Aspek: Seni Bahasa
2. Berdasarkan novel yang anda kaji, jawab soalan-soalan yang berikut dengan tepat.
i) Nyatakan tema yang terdapat dalam novel ini.
ii) Nyatakan tiga persoalan yang terdapat dalam novel berserta contoh peristiwa.
iii) Huraikan tiga nilai yang terdapat dalam novel beserta contoh peristiwa.
iv) Jelaskan tiga pengajaran yang terdapat dalam novel beserta contoh peristiwa.
Rujukan!
Rangka Penulisan Jawapan:
Novel yang saya kaji ialah novel Hempasan Ombak karya Zailiani Taslim. Terdapat beberapa persoalan/nilai/pengajaran yang terdapat dalam novel ini
Antara persoalan/nilai/pengajaran dalam novel ini ialah (persoalan/nilai/pengajaran 1). Sebagai contoh, (contoh peristiwa 1).
Selain itu, terdapat juga persoalan/nilai/pengajaran (persoalan/nilai/pengajaran 2). Sebagai contoh, (contoh peristiwa 2).
Di samping itu, persoalan/nilai/pengajaran (persoalan/nilai/pengajaran 3) juga terdapat dalam novel ini. Sebagai contoh, (contoh peristiwa 3).
PERINGATAN!
--Sila jawab soalan dalam buku Seni Bahasa atau jika tiada sila jawab dalam testpad ππ
--Jawapan hendaklah ditulis dalam bentuk perenggan π
--Setelah siap menjawab, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah π‘