Khamis, 26 Mac 2020

(3 ALIF) Tajuk: Sistem Bahasa

Arahan:
Klik gambar di bawah untuk menjawab praktis sistem bahasa. Selamat maju jaya!


(3 ALIF) Tajuk: Pencegahan COVID-19 di Sekolah

Kemahiran: Membaca


Arahan:
Lihat poster di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam poster tersebut, tulis ulasan yang panjangnya hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan.


Rabu, 25 Mac 2020

(3 ALIF) Tajuk: Senja di Palang Besi

Aspek: Seni Bahasa


Arahan:
1. Dengar dan hayati bacaan sajak di bawah.

Video 1

*******************************

2. Salin maksud sajak di bawah di dalam buku tulis.

Maksud sajak:
Rangkap 1
Suatu senja menyaksikan tebaran cahayanya yang makin suram dan hanya dapat dilihat oleh penyajak melalui celah-celah lubang sel penjara yang memisahkannya dengan dunia luar yang terpaksa diisi dengan suasana yang sepi dan penuh kekesalan di hati.
Rangkap 2
Waktu senja yang dahulunya membawa bahagia kepada penyajak kini bertukar sayu tatkala menjelang malam kerana penyajak terpaksa hidup di dalam sel penjara yang menyakitkan, terbuang, dan terasing dari dunia luar.
Rangkap 3
Dalam sel penjara yang bersambung antara palang besi, penyajak resah berteleku dalam suasana hening akibat dipenjarakan tanpa ditemani suasana bising. Pada waktu senja yang semakin menghampiri malam, penyajak merasakan jiwanya semakin sunyi dan merasakan itulah hukuman kemanusiaan terhebat yang perlu ditempuhinya.

(Dipetik dan diubahsuai daripada tasikmelati2.wordpress.com)


*******************************

3.  Lihat paparan "Prezi" di bawah. Kemudian, rangka nota berdasarkan maklumat yang telah anda peroleh.

Prezi 1

(3 ALIF) Tajuk: Martabat Bahasa Melayu



Kemahiran: Menulis


Arahan:
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis sebuah ringkasan tentang usaha-usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu. Panjang ringkasan anda mestilah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan untuk menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.


Pendekatan lama melalui Kempen Bulan Bahasa, Bulan Cintai Bahasa Kita, dan lain-lain jelas kurang memberikan kesan yang berkekalan kepada masyarakat. Oleh sebab itu, kita wajar mencari dan mencuba pendekatan baharu untuk memartabatkan bahasa Melayu terutamanya dalam kalangan generasi muda masa ini.

      Sejarah kegemilangan lampau bahasa Melayu menunjukkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa peribumi, berfungsi sebagau lingua franca, sifatnya sangat lentur dan mudah dipelajari menjadikan bahasa Melayu sabagai bahasa kebangsaan negara kita. Oleh sebab itu, pembinaan bahasa dimaksudkan sebagai usaha ke arah memantapkan bahasa Melayu daripada sudut sistemnya iaitu sistem ejaan, sebutan, tatabahasa, peristilahan, kosa kara dan laras bahasa.

       Bahasa Melayu telah diangkat statusnya di negara kita sebagai bahasa ilmu pengetahuan apabila menjadi bahasa pengantar pada peringkat universiti. Oleh sebab itu, kita perlu meneruskan tradisi ini agar bahasa Melayu tidak lenyap dalam arus pemodenan masa ini. Kejayaan bahasa Melayu itu dapat dilihat sebagai wahana ilmu pengetahuan melauli penggunaan bahasa tersebut dalam syarah-syarahan perdana. Usaha memperkasakan bahasa Melayu di institusi pengajian tinggi )IPT) adalah dengan menggunakan bahasa Melayu dalam situasi-situasi rasmi dan memupuk semangat cinta akan bahasa tersebut.

       Sayugia diingatkan bahasa bahasa Melayu masik merupakan bahasa utama dan bahasa rasmi dalam sidang Parlimen, urusan pentadbiran kerajaan, dan bidang perundangan. Bahasa Melayu dalam budang teknologi maklumat perlu jelas untuk menjadikannya lebih berkeupayaan dan digunakan oleh lebih banyak pengguna. Institusi pengajian tinggi tempatan perlu mengadakan lebih banyak kursus yang berkaitan dengan kejuruteraan menggunakan bahasa Melayu.

       Bahasa Melayu juga wajar meliputi bidang teknologi maklumat yang kian berkembang pesat ini. Dengan cara ini, bilangan golongan yang menggunakan bahasa Melayu pada peringkat kepimpinan dalam industri perisian dapar diperbanyak dan ditingkatkan, terutama dalam kejuruteraan perisian. Syarikat tempatan atau golongan penyelidik perlu bekerjasama dengan pengeluar peralatan CASE luar negara untuk menterjemahkan perisian atau program kepada bahasa Melayu sepenuhnya agar bahasa Melayu akan terus berkembang mengikut peredaran zaman.

       Walaupun sesetengah pihak kurang gemar menggunakan bahasa Melayu, namun sebagai warganegara Malaysia, kita patut mencintai bahasa ibunda kita.


Peringatan!
Anda tidak perlu menulis semula petikan di dalam buku tulis. 
          

Selasa, 24 Mac 2020

(3 ALIF) Praktis Tatabahasa

(3 ALIF) Tajuk: Khazanah Bumi

Kemahiran: Membaca


Arahan:
Baca bahan-bahan yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikut.



Bahan 1

************************************************************************
Hutan merupakan khazanah alam yang sangat tinggi nilainya. Negara kita memiliki hutan yang adak luas yang tertua di dunia. Kaindahan hutan mampu menarik pelancong yang ingin menikmati suasana alam semula jadi yang bersih dan nyaman datang ke negara kita. Hal ini demikian kerana, hutan kini dijadikan sebagai pusat rekreasi dan riada yang menarik, seterusnya dapat menjana ekonomi negara.
       Hutan juga kaya dengan pelbagai flora yang menjadi warisan kepada generasi kini dan generasi akan datang. Jika hutan tidak dipelihara, pasti flora akan pupus dan negara akan rugi kerana tidak dapat menyediakan pelbagai spesies flora untuk tatapan generasi akan datang. Selain itu, pokok-pokok yang terdapat di dalam hutan kita merupakan sumber perubatan tradisional. Ada beberapa jenis tumbuhan yang dipercayai dapat menrawat penyakit yang tidak dapat disembuhkan dengan cara perubatan moden. Oleh sebab itu semua pihak harus mempunyai rasa tanggungjawab untuk memastikan warisan hutan semula jadi terpelihara dan dikekalkan.

************************************************************************
Bahan 2


1. Berdasarkan Bahan 1, nyatakan sebab-sebab sambutan Hari Hutan Antarabangsa dilancarkan. 
(2 markah)

2. Berdasarkan Bahan 2, apakah sebab-sebab hutan harus dikekalkan? (4 markah)

3. Semua pihak haruslah bertanggungjawab untuk memelihara hutan demi kebaikan bersama. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang dapat dilaksanakan untuk mengekalkan hutan di negara kita? (4 markah)

4. Cari makna perkataan berikut menggunakan Kamus Dewan Digital. 


i) nyaman
ii) pupus
iii) rugi 
iv) flora
v) fauna

Isnin, 23 Mac 2020

(3 ALIF) Tajuk: Pesan Ibu Beribu-ribu

Aspek: Seni Bahasa


Arahan:
1. Dengar dan hayati bacaan sajak di bawah.


Video 1

*******************************

2. Lihat paparan "Prezi" di bawah. Kemudian, rangka nota berdasarkan maklumat yang telah anda peroleh.

Prezi 1

*******************************

3. Berdasarkan sajak Pesan Ibu Beribu-ribu, jawab soalan-soalan yang berikut.

i) Apakah tema sajak yang terdapat dalam sajak Pesan Ibu Beribu-ribu? (2 markah)

ii) Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam sajak Pesan Ibu Beribu-ribu. (4 markah)

iii) Pada pendapat anda, apakah kepentingan yang dapat kita peroleh sekiranya kita patuh akan nasihat orang-orang tua? (4 markah)



(3 ALIF) Tajuk: Semangat Kesukarelawan

Kemahiran: Menulis


Arahan:
Salin tips di bawah di dalam buku tulis.

Tips menjawab soalan ringkasan:
1. Tiada perenggan pendahuluan dan kesimpulan. 
2. Tulis ringkasan dalam satu perenggan.
4. Kenal pasti topik yang dibincangkan dalam petikan.
3. Hanya perlu menyatakan isi-isi penting. Tidak perlu contoh.
4. Setiap isi penting perlu dimulakan dengan penanda wacana. 
5. Tulis isi penting yang dibaca dengan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
6. Ringkasan mestilah tidak melebihi 80 patah perkataan.

_______________________________________________________________________

Arahan:
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis sebuah ringkasan tentang langkah-langkah menyemai semangat kesukarelawan. Panjang ringkasan anda mestilah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan untuk menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.


       Dalam era globalisasi yang amat kuat gelombangnya ini, kefahaman tentang kesukarelawanan dapat dilihat daripada tiga ciri asas. Pertama, khidmat yang diberikan tanpa mengharapkan ganjaran. Kedua, khidmat yang dibuat menurut kerelaansi pelaku. Ketiga, khidmat itu dapat memanfaatkan masyarakat berkenaan secara langsung. Jelaslah, aktiviti kesukarelawanan ini dapat menjanjikan pengalaman bermakna kepada pelakunya.

      Dalam kalangan masyarakat Melayu, kesukarelawanan lumrahnya dikaitkan dengan amalan bergotong-royong. Semangat sukarela harusnya dipupuk dalam diri anak-anak sejak kecil. Aktiviti ini hasrus dimuliakan di rumah dengan menggalakkan ahli keluarga menjaga persekitaran rumah agar sentiasa bersih. Kerja sukarela berbeza daripada kerja amal. Kerja amal melibatkan satu pihak memberi dan satu pihak lagi mendapat manfaat, sedangkan kesukarelawanan merupakan suatu gabungan iaitu kedua-dua pihak akan mendapat faedah. Oleh sebab itu, murid-murid sekolah perlu digalakkan untuk melibatkan diri dalam mana-mana persatuan yang diminati agar mereka cenderung ke arah aktiviti kesukarelaan apabila meningkat dewasa.

       Di Malaysia, kesukarelawanan sering kali dikaitkan dengan badan sukarela atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Oleh hal yang demikian, penyertaan pelajar sekolah dalam aktiviti kokurikulum dapat memupuk minat mereka untuk menyertai aktiviti sukarela yang dianjurkan oleh badan-badan sukarela yang aktif pada peringkat nasional.

       Semangat kesukarelawanan telah mampu membawa kita ke arah kemerdekaan dan kemakmuran negara. Oleh sebab itu, semangat kesukarelawanan haruslah diteruskan dalam kalangan pelajar universiti dan kolej. Hal ini demikian kereana kerja sukarela dapat menjadi landasan buat pelajar untuk menunjukkan kemampuan mereka dalam membantu masyarakat sekali gus meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Badan sukarela seperti Yayasan Salam dan Mercy Malaysia semakin bergiat aktif pada peringkat global. Badan-badan sukarela ini menggunakan laman sesawang dan juga media sosial untuk menarik minat belia menyertai kerja-kerja sukarela. Oleh sebab itu, para belia harus memilih badan-badan sukarela yang diminati dan bersesuaian dengan bidang tugas mereka.

       Semangat kesukarelawanan ini dapat disemai apabila terdapat pihak swasta yang berminat untuk menyumbang dana kepada badan-badan sukarela yang bergiat aktif menerusi pembiayaan program khidmat sukarela. Konklusinya, semangat kesukarelawanan ini perlu disuburkan dalam kalangan masyarakat kerana keprihatinan sosial ini dapat membantu kelangsungan hidup masyarakat yang memerlukan.

(Dipetik dan diubah suai daripada " Menjanakan Semangat  Kesukarelawanan,
Dewan Siswa, September 2017)

Peringatan!
Anda tidak perlu menulis semula petikan di dalam buku tulis. 
          
           

Ahad, 22 Mac 2020

(3 ALIF) Tajuk: Kata Terbitan

Aspek: Tatabahasa


Arahan:
Sila tonton video berikut.

Video 1

Berdasarkan video yang telah anda tonton, jawab soalan-soalan berikut.

1. Kata terbitan ialah __________________________________________________________.
2. Lengkapkan jadual di bawah:

Jadual 1

3. Lihat poster dengan teliti. Kemudian senaraikan kata terbitan yang terdapat dalam poster dan bina ayat menggunakan kata terbitan yang telah anda tulis.






(3 ALIF) Tajuk: Waspada Selalu!

Kemahiran: Mendengar dan Bertutur


Dengar audio di bawah dengan teliti.


Audio 1

Arahan:
Berdasarkan audio yang telah anda dengari, bina satu peta pemikiran tentang langkah-langkah pencegahan wabak berbahaya.


************************************************

Celik Bahasa

1. hand sanitizer: sanitasi tangan
2. social distancing: penjarakan sosial
3. face mask: topeng muka


Sabtu, 21 Mac 2020

Siaran Pertama: Selamat Datang!

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Umum telah mengetahui bahawa kerajaan Malaysia telah menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Restriction of Movement Order (RMO) bagi seluruh rakyat Malaysia. Berdasarkan PKP tersebut, rakyat Malaysia dinasihatkan untuk mematuhi arahan bagi mengurangkan rangkaian jangkitan COVID-19. Oleh sebab itu, semua sekolah juga telah ditutup sehingga 31 Mac 2019. 

Tujuan laman blog ini dibina adalah untuk menyediakan diri murid-murid supaya entiasa mengulang kaji pelajaran walaupun tidak dapat hadir ke sekolah. Laman blog ini merupakan salah satu inisiatif  pemberian tugasan dan nota kepada murid.

Jadual kerja adalah seperti berikut:


Semua tugasan dan nota mestilah ditulis dalam buku tulis sama ada buku Mendengar dan Bertutur, buku Membaca, buku Menulis, atau buku Seni Bahasa/Tatabahasa mengikut tajuk yang akan diberikan. Jika anda tidak mempunyai buku-buku tersebut, sila selesaikan tugasan anda dalam kertas kajang. 

Tiada had masa ditetapkan untuk menyiapkan tugasan tersebut tetapi murid perlu menyelesaikan semua tugasan sebelum sesi persekolahan bermula. Namun begitu, amatlah disarankan supaya murid dapat membuat tugasan mengikut jadual yang disediakan. 

Selamat mengulang kaji pelajaran.
Jaga kesihatan anda supaya terhindar daripada segala penyakit berbahaya.
Sehingga berjumpa lagi pada siaran seterusnya!

-Cikgu Fadhilla