sikap kunjung-mengunjungi antara satu sama lain. Oleh sebab itu, mereka dapat memupuk semangat perpaduan yang tinggi.

4.

Soalan: _________________________________________________________.
Jawapan: Pada pendapat saya, antara faktor-faktor pelancong luar negara kerap berkunjung ke Malaysia ialah Malaysia mempunyai destinasi pelancongan yang menarik. Hal ini demikian kerana Malaysia mempunyai pelbagai pantai yang indah dan juga bentuk muka bumi yang menarik.  

5.

Soalan: _________________________________________________________
Jawapan: Antara keunikan negara Malaysia yang membezakannya daripada negara-negara lain ialah kepelbagain makanan yang boleh diperoleh. Hal ini demikian kerana negara Malaysia mempunyai rakyat yang berblang kaum. Oleh sebab itu, terdapat pelbagai jenis makanan yang menarik dan enak yang boleh dinikmati oleh semua orang.

PERINGATAN!
--Sila jawab soalan dalam buku Mendengar dan Bertutur atau jika tiada sila jawab dalam testpad 📖📑
--Setelah siap menjawab soalan, ambil gambar dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡

T3 - BM - Menulis Dialog

 Kemahiran: Menulis

Aktiviti 1:

Tonton video berikut dengan teliti.

KLIK SINI

Aktiviti 2:

Baca dan fahami teks dialog muka surat 135 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 3. Lihat cara penulisan dialog yang terdapat dalam teks tersebut.

Tugasan:

Baca dan teliti maklumat yang terdapat dalam muka surat 140 dan 141 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 3. Kemudian, jawab soalan yang berikut:

Rakan anda telah mengunjungi pameran teknologi di Kuala Lumpur pada minggu lalu. Anda telah menemuinya untuk menanyakan tentang pengalamannya ketika berkunjung ke pameran tersebut. Tuliskan perbualan anda itu. Panjang karangan anda mestilah melebihi 180 patah perkataan.

Farid:         Hai, Sarah. Selamat pagi. Apa khabar awak hari ini?

Sarah:        Hai, Fadhilla. Selamat pagi. Khabar baik. Awak apa khabar?

Farid:         Saya baik-baik sahaja. Bagaimanakah pengalaman awak berkunjung kepameran teknologi minggu lalu?

Sarah:        Saya berasa gembira dan seronok kerana dapat melihat dan mengetahui pelbagai barangan pameran yang menarik.

Farid:         Saya dengar mengenai kereta elektrik buatan Malaysia. Apakah keistimewaan kereta elektrik tersebut?

Sarah:        Ya, betul. Terdapat kereta elektrik buatan Malaysia. Antara keistimewaan kereta elektrik tersebut ialah ___________________________________ dan

                   _________________________________________.

Farid:         Wah, menariknya! Benarkah bahawa kereta elektrik dapat mengurangkan risiko terbabas?

Sarah:        Ya, benar. Hal ini demikian kerana ________________

____________________________________________.

Farid:         Banyaknya kelebihan kereta elektrik ini! Universiti manakah yang terlibat dalam pembuatan kereta elektrik ini?

Sarah:        Universiti yang terlibat dalam pembuatan kereta elektrik ini ialah ____________ dan ______________.

Farid:         Siapakah penaja kereta elektrik yang mengambil bahagian dalam pembuatan kereta elektrik di UPM itu?

Sarah:        Penaja kereta elektrik yang mengambil bahagian dalam pembuatan kereta elektrik di UPM ialah syarikat _________________________________________.

Farid:         Seronoknya saya mendengar informasi tentang kereta elektrik itu. Terima kasih, Sarah. Jumpa lagi.

Sarah:        Semoga awak juga berpeluang untuk merasa pengalaman ke pameran tersebut. Sama-sama. Jumpa lagi.

PERINGATAN!
--Sila jawab soalan dalam buku Menulis atau jika tiada sila jawab dalam testpad 📖📑
--Setelah siap menulis karangan, ambil gambar dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡

Ahad, 20 Jun 2021

T2 - BM - Latihan Karangan Pendek

Isi tempat kosong untuk melengkapkan karangan pendek yang berikut >> KLIK SINI

Setelah selesai, screenshot markah dah hantar PM kepada cikgu.

Mohon hantar tugasan sebelum 8 malam hari ini (Ahad - 20/6/2021)

T3 - BM - Novel Hempasan Ombak (Sinopsis)

 Aspek: Seni Bahasa

Salin sinopsis berikut dalam buku Seni Bahasa.

Farid yang baru berusia 19 tahun terpaksa menerajui Perusahaan Syarikat Batik Nusantara yang telah diusahakan selama 20 tahun apabila pemiliknya, Haji Badrul meninggal dunia akibat barah dalam perut. Ibunya, Hajah Zaoyah terpaksa menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada Farid kerana anak-anaknya yang lain tidak mampu memikul tugas tersebut. Farid menerima tugas itu dengan penuh tanggungjawab. Sebagai tugasan pertama, Farid melawat bengkel untuk melihat kerja-kerja mengecap batik. Pak Nik, pekerja syarikat itu menerangkan keadaan syarikat, iaitu batik keluaran syarikat tidak laku dan wujudnya sebuah syarikat yang mahu menggerhanakan syarikat mereka. Untuk mengukuhkan kewangan syarikat, Hajah Zaoyah bercadang mahu menggadaikan emas dan tanah miliknya. Seterusnya, Farid meluahkan keinginannya untuk membesarkan bengkel sekiranya kewangan syarikat semakin kukuh.

Farid mengadakan mesyuarat syarikat buat kali yang pertama dengan pekerja-pekerjanya. Dalam mesyuarat tersebut, Farid mahu syarikat menjual batik dalam bentuk pakaian siap dengan jenama tersendiri dan Farid mencadangkan bengkel diperbesar dan mesin baharu perlu dibeli. Pada satu hari, Farid mengunjungi pejabat pemborong binaan Nadi Zaman kepunyaan Mokhsein, bekas pekerja ayahnya satu ketika dahulu. Mokhsein memaklumkan, terdapat sebuah syarikat pesaing di Kuala Terengganu yang mahu memonopoli pengeluaran batik dengan menjual batik dengan harga yang murah untuk memastikan syarikat yang sedia ada muflis. Mokhsein kemudian menerangkan akan perlunya Farid menjalankan “strategi terkunci” jika mahu syarikatnya kukuh kembali.

Zuraida berniaga pakaian di bazar MARA di Jalan Banggol sejak tujuh tahun lalu. Farid, rakan sekelasnya ketika berada di tingkatan satu hingga tingkatan lima di Sekolah Menengah Seri Budiman datang berkunjung untuk bertanya khabar. Dalam pertemuan yang lain, Zuraida berjanji mahu membantu Farid dengan menjualkan batik di gerainya tanpa mengenakan sebarang komisen, namun dia mencadangkan Farid mengeluarkan batik corak baharu untuk menarik perhatian pembeli. Farid bertemu Mokhsein ntuk mendapatkan pandangannya. Hasilnya dia dapat menyiapkan kertas kerja “Projek Pembesaran Keupayaan Pengeluaran Batik Cap dan Perintis Batik Lukis Syarikat Batik Nusantara” dan seterusnya, Farid membina bengkel tambahan dengan modal sebanyak RM75 ribu. Hal berkaitan tenaga pengajar batik moden akan diuruskan oleh Mokhsein. Sebagai seorang usahawan yang berjaya, Mokhsein diundang untuk merasmikan bangunan bengkel batik moden. Pada hari tersebut, Hartini Noor, adik sepupu Mokhsein datang. Zuraida melahirkan rasa cemburu terhadap kehadiran Hartini Noor. Farid mengunjungi Zuraida di gerainya. Farid menjelaskan bahawa Hartini Noor sudah bertunang dengan pereka bentuk dalaman dan bekerja selama sebulan sahaja di syarikatnya. Zuraida melihat kerja-kerja mencanting di bengkel.

Selanjutnya, pemilik Syarikat Batik Rajawali, Mukhtar begitu marah apabila batik keluaran syarikatnya tidak mendapat sambutan dengan alasan batik keluarannya bercorak lama. Mukhtar yakin, batik pilihan pengguna sekarang adalah keluaran syarikat pesaingnya, Syarikat Batik Nusantara. Mukhtar kemudiannya pergi ke gerai anak saudaranya, Zuraida dan mendapati batik bercorak baharu dijual di gerai Zuraida. Mukhtar memberi amaran agar Zuraida tidak menjual batik itu dan jika masih degil, dia akan merobohkan gerai Zuraida. Farid pula menerima amaran keras dalam bentuk surat layang. Dia diingatkan agar memutuskan hubungannya dengan Zuraida dan memastikan batik keluarannya tidak menguasai pasaran. Jika amaran tersebut tidak dipandang serius, padah yang lebih besar akan menanti. Hajah Zaoyah mahu perkara itu dilaporkan kepada pihak polis.

Farid mendapat panggilan telefon daripada Zuraida. Zuraida menjelaskan akan larangan bapa saudaranya agar tidak menjual batik moden yang dikeluarkan oleh syarikat Farid. Di bengkel membuat batik moden kepunyaan Farid, Mahmood, pekerja Mukhtar mencari Azmi dan Masri. Mahmood tidak berpuas hati kerana dua-dua lelaki itu telah meninggalkan Syarikat Batik Rajawali. Azmi dan Masri memberi alasan meninggalkan syarikat kerana tidak dibayar gaji walaupun sudah bekerja selama dua bulan. Berlaku pertengkaran. Mahmood yang hilang sabar kemudiannya mencekik leher baju Azmi. Disebabkan Masri tiada pilihan lain untuk menyelamatkan Azmi, dia menerpa ke arah Mahmood lalu mencurahkan lilin panas dari canting ke muka Mahmood.

Ketika jam menunjukkan pukul 2:00 pagi, seisi rumah Hajah Zaoyah dikejutkan dengan bunyi letupan yang kuat. Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati bengkel tempat pengeluaran batik moden dijilat api. Bengkel tersebut tinggal rangka. Lebih 75 peratus peralatan dan bahan mentah untuk membuat batik musnah. Farid menerima dugaan yang menimpanya sebagai takdir. Pihak polis yakin kebakaran bermotifkan jenayah lalu meminta Farid mengikutnya ke balai polis untuk diambil keterangan. Di balai polis, Inspektor Rusman menjelaskan, pihaknya telah memberkas Mahmood di sebuah klinik ketika lelaki itu sedang menerima rawatan kerana tersiram lilin batik. Mahmood mempunyai rekod jenayah dan merupakan pekerja Syarikat Batik Rajawali. Pemilik syarikat tersebut ialah Mukhtar bin Yusof dan kini pihak polis berusaha untuk memberkasnya.

Tiga hari selepas peristiwa kebakaran bengkel, Mokhsein datang ke bengkel Farid sekembalinya dari Singapura. Mokhsein berjanji akan membantu Farid menjadi pembekal pakaian siap. Kata-kata itu memberi semangat semula ke dalam jiwa Farid. Zuraida pula menjelaskan, kerana kekurangan ilmu dalam bidang perniagaan, dia mengikuti kursus luar kampus dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di UiTM. Zuraida mencadangkan Farid menimba ilmu lagi kerana terdapat banyak kolej di Kuala Terengganu. Mukhtar kini berada di Penjara Marang dan dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun atas kesalahannya mengupah tiga orang samseng untuk membakar bengkel perusahaan batik Farid. Kemudian Farid dan Zuraida mengikuti Mokhsein serta isterinya menghadiri majlis perkahwinan Hartini Noor di Kuantan.

Sumber: medanduta

Jawab latihan Liveworksheet yang berikut:

 Liveworksheet Hempasan Ombak >> https://www.liveworksheets.com/ug1446973ho

 ✎Jawab soalan Liveworksheet, screenshot markah dan hantar PM kepada cikgu sebelum 8 malam hari ini >> Ahad (20/6/2021)

PERINGATAN!
--Sila salin nota Seni Bahasa atau jika tiada sila jawab dalam testpad 📖📑
--Setelah siap salin nota, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.
--Tarikh akhir hantar nota ialah 22/06/2021 (Selasa), pukul 8 malam.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡

Khamis, 17 Jun 2021

T3 - BM - Modul PdPR

 Arahan: 

📌Lengkapkan latihan dalam Modul PdPR muka surat 4 dan 5. 

📌Setelah selesai menjawap, ambil gambar dan hantar kepada cikgu melalui Whatsapp.

📌Jika ada sebarang masalah boleh erus berhubung dengan cikgu. 

📌Sekiranya tiada modul, murid-murid boleh rujuk gambar berikut. Tulis jawapan dalam buku Menulis. Kemudian, ambil gambar dan hantar kepada cikgu melalui Whatsapp.

T2 - BM - Tanda Baca

 Aspek: Tatabahasa

Salin nota yang berikut.

Aktiviti 1:

Baca dan teliti teks muka surat 75 dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 2. Kemudian, kenal pasti kesalahan ejaan dan tanda baca dalam petikan dan buat pembetulan kesalahan-kesalahan tersebut.

PERINGATAN!
--Sila salin nota dan buat latihan dalam buku Menulis atau jika tiada sila jawab dalam testpad 📖📑
--Setelah siap menjawab, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡

Rabu, 16 Jun 2021

T2 - BM - Jejak Bumi di Bawah Bayu

 Kemahiran: Mendengar dan Bertutur

AKTIVITI:

Tonton video yang berikut dengan teliti.

VIDEO KEMBARA FARHANA >> KLIK DI SINI

TUGASAN:

Murid perlu menjawab soalan yang berikut dalam bentuk pesanan suara (voice note) di Whatsapp secara peribadi kepada cikgu. 

Soalan 1: 

Ambuyat ialah salah satu makanan tradisi kaum di negeri bawah bayu. Apakah nama kaum tersebut?

Soalan 2:

Sejarah dan tradisi sesuatu kaum mestilah dipelihara supaya tidak hilang ditelan zaman. Berikan 2 cara untuk memelihara sejarah dan tradisi kaum. Huraikan jawapan anda.

Cara menjawab soalan:

Salam sejahtera, nama saya ___________________ dari kelas ________________.

Jawapan bagi soalan 1 ialah ____________________________________________.

Seterusnya, jawapan bagi soalan 2 ialah ___________________________________.

Sekian, terima kasih.

--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡

T3 - BM - Anugerah Pokok kepada Manusia

 Kemahiran: Mendengar dan Bertutur

AKTIVITI:

Tonton video yang berikut dengan teliti.

VIDEO FUNGSI POKOK >> KLIK DI SINI 

TUGASAN:

Murid perlu menjawab soalan yang berikut dalam bentuk pesanan suara (voice note) di Whatsapp secara peribadi kepada cikgu. 

Soalan 1: 

Berdasarkan video yang telah anda tonton, berikan 2 fungsi pokok.

Soalan 2:

Penebangan hutan semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini. Nyatakan 2 kesan penebangan hutan kepada alam sekitar dan juga manusia. Nyatakan huraian bagi setiap kesan yang anda nyatakan.

Cara menjawab soalan:

Salam sejahtera, nama saya ___________________ dari kelas ________________.

Jawapan bagi soalan 1 ialah ____________________________________________.

Seterusnya, jawapan bagi soalan 2 ialah ___________________________________.

Sekian, terima kasih.

--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡

Ahad, 13 Jun 2021

T2 - BM - Kata Penekan dan Kata Pembenda

Aspek: Tatabahasa

Salin nota yang berikut:

********************************************************

Latihan
Natakan sama ada  bentuk -nya yang berikut ialah kata penekan atau kata pembenda.

Sebagai contoh:
Seperti nangka busuk jatuhnya ke dalam longkang itu.  Kata pembenda.

1. Sesungguhnya bangunan Burj Khalifa itu amat tinggi. __________________.

2. Malunya bukan kepalang kerana tersadung di bahu jalan itu. __________________.

3. Buah rambutan itu nampaknya sudah masak. ___________________.

4. Bahawasanya kita perlu mempertahan tanah air tercinta ini. __________________.

5. Derasnya motosikal itu tidak dapat digambarkan. ____________________.

PERINGATAN!
--Sila salin nota dan buat latihan dalam buku Tatabahasa atau jika tiada sila jawab dalam testpad 📖📑
--Setelah siap menjawab, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡

Senarai Tugasan PdPR 2 ARIF

Senarai Tugasan PdPR Penggal 2 Tahun 2021

Kelas 2 ARIF

Minggu 1

Ahad (13/6/2021) - Kata Penekan dan Kata Pembenda - KLIK SINI

Rabu (16/6/2021) - Mendengar dan Bertutur - KLIK SINI

Khamis (17/6/2021) - Tanda Baca - KLIK SINI

Minggu 2

Ahad (20/6/2021) - Karangan Pendek - KLIK SINI

Rabu (23/6/2021) - Warna-warni Budaya - KLIK SINI

Khamis (24/6/2021) - Kata Kerja Transitif - KLIK SINI

Minggu 3

Ahad (28/6/2021) - Enaknya Burasak - KLIK SINI

Rabu (30/6/2021) - Sajak Roti - KLIK SINI

Khamis (1/7/2021) - Kuiz Ejaan  - KLIK SINI

Minggu 4

Ahad (4/7/2021) - Latihan Ringkasan - KLIK SINI

Selasa (6/7/2021) - Papan Cerita - KLIK SINI

Rabu (7/7/2021) - Bangsawan Dekat di Hati  - KLIK SINI

Minggu 5

Ahad (11/7/2021) -  Ulasan (Iklan)  - KLIK SINI

Selasa (13/7/2021) - Hindarkan Buli - KLIK SINI

Rabu (14/7/2021) - Kuiz Kesalahan Ejaan - KLIK SINI

*************************************************

Semak Kehadiran PdPR dan Tugasan yang telah dihantar di sini >> KLIK SINI 

Senarai Tugasan PdPR 2 ALIF

 Senarai Tugasan PdPR Penggal 2 Tahun 2021

Kelas 2 ALIF