Rabu, 24 Mac 2021

[BM] Tingkatan 2: Adab Belajar

Kemahiran: Membaca

Arahan: Sila rujuk Buku Teks Bahasa Melayu, Tingkatan 2, halaman 26. Baca dan fahami bahan pada halaman tersebut.



Aktiviti: Berdasarkan bahan yang telah anda baca, jawab soalan-soalan yang berikut dengan betul dan tepat.

1. Berikan maksud perkataan manfaat

Maksud perkataan manfaat ialah __________________________________________.

2. Berdasarkan bahan yang telah di baca, mengapakah kit aperlu menghormati guru?

Kita perlu menghormati guru kerana ________________________________________. Selain itu, ________________________________________.  Bukan itu sahaja, ________________________________________. 

3. Pada pendapat anda, bagaimanakan cara untuk kita menghormati guru yang telah mendidik kita?

Pada pendapat saya, cara untuk kita menghormati guru yang telah mendidik kita ialah ________________________________________. Selain itu, ________________________________________. Bukan itu sahaja, ________________________________________. 



PERINGATAN!
--Sila jawab soalan dalam buku Membaca atau jika tiada sila jawab dalam testpad 📖📑
--Setelah siap menjawab, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡


[BM] Tingkatan 3: Permainan Tibow

Kemahiran: Membaca

Arahan: Tonton video di bawah dengan teliti.


Aktiviti: Sila rujuk Buku teks Bahasa Melayu, Tingkatan 3, halaman 39. Baca teks dengan teliti, kemudian jawab soalan yang diberikan.






PERINGATAN!
--Sila buat tugasan dalam buku Membaca atau jika tiada sila salin dalam testpad 📖📑
--Setelah siap menjawab soalan, ambil gambar dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡



Isnin, 22 Mac 2021

[BM] Tingkatan 3: Kiasan dan Peribahasa

Kemahiran Membaca dan Aspek Seni Bahasa

Aktiviti 1: Baca teks di bawah dengan teliti (halaman 32, buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 3)



Aktiviti 2: Bina ayat menggunakan kiasan dan peribahasa yang berikut (10 markah)

1. ayam tambatan   
_______________________________________________________.

2. buah mulut
_______________________________________________________.

3. seikat bak sirih, serumpun bak serai 
_______________________________________________________.

4. harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama 
_______________________________________________________.

5.  duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
_______________________________________________________.



PERINGATAN!
--Sila buat nota dan latihan dalam buku tulis Seni Bahasa atau jika tiada sila buat dalam testpad 📖📑
--Setelah siap nota, ambil gambar dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡


[BM] Tingkatan 2: Kuiz Kata Adjektif

  Arahan:

  1. Murid-murid perlu menjawab kuiz yang berikut >> KLIK DI SINI
  2. Setelah siap menjawab, ambil gambar kuiz dan PM cikgu di Whatsapp.


--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡

Ahad, 21 Mac 2021

[BM] Tingkatan 3: Kuiz Kata Adjektif

 Arahan:

  1. Murid-murid perlu menjawab kuiz yang berikut >> KLIK DI SINI
  2. Setelah siap menjawab, ambil gambar kuiz dan PM cikgu di Whatsapp.


--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡

Khamis, 18 Mac 2021

[PSV] Tingkatan 3: Seni Lukisan

Arahan: Murid perlu menghasilkan satu karya lukisanMurid-murid boleh merujuk gambar-gambar di bawah untuk menghasilkan lukisan tersebut.

Alat/Bahan: Kertas lukisan, pensel, media basah/ media kering yang sesuai.

TEMA: Bunga dan tumbuh-tumbuhan.







PERINGATAN!
--Sila hasilkan lukisan berdasarkan gambar yang telah diberikan sebagai rujukan.
--Setelah siap melukis, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp 📱
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡

Rabu, 17 Mac 2021

[BM] Tingkatan 2: Latihan Pantun Alam Remaja

  Aspek Seni Bahasa

Murid boleh merujuk nota Pantun Alam Remaja >> KLIK SINI


Berdasarkan Pantun Alam Remaja:


i) Nyatakan tema yang terdapat dalam pantun ini.
   Tema yang terdapat dalam pantun ini ialah ___________________________.

ii) Nyatakan tiga persoalan yang terdapat dalam Pantun Alam Remaja.
     Antara persoalan yang terdapat dalam Pantun Alam Remaja ialah
    _________________________________. Selain itu, terdapat juga persoalan
    _________________________________. Bukan itu sahaja, persoalan
    _________________________________ juga terdapat dalam pantun ini.

iii) Berikan dua nilai yang terdapat dalam pantun ini.
    
    Antara persoalan yang terdapat dalam pantun ini ialah nilai ___________         dan nilai _____________.

iv) Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam Pantun Alam Remaja.
    Antara pengajaran yang terdapat dalam Pantun Alam Remaja ialah
    _________________________________. Selain itu, terdapat juga pengajaran
    _________________________________. Bukan itu sahaja, pengajaran
    _________________________________ juga terdapat dalam pantun ini.



PERINGATAN!
--Sila jawab soalan dalam buku Seni Bahasa atau jika tiada sila jawab dalam testpad 📖📑
--Setelah siap menjawab, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡

[BM] Tingkatan 3: Latihan Seloka Santap Istiadat

Aspek Seni Bahasa

Murid boleh merujuk nota Seloka Santap Istiadat >> KLIK SINI


Berdasarkan Seloka Santap Istiadat:


i) Nyatakan tema yang terdapat dalam syair ini.
   Tema yang terdapat dalam seloka ini ialah ___________________________.

ii) Nyatakan tiga persoalan yang terdapat dalam Seloka Santap Istiadat.
     Antara persoalan yang terdapat dalam Seloka Santap Istiadat ialah
    _________________________________. Selain itu, terdapat juga persoalan
    _________________________________. Bukan itu sahaja, persoalan
    _________________________________ juga terdapat dalam seloka ini.

iii) Berikan dua nilai yang terdapat dalam seloka ini.
    
    Antara persoalan yang terdapat dalam seloka ini ialah nilai ___________         dan nilai _____________.

iv) Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam Seloka Santap Istiadat.
    Antara pengajaran yang terdapat dalam Seloka Santap Istiadat ialah
    _________________________________. Selain itu, terdapat juga pengajaran
    _________________________________. Bukan itu sahaja, pengajaran
    _________________________________ juga terdapat dalam seloka ini.



PERINGATAN!
--Sila jawab soalan dalam buku Seni Bahasa atau jika tiada sila jawab dalam testpad 📖📑
--Setelah siap menjawab, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡

Selasa, 16 Mac 2021

[BM] Tingkatan 2: Pantun Alam Remaja

 Kemahiran Membaca dan Aspek Seni Bahasa


Aktiviti 1

Arahan: Murid perlu menonton dan menghayati bacaan pantun dalam video di bawah.




Aktiviti 2

Arahan: Salin nota yang berikut dalam buku Seni Bahasa.


MAKSUD RANGKAP SELOKA

Rangkap 1
Anak-anak akan berasa sangat gembira sewaktu menyambut ke Pulangan ibu ke rumah.

Rangkap 2
Ketakutan dan kerisauan anak-anak sewaktu ketiadaan ibu akan hilang apabila melihat ibu pulang ke rumah.

Rangkap 3
Anak-anak akan berasa sangat gembira jika ibu cepat pulang ke rumah.

Rangkap 4
Adik-beradik menyanyikan sebarang lagu bersama-sama.

Rangkap 5
Kepulangan ayah dan ibu ke rumah merupakan detik yang paling menggembirakan bagi   anak-anak.

Rangkap 6
Pemberian atau hadiah daripada ibu bapa membuatkan anak-anak berasa gembira.

Rangkap 7
Ibu bapa tidak sewajarnya memarahi anak-anak yang gemar berpantun kerana anak-anak yang masih kecil dan ingin  bermanja.


TEMA
Kegembiraan anak-anak sewaktu menyambut kepulangan ibu bapa mereka ke rumah.

PERSOALAN
  1. Ibu bapa bertanggungjawab memberikan kasih sayang dan kebahagian kepada anak-anak.
  2. Anak-anak akan berasa cemas dan risau sewaktu ketiadaan ibu bapa di rumah.
  3. Kegembiraan bagi anak-anak ialah sewaktu menyamput kepulangan ibu bapa dari tempat kerja.
  4. Pemberian hadiah daripada ibu bapa dapat menggembirakan hati anak-anak.

NILAI

  1. Bertanggungjawab
  2. Kasih sayang
  3. Baik hati
  4. Hormat-menghormati

PENGAJARAN

  1. Kita mestilah menjalankan tanggungjawab kepada anak-anak dengan baik.
  2. Kita hendaklah menyayangi anak-anak untuk mencapai kebahagiaan keluarga.
  3. Kita perlulah bersikap baik hati kepada ahli keluarga yang lain.
  4. Kita haruslah menghormati ibu bapa yang telah bersusah payah menjaga dan mendidik kita.


PERINGATAN!
--Sila salin nota dalam buku Seni Bahasa atau jika tiada sila jawab dalam testpad 📖📑
--Setelah selesai membuat nota Aktiviti 2, ambil gambar tugasan dan PM cikgu di Whatsapp 📱
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡  

[BM] Tingkatan 3: Seloka Santap Istiadat

 Kemahiran Membaca dan Aspek Seni Bahasa


Aktiviti 1

Arahan: Murid perlu menonton dan menghayati bacaan seloka dalam video di bawah.



Aktiviti 2

Arahan: Salin nota yang berikut dalam buku Seni Bahasa.


MAKSUD RANGKAP SELOKA

Rangkap 1
Santap beradat merupakan istiadat santap raja dalam majlis kebesaran. Istiadat ini bertujuan menghormati dan meraikan tetamu. Majlis ini juga mengajar tetamu yang hadir makan secara beradab dan bukanlah sekadar untuk mengenyangkan perut.

Rangkap 2
Berdasarkan adab dan tertib semasa makan , menyuap nasi mestilah menggunakan tangan kanan dan ambillah lauk dengan sopan. Makanan hendaklah dikunyah perlahan-lahan. Selesai makan nasi, barulah minum air.

Rangkap 3
Pengarang memberikan peringatan agar makan nasi sekadar tiga suapan sebelum membasuh tangan. Kemudian, makanlah kuih-muih dan buah-buahan

Rangkap 4
Selepas makan hendaklah berkumur-kumur. Kemudian, makanlah sirih agar wajah kelihatan berseri-seri.

Rangkap 5
Pengarang menjelaskan bahawa adab dan tatacara makan secara beradat dalam sesuatu majlis  telah diamalkan sejak zaman dahulu.


TEMA
Adab dan tatacara makan dalam sesuatu majlis mengikut adat generasi zaman dahulu.

PERSOALAN
  1. Persoalan adab sopan ketika makan
  2. Persoalaan keutamaan tatacara dan tertib semasa menjamu selera
  3. Persoalan kesederhanaan ketika menjamu selera

NILAI

  1. Sopan-santun
  2. Kepatuhan
  3. Kesederhanaan

PENGAJARAN

  1. Kita hendaklah bersikap sopan dan beradab ketika sedang makan.
  2. Sebagai seorang tetamu, kita mestilah patuh dengan tatacara dan adab ketika makan
  3. Kita mestilah bersederhana ketika makan dengan tidak mengambil makanan secara berlebihan atau hawa nafsu.


PERINGATAN!
--Sila salin nota dalam buku Seni Bahasa atau jika tiada sila jawab dalam testpad 📖📑
--Setelah selesai membuat nota Aktiviti 2, ambil gambar tugasan dan PM cikgu di Whatsapp 📱
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡  

[PSV] Tingkatan 2: Latihan Seni Lukisan

 Arahan:

  1. Murid-murid perlu membaca buku teks Pendidikan Seni Visual, Tingkatan 2, muka surat 2 hingga 6.
  2. Kemudian jawab kuiz yang berikut >> KLIK DI SINI
  3. Setelah siap menjawab, ambil gambar kuiz dan PM cikgu di Whatsapp.


--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡

Isnin, 15 Mac 2021

[BM] Tingkatan 3: Waspada Selalu

 Kemahiran: Menulis

 Arahan: Bina perenggan pendahuluan berdasarkan soalan yang berikut.


1. Kadar kemalangan jalan raya semakin meningkat setiap tahun. Huraikan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya.


2. Pengguna jalan raya yang berhemah mampu untuk mengurangkan risiko kemalangan jalan raya daripada berlaku. Bincangkan ciri-ciri pengguna jalan raya yang berhemah.


3. Risiko kemalangan jalan raya dapat dielakkan sekiranya pengguna berwaspada ketika menggunakan jalan raya. Jelaskan punca-punca kemalangan jalan raya.


**Murid boleh merujuk nota ini bagi membina perenggan pendahuluan karangan >> KLIK SINI


PERINGATAN!
--Sila buat latihan dalam buku Menulis atau jika tiada sila buat dalam testpad 📖📑
--Setelah siap latihan, ambil gambar dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡

[BM] Tingkatan 2: Kerja Ikhlas, Rezeki Berkat

Kemahiran: Mendengar dan Bertutur

Arahan: Salin nota yang berikut.



Aktiviti: Dengar audio yang berikut. Kemudian kenal pasti 3 kata majmuk yang terdapat dalam audio. Kemudian bina ayat menggunakan kata majmuk tersebut.

DENGAR AUDIO >> KLIK SINI


Ahad, 14 Mac 2021

[BM] Tingkatan 3: Memacu Mutu Sukan Negara

Aspek Seni Bahasa

Arahan: Salin nota berikut dalam buku Seni Bahasa.

1. Kiasan ialah kata-kata perbandingan yang digunakan secara jelas dan nyata. Sebagai contoh, pahit bagai hempedu, licin seperti belut dan sebagainya.

2. Peribahasa ialah susunan kata yang teratur, sedap didengar dan cukup bermakna. Peribahasa selalunya digunakan untuk menyampaikan sesuatu nasihat, teguran, peringatan secara kiasan atau sindiran. 

Aktiviti 1: Baca teks di bawah dengan teliti (halaman 32, buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 3)


Aktiviti 2: Senaraikan kiasan dan peribahasa yang terdapat dalam petikan. 

1. ____________________________________.
2. ____________________________________.
3. ____________________________________.
4. ____________________________________.
5. ____________________________________.
6. ____________________________________.
7. ____________________________________.
8. ____________________________________.


PERINGATAN!
--Sila buat nota dan latihan dalam buku tulis Seni Bahasa atau jika tiada sila buat dalam testpad 📖📑
--Setelah siap nota, ambil gambar dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡


Khamis, 11 Mac 2021

[PSV] Tingkatan 3: Seni Lukisan

Arahan: Baca dan hayati Seni Lukisan halaman 19 hingga halaman 24, buku teks Pendidikan Seni Visual, Tingkatan 3. Kemudian, salin nota halaman 28.



PERINGATAN!
--Sila buat nota dalam buku tulis PSV atau jika tiada sila buat dalam testpad 📖📑
--Setelah siap nota, ambil gambar dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡

Rabu, 10 Mac 2021

[BM] Tingkatan 2: Kata Adjektif

 Aspek Tatabahasa

Arahan: Salin nota yang berikut dalam buku Tatabahasa.

  • Kata adjektif ialah kata yang merujuk sifat atau keadaan sesuatu kata nama.
  • Jenis-jenis kata adjektif:
  1. Sifat: berani, kuat, nakal, rajin, tekun
  2. Ukuran: besar, kecil, tebal, nipis, tinggi
  3. Jarak: dekat, jauh, hampir, rapat, jarang
  4. Pancaindera: cantik, manis, enak, sedap, indah
Aktiviti: Baca dan hayati petikan halaman 20 dalam buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 2. Kemudian, kenal pasti sekurang-kurangnya 5 kata adjektif sifat, ukuran, jarak atau pancaindera dan bina ayat menggunakan kata adjektif tersebut.





PERINGATAN!
--Sila salin nota dan buat latihan dalam buku Tatabahasa atau jika tiada sila salin dalam testpad 📖📑
--Setelah siap menyalin nota, ambil gambar dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡


[BM] Tingkatan 3: Kata Tugas - Kata Sendi Nama

 Aspek: Tatabahasa


Arahan: Salin nota yang berikut.




Aktiviti: Baca bahan yang terdapat pada halaman 50 dan 51, buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 3 dengan teliti. Kemudian, senaraikan 5 kata sendi nama dan bina ayat bagi setiap kata sendi nama tersebut.


PERINGATAN!
--Sila salin nota dan buat tugasan dalam buku Tatabahasa atau jika tiada sila salin dalam testpad 📖📑
--Setelah siap menyalin nota, ambil gambar dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡


Selasa, 9 Mac 2021

[BM] Tingkatan 2: Petah Bicara

 Kemahiran: Menulis


Arahan: Salin rangka ringkasan yang berikut.

Rangka Penulisan Ringkasan

                Antara (tajuk ringkasan) ialah (isi penting 1). Selain itu, (isi penting 2). Di samping itu, (isi penting 3). Seterusnya, (isi penting 4). Akhir sekali, (isi penting 5).

(  ____ patah perkataan)


Aktiviti:

Baca dengan teliti dan analisis petikan berikut bagi mengenal pasti isi-isi penting. Berdasarkan petikan yang dibaca, tulis sebuah ringkasan tentang faedah-faedah penganjuran Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu, Panjang ringkasan anda hendaklah tidak kurang 80 patah perkataan dan mestilah melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkam supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.


*Sila rujuk Buku teks Bahasa Melayu, Tingkatan 2, halaman 56*





PERINGATAN!
--Sila buat tugasan dalam buku Menulis atau jika tiada sila salin dalam testpad 📖📑
--Setelah siap menyalin nota, ambil gambar dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡



[BM] Tingkatan 3: Larian Bendang

Kemahiran: Membaca

Aspek: Tatabahasa


Arahan: Baca dan analisis maklumat penting bahan di bawah (halaman 30 dan 31, buku teks Bahasa Melayu, Tingkatan 3)



Aktiviti: Senaraikan 10 kata adjektif yang terdapat dalam bahan-bahan tersebut.

1. ___________________________.
2. ___________________________.
3. ___________________________.
4. ___________________________.
5. ___________________________.
6. ___________________________.
7. ___________________________.
8. ___________________________.
9. ___________________________.
10. ___________________________.

Apa itu kata adjektif? KLIK SINI


PERINGATAN!
--Sila buat latihan dalam buku Tatabahasa atau jika tiada sila buat dalam testpad 📖📑
--Setelah siap latihan, ambil gambar dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡


[PSV] Tingkatan 2 - Seni Lukisan

 Arahan: Salin nota halaman 24, buku Teks Pendidikan Seni Visual, Tingkatan 2. 



Aktiviti: Jawab soalan-soalan yang berikut.


PERINGATAN!
--Sila buat latihan dalam buku nota PSV atau jika tiada sila buat dalam testpad 📖📑
--Setelah siap nota dan latihan, ambil gambar dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡

Isnin, 8 Mac 2021

[BM] Tingkatan 3: Perenggan Pendahuluan

Kemahiran: Menulis

Arahan: Salin rangka perenggan pendahuluan di bawah.

    Dalam arus teknologi yang amat pesat gelombangnya kini/Seiring dengan peningkatan ekonomi negara yang semakin melonjak naik kini/Sejajar dengan ekonomi dan teknologi yang memberangsangkan di seluruh dunia, ______(topik)______ semakin hangat diperkatakan. ______(topik)______ dapat dirungkaikan dalam erti kata ______(maksud topik)______.  Topik ini timbul bagai cendawan tumbuh selepas hujan dan sering dibahaskan dalam kalangan masyarakat. [Fokus topik baik] ______(fokus topik)______ perlu dirungkaikan agar pihak yang terlibat akan mendapat manfaat dalam kehidupan seharian/ [Fokus topik buruk] ______(fokus topik)______ perlu dirungkaikan agar kita dapat menghindari keburukan/kelemahan supaya tidak merebak dengan lebih teruk lagi. Jelaslah bahawa terdapat banyak ______(fokus topik)______.


Aktiviti: Bina perenggan pendahuluan berdasarkan soalan di bawah.

1. Kemerosotan bidang sukan semakin sering diperkatakan. Bincangkan langkah-langkah untuk meningkatkan mutu sukan negara.

2. Masyarakat semakin menyedari kepentingan bersukan dalam kehidupan. Jelaskan kebaikan-kebaikan bersukan.

3. Aktiviti sukan mampu untuk mewujudkan perpaduan dan keharmonian antara kaum di negara kita. Bincangkan faedah-faedah sukan.


PERINGATAN!
--Sila buat latihan dalam buku Menulis atau jika tiada sila buat dalam testpad 📖📑
--Setelah siap latihan, ambil gambar dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡

[BM] Tingkatan 2: Cintai Buku

Kemahiran: Mendengar dan Bertutur//Membaca


Arahan: Dengar dengan teliti dan hayati taklimat berikut >> KLIK SINI


Aktiviti: Berdasarkan taklimat yang telah didengari, jawab soalan-soalan yang berikut dengan betul dan tepat.

1. Apakah ciri-ciri seorang pengawas pusat sumber yang bertanggungjawab? (2 markah)

Antara ciri-ciri seorang pengawas pusat sumber yang bertanggungjawab ialah ______________________________. Selain itu, pengawas pusat sumber juga perlu patuh _________________________________________________.

2. Jelaskan sifat amanah yang perlu ada dalam diri seorang pengawas pusat sumber.

Antara sifat amanah yang perlu ada dalam diri seorang pengawas pusat sumber ialah jangan sesekali _________________________________________________. Selain itu, _________________________________ terhadap sesiapa sahaja yang lewat memulangkan buku.

3. Berdasarkan gambar-gambar yang terdapat dalam buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 2 halaman 42, jelaskan amalan baik ketika berada di pusat sumber.

Antara amalan baik ketika berada di pusat sumber ialah ___________________________________. Bukan itu sahaja, kita juga perlu __________________________________________.

PERINGATAN!
--Sila buat latihan dalam buku Membaca atau jika tiada sila buat dalam testpad 📖📑
--Setelah siap latihan, ambil gambar dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡

Ahad, 7 Mac 2021

[BM] Tingkatan 3: Kayuhan Ria untuk Sejahtera

 Kemahiran: Mendengar dan Bertutur


Arahan: Dengar dan hayati ceramah berikut >> KLIK SINI


Aktiviti: Berdasarkan ceramah yang telah didengari, jawab soalan-soalan yang berikut dengan betul dan tepat.


1. Apakah tajuk ceramah tersebut? (1 markah)

Tajuk ceramah tersebut ialah ________________________________________.

2. Berdasarkan ceramah tersebut, senaraikan penyakit berbahaya yang sering dihidapi oleh masyarakat. (2 markah)

i) __________________________.

ii) __________________________.

3. Apakah faktor utama seseorang itu boleh menghidap penyakit berbahaya? (2 markah)

Faktor utama seseorang itu boleh menghidap penyakit berbahaya ialah ____________________________________________________________________.

4. Berikan punca utama tulang yang mempunyai kekurangan tisu. (2 markah)

i) __________________________.

ii) __________________________.

5. Pada pendapat anda, bagaimanakah kaedah terbaik untuk mencegah penyakit? Berikan dua kaedah. (4 markah)

Pada pendapat saya, kaedah terbaik untuk mencegah penyakit ialah ___________________________________________________. Selain itu, ___________________________________________________ juga merupakan salah satu kaedah untuk mencegah penyakit.


PERINGATAN!
--Sila buat latihan dalam buku Mendengar dan Bertutur atau jika tiada sila buat dalam testpad 📖📑
--Setelah siap latihan, ambil gambar dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡

Khamis, 4 Mac 2021

[PSV] TINGKATAN 3: Pakaian Tradisional dan Perhiasan Diri - Portfolio Artist Book

Arahan: Tonton dan hayati video di bawah dengan teliti.


 Aktiviti: Murid perlu memilih satu jenis pakaian tradisional dan perhiasan diri kaum Melayu/Cina/India/Iban/Kadazan. Kemudian, murid perlu menghasilkan satu "artist book mengikut kreativiti andaMurid-murid boleh merujuk teks Pendidikan Seni Visual, Tingkatan 3, muka surat 15.




  1. Sekiranya murid tiada mounting board, murid boleh menggunakan kertas lukisan/kertas a4.
  2. Murid perlu mencetak jenis-jenis pakaian dan hiasan kaum yang dipilih (pilih satu kaum sahaja: Melayu/Cina/India/Iban/Kadazan)
  3. Murid perlulah menghasilkan artist book yang mengandungi sekurang-kurangnya 3 muka surat.
  4. Sekiranya murid tidak faham tentang cara menghasilkan artist book boleh PM cikgu.
  5. Tarikh akhir menghantar portfolio ialah pada hari Khamis, 11 Mac 2021.


PERINGATAN!
--Sila hasilkan portfolio berdasarkan arahan yang diberikan dengan teliti 📖📑
--Setelah siap menjawab, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp 📱
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡