Isnin, 30 November 2020

MINGGU 5: Tingkatan 2 - Karangan Pendek

Kemahiran: Menulis

1   Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Hari Sukan Sekolah 

hari ini Hari Sukan Sekolah -- menyertai acara lumba lari 100 meter -- semua peserta bersedia di garisan permulaan -- berasa gemuruh -- tembakan dilepaskan di udara -- terdengar sorakan para penyokong -- berada di tempat kedua namun berjaya memecut -- memotong pelari di hadapan -- berjaya mendapat tempat pertama -- berpuas hati kerana berjaya mendapat pingat emas - gembira

********************************************************

2   Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Kebaikan Internet kepada Murid-murid

1. Mendapatkan pelbagai maklumat dengan mudah dan cepat
2. Dapat menarik minat murid-murid untuk mengikuti program pembelajaran
3. Bahan pengajaran yang lebih menarik
4. Dapat melakukan projek berkumpulan dengan lebih mudah

********************************************************

PERINGATAN!
--Sila jawab soalan dalam buku Menulis atau jika tiada sila jawab dalam testpad πŸ“–πŸ“‘
--Jawapan hendaklah ditulis dalam bentuk perenggan πŸ–‹
--Setelah siap menjawab, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏑

Rabu, 25 November 2020

MINGGU 4: Tingkatan 3 - Karangan Pendek

Kemahiran: Menulis

1   Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Gotong-royong bersama-sama Keluarga

membersihkan kawasan rumah-- menyediakan barang keperluan-- longkang dan halaman rumah-- ruang tamu dan ruang dapur-- menyapu dan mengemop lantai bilik-bilik-- letih tetapi gembira-- kawasan rumah bersih dan ceria

2   Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Ciri-ciri Pengawas Sekolah yang Berkualiti

1. Komitmen tinggi
2. Jujur, amanah dan ikhlas
3. Menjadi contoh yang baik 
4. Dedikasi dan berhemah
5. Sentiasa membantu guru

PERINGATAN!
--Sila jawab soalan dalam buku Menulis atau jika tiada sila jawab dalam testpad πŸ“–πŸ“‘
--Jawapan hendaklah ditulis dalam bentuk perenggan πŸ–‹
--Setelah siap menjawab, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏑

Isnin, 23 November 2020

MINGGU 4: Tingkatan 2 - Kuiz Ejaan

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua!

Hari ini kita akan main kuiz mengenai ejaan. Tekan pautan di bawah, kemudian murid perlu melaksanaan aktiviti yang dipanggil "Maze Chase" dengan mengawal karakter ke arah perkataan yang dieja dengan betul. Murid boleh main aktiviti tersebut sehingga memperoleh markah 10/10, kemudian tangkap layar (screenshot) markah dan hantar kepada cikgu untuk semakan.

*SILA TULIS NAMA PENUH UNTUK SEMAKAN YA*

Klik di sini >> KUIZ EJAAN

Rabu, 18 November 2020

MINGGU 3: Tingkatan 3 - Kata Terbitan

Aspek: Tatabahasa

1. Salin nota >>> Klik di sini

2. Jawab soalan kuiz >>> Klik di sini 
(kuiz perlulah di jawab sehingga mendapat markah 10/10, murid boleh main game banyak kali untuk mendapatkan markah penuh, kemudian send screenshot kepada cikgu)

Rabu, 11 November 2020

MINGGU 2: 3 Arif - Praktis Tatabahasa 1

MINGGU 2: 3 Alif - Hempasan Ombak (Tema, Persoalan, Nilai dan Pengajaran)

Aspek: Seni Bahasa

1. Salin nota >>> Klik di sini 

2. Berdasarkan novel yang anda kaji, jawab soalan-soalan yang berikut dengan tepat.

i) Nyatakan tema yang terdapat dalam novel ini.

ii) Nyatakan tiga persoalan yang terdapat dalam novel berserta contoh peristiwa.

iii) Huraikan tiga nilai yang terdapat dalam novel beserta contoh peristiwa.

iv) Jelaskan tiga pengajaran yang terdapat dalam novel beserta contoh peristiwa.

Rujukan!
Rangka Penulisan Jawapan:

                    Novel yang saya kaji ialah novel Hempasan Ombak karya Zailiani Taslim. Terdapat beberapa persoalan/nilai/pengajaran yang terdapat dalam novel ini

                    Antara persoalan/nilai/pengajaran dalam novel ini ialah (persoalan/nilai/pengajaran 1). Sebagai contoh, (contoh peristiwa 1).

                    Selain itu, terdapat juga persoalan/nilai/pengajaran (persoalan/nilai/pengajaran 2). Sebagai contoh, (contoh peristiwa 2).

                    Di samping itu, persoalan/nilai/pengajaran (persoalan/nilai/pengajaran 3) juga terdapat dalam novel ini. Sebagai contoh, (contoh peristiwa 3).

PERINGATAN!
--Sila jawab soalan dalam buku Seni Bahasa atau jika tiada sila jawab dalam testpad πŸ“–πŸ“‘
--Jawapan hendaklah ditulis dalam bentuk perenggan πŸ–‹
--Setelah siap menjawab, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏑

Isnin, 9 November 2020

MINGGU 2: Tingkatan 2 - Panduan Keselamatan Jalan Raya

Kemahiran: Membaca

AKTIVITI 1
Tonton video di bawah.

πŸŽ₯Video 1

Berdasarkan  video yang telah anda tonton, jawab soalan-soalan yang berikut dengan tepat.

i) Nyatakan had laju di lebuhraya yang dinasikatkan bagi pemandu lori dan bas serta penunggang motosikal. (2 markah)
ii) Jelaskan 3 petua keselamatan jalan raya yang anda peroleh. (4 markah)
ii) Pada pendapat anda, apakah kesan sekiranya kita tidak menitikberatkan tentang panduan keselamatan jalan raya? Berikan huraian anda. (4 markah)

***************************************************

AKTIVITI 2
Baca petikan berikut dengan teliti. 

    Pada era globlalisasi ini, saban hari banyak berlakunya kemalangan jalan raya tidak kira yang ringan atau yang berat. Hal ini dapat dibuktikan melalui media massa yang sering memaparkannya. Sebenarnya, punca utama berlakunya kejadian kemalangan jalan raya adalah disebabkan oleh kecuaian dan sikap pengguna jalan raya. Oleh sebab itu, pelbagai tindakan haruslah diambil untuk mengatasi masalah tersebut.

    Antara tindakan untuk mengatasi masalah kemalangan jalan raya ialah pemandu kitaharuslah mengamalkan nilai kasih sayang. Kita harus peka dan prihatin terhadap orang lain serta menyayangi orang lain secara mendalam dan berkekalan. Apabila kita berada di jalan raya, kita perlulah lebih mengutamakan keselamatan diri dan orang lain serta prihatin terhadap sesiapa sahaja yang berada di jalan raya. Dengan ini, masalah kemalangan jalan raya akan berkurangan. Pengguna jalan raya juga akan selamat dan tidak perlu risau tentang kemungkianan berlakunya kemalangan jalan raya yang tidak diingini.

   Bukan itu sahaja, salah satu sebab kemalangan jalan raya berlaku ialah sebilangan pemandu gemar memandu sambil menggunakan telefon bimbit atau memandu melebihi had laju yang ditetapkan. walaupun undang-undang melarang perbuatan tersebut. Amalan ini amat berbahaya dan boleh berlakunya kemalangan jalan raya bila-bila masa sahaja. Oleh sebab itu, kita wajiblah mengamakan nilai mematahui peraturan dan undang- undang jalan raya. Kita haruslah menerima dan mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan tanpa mengira sesiapa dan dimana seseorang itu berada. Hal ini dapat mewujudkan keadaan jalan raya yang selamat dan selesa.

    Disamping itu, kita boleh saling bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup dengan mengamalkan nilai toleransi. Dengan ini, pengguna jalan raya tidak akan merebut tempat meletakkan kereta atau memandu tanpa berhemah. Secara tidak langsung, masalah kemalangan jalan raya dapat dikurangkan serta dihapuskan dan keselamatan diri dapat dijamin.

    Kesimpulannya, terdapat banyak cara-cara untuk mengatasi kemalangan jalan raya. Semua pengguna jalan raya haruslah berganding bahu untuk menyelesaikan masalah sebelum nasi menjadi bubur agar pengguna jalan raya dapat menggunakan jalan raya dengan selamat

(Dipetik dan diubahsuai daripada Academia.edu)

i) Dengan menggunakan Kamus DBP secara atas talian ataupun menggunakan aplikasi KamusPro, nyatakan maksud-maksud perkataan yang berikut:

  1. kecuaian: ____________________________________________
  2. peka: ____________________________________________
  3. prihatin: ____________________________________________
  4. bahaya: ____________________________________________
  5. toleransi: ____________________________________________

PERINGATAN!
--Sila jawab soalan dalam buku Membaca atau jika tiada sila jawab dalam testpad πŸ“–πŸ“‘
--Setelah siap menjawab, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp πŸ“±
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏑

Rabu, 4 November 2020

MINGGU 1: 3 Arif - Pesan Ibu Beribu-ribu

Aspek: Seni Bahasa

Arahan:
1. Dengar dan hayati bacaan sajak di bawah.

Video 1

*******************************

2. Lihat paparan "Prezi" di bawah. Kemudian, rangka nota berdasarkan maklumat yang telah anda peroleh.

Prezi 1

*******************************

3. Berdasarkan sajak Pesan Ibu Beribu-ribu, jawab soalan-soalan yang berikut.

i) Apakah tema sajak yang terdapat dalam sajak Pesan Ibu Beribu-ribu? (2 markah)

ii) Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam sajak Pesan Ibu Beribu-ribu. (4 markah)

iii) Pada pendapat anda, apakah kepentingan yang dapat kita peroleh sekiranya kita patuh akan nasihat orang-orang tua? (4 markah)

Isnin, 2 November 2020

MINGGU 1: Tingkatan 2 - Darah Titik di Semantan - Tema, Persoalan, Nilai dan Pengajaran

Aspek: Seni Bahasa

Arahan:
1. Tonton dan hayati video di bawah.

πŸŽ₯Video 1

*******************************
2. Tonton dan hayati video di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikut.

πŸŽ₯Video 2

Berdasarkan novel yang anda kaji dan video yang telah anda tonton, jawab soalan-soalan yang berikut dengan tepat.

i) Nyatakan tema yang terdapat dalam novel ini.

ii) Nyatakan tiga persoalan yang terdapat dalam novel berserta contoh peristiwa.

iii) Huraikan tiga nilai yang terdapat dalam novel beserta contoh peristiwa.

iv) Jelaskan tiga pengajaran yang terdapat dalam novel beserta contoh peristiwa.

PERINGATAN!
--Sila jawab soalan dalam buku Seni Bahasa atau jika tiada sila jawab dalam testpad πŸ“–πŸ“‘
--Setelah siap menjawab, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp. 1 murid yang paling pantas menghantar jawapan yang tepat akan diberikan ganjaran πŸ’ΈπŸ“±
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏑

Ahad, 1 November 2020

3 ARIF - Senarai Tugasan PdPR 2020

MINGGU 1 RABU 4/11/2020 - Pesan Ibu Beribu-ribu >> KLIK DI SINI

MINGGU 2 RABU 11/11/2020 - Praktis Tatabahasa 1 >> KLIK DI SINI

MINGGU 3 RABU 18/11/2020 - Kata Terbitan >> KLIK DI SINI

MINGGU 4 RABU 25/11/2020 - Karangan Pendek >> KLIK DI SINI

MINGGU 5 RABU 2/12/2020 - Kuiz Kesalahan Tatabahasa >> KLIK DI SINI

MINGGU 6 RABU 9/12/2020 - Sayangi Kehidupan Flora dan Fauna >> KLIK DI SINI

MINGGU 7 RABU 16/12/2020 - Penerokaan Hutan >> KLIK DI SINI

Senarai murid yang berjaya menyelesaikan tugasan: KLIK DI SINI

3 ALIF - Senarai Tugasan PdPR 2020

MINGGU 1 RABU 4/11/2020 - *Pembentangan aspek novel Hempasan Ombak*

MINGGU 2 RABU 11/11/2020 - Hempasan Ombak (Tema, Persoalan, Nilai dan Pengajaran >> KLIK DI SINI

MINGGU 3 RABU 18/11/2020 - Kata Terbitan >> KLIK DI SINI

MINGGU 4 RABU 25/11/2020 - Karangan Pendek >> KLIK DI SINI

MINGGU 5 RABU 2/12/2020 - Kuiz Kesalahan Tatabahasa >> KLIK DI SINI

MINGGU 6 RABU 9/12/2020 - Sayangi Kehidupan Flora dan Fauna >> KLIK DI SINI

MINGGU 7 RABU 16/12/2020 - Penerokaan Hutan >> KLIK DI SINI

Senarai murid yang berjaya menyelesaikan tugasan: KLIK DI SINI

2 ARIF - Senarai Tugasan PdPR 2020

MINGGU 1 ISNIN 2/11/2020 - Darah Titik di Semantan (Tema, Persoalan, Nilai dan Pengajaran) >> KLIK DI SINI

MINGGU 2 ISNIN 9/11/2020 - Panduan Keselamatan Jalan Raya >> KLIK DI SINI

MINGGU 3 ISNIN 16/11/2020 - CUTI DEEPAVALI

MINGGU 4 ISNIN 23/11/2020 - Kuiz Ejaan >> KLIK DI SINI

MINGGU 5 ISNIN 30/11/2020 - Karangan Pendek >> KLIK DI SINI

MINGGU 6 ISNIN 7/12/2020 - Gaya Hidup Sihat >> KLIK DI SINI

MINGGU 7 ISNIN 14/12/2020 - Latihan Peperiksaan Akhir Tahun (Kertas 1) >> KLIK DI SINI

Senarai murid yang berjaya menyelesaikan tugasan: KLIK DI SINI

2 AMAL - Senarai Tugasan PdPR 2020