Kemahiran Membaca
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis
sebuah ringkasan tentang punca-punca sungai tercemar. Panjang tingkasan anda
hendaklah tidak melebihi 100 patah
perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan.
Sungai ialah elemen alam
sekitar yang penting kepada manusia. Sejak dahulu lagi, manusia mempunyai
hubungan yang rapat dengan sungai kerana sungai berfungsi sebagai alat
pengangkutan dan perhubungan, sumber bekalan air untuk domestik dan pertanian
selain membekalkan sumber protein kepada manusia. Dengan berkembangnya bandar
dan kegiatan perindustrian serta perdagangan, kualiti sungai mula mengalami
kemerosotan apabila berlakunya masalah hakisan, pemendapan dan pencemaran. Punca utama pencemaran
air sungai ialah apabila bahan buangan domestik yang terdiri daripada sampah-sarap
dan bahan kumbahan dibuang sewenang-wenangnya ke dalam sungai. Bahan kumbahan
disalirkan ke dalam pantai dan sungai sebagai cara termudah menghapuskan bahan
tersebut. Manakala sampah organik mereput dan diuraikan oleh bakteria dengan
oksigen yang terlarut di dalam air sungai.
Kilang juga dianggap
sebagai punca pencemaran air sungai apabila bahan-bahan buangan di salirkan ke
dalam sungai berhampiran. Masalah timbul apabila cecair kimia yang
disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang
mencemarkan air sungai. Selain itu, pengilangan hasil pertanian
menghasilkan bahan kimia cecair yang telah menyalir ke dalam sungai. Punca lain ialah apabila
industri
pelombongan mengakibatkan pencemaran air sungai hasil daripada cari gali
petroleum di dasar laut yang menyebabkan berlakunya tumpahan minyak. Apabila minyak ini
bercampur dengan air laut atau sungai akan mengakibatkan air sungai tercemar.
Bahan-bahan buangan
radioaktif dan ujian-ujian bom dan nuklear di laut juga menyumbang kepada
pencemaran air sungai. Banyak bahan buangan radioaktif yang terhasil dari makmal-makmal
dan bahan buangan hospital yang mengandungi sisa-sisa toksik larut ke dalam air
sungai serta mencemarkan air sungai dan laut. Stesen nuklear juga menyalirkan bahan buangan ke
dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Selain itu, masyarakat pula menjadikan sungai sebagai tong
sampah apabila ramai yang suka membuang apa-apa sahaja barang yang tidak
perlu ke dalam sungai.
Seterusnya, sikap pendatang tanpa izin
termasuk pekerja asing yang menjadikan kawasan tebing sungai sebagai penempatan
mereka telah menjejaskan kualiti air sungai terutama di kawasan bandar. Oleh itu, untuk
mengatasi masalah ini, kerajaan mempertingkatkan penguatkuasaan Akta Kualiti
Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya yang menyekat
pencemaran daripada punca tetap. Kerajaan juga melaksanakan program Pencegahan
Pencemaran dan Peningkatan Kualiti Air Sungai untuk mempertingkatkan kualiti
air sungai.
Kesimpulannya, pencemaran
air sungai merupakan satu masalah sosial yang perlu diatasi dengan segera.
***********************************************************
Baca petikan di bawah ini dengan teiti.
Berdasarkan petikan tersebut, tuis satu rumusan yang panjangnya di antara 80 hingga 100 patah
perkataan Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Kemalangan jalan raya kerap berlaku di negara kita. Kadar kemalangan
meningkat setiap kali musim perayaan walaupun pelbagai kempen dan tindakan
dijalankan oleh pihak berkuasa. Peningkatan jumlah kematian merupakan suatu
kerugian yang melibatkan nyawa, harta benda, wang, tenaga manusia, dan masa.
Memandangkan bilangan kematian terus meningkat, maka pelbagai usaha perlu
diambil untuk mengatasi kemalangan jalan raya. Antara usahanya ialah pengeluaran lesen memandu diperketat demi
membendung kejadian yang menyayat hati terutamanya pada musim perayaan.
Para
pemandu perlu menjalani ujian kecekapan atau latihan memandu yang teliti
sebelum diberi lesen bagi memastikan mereka mengamalkan gaya pemanduan yang
positif. Antara
penyebab peningkatan kadar kemalangan jalan raya termasuklah sikap pengguna
yang cuai. Hal ini dibuktikan melalui kajian yang dilakukan oleh Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ) yang menunjukkan bahawa 90 peratus daripada kes
kemalangan jalan raya berlaku kerana kecuaian pemandu. Dalam memastikan
kemalangan sifar dicapai, hukuman
yang lebih tegas sebagai pengajaran terhadap pemandu perlu dikenakan. Pemandu-pemandu baru yang melakukan kesalahan
dalam tempoh dua tahun pertama perlu dikenakan tindakan perlanjutan tempoh
percubaan sebelum mendapat lesen sepenuhnya.
Orang ramai masih belum belajar daripada kesilapan-kesilapan masa lalu,
malah pengalaman pihak lain juga dipandang rendah Sejajar dengan itu, sudah
tiba masanya pihak berkuasa
mengkaji secara mendalam aspek-aspek yang sesuai dalam sistem pembelajaran dan
pendidikan pemanduan di negara kita. Sistem pemanduan yang dikendalikan oleh pihak JPJ umpama
sistem peperiksaan akademik yang diduduki oleh para pelajar. Sewajamya, elemen
sivik dipupuk pada jiwa seseorang pelajar sehingga amalan tersebut tersemai
dengan mendalam dan menjadi amalan apabila dewasa nanti.
Di samping itu, menjadi
tanggungjawab ibu bapa, sekolah, dan masyarakat menyemai nilai-nilai murmi dalam
usaha melahirkan generasi pemandu yang berhemah. Penguatkuasaan undang-undang dan denda yang dikenakan perlu
diketatkan supaya mereka yang bersalah dihukum sewajamya. Selain itu, penetapan had laju di lebuh raya dan di jalan-jalan
biasa perlu dikekalkan kerana banyak kemalangan yang berlaku berpunca daripada kenderaan yang
tidak dapat dikawal sebagai akibat dipandu terlalu laju. Para pengguna perlu
disedarkan bahawa jalan raya bukanlah tempat untuk berlumba dan mereka perlulah
memandu secara berhemah supaya tidak mengakibatkan nahas yang membabitkan orang
lain.
Jelaslah bahawa banyak langkah yang boleh diambil oleh individu,
masyarakat mahupun negara pelbagai pihak dalam mengurangkan kadar kemalangan
jalan raya. Semua pihak perlu menggemblengkan tenaga secara lebih efektif untuk
mengatasi kemelut ini, janganlah sudah terhantuk baru hendak tengadah kerana
apabila sesuatu kecelakaan sudah berlaku, tiada guna menyesalinya lagi, kerana
nasi sudah menjadi bubur. Tragedi kemalangan boleh berlaku kepada sesiapa
sahaja dan bila-bila masa kerana malang tidak berbau.