Aspek Tatabahasa
Nyatakan pola ayat dasar yang berikut sama ada Frasa Nama + Frasa Nama (FN+FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN+FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN+FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN+FS).
*Murid-murid boleh rujuk nota yang berikut >> KLIK SINI
Contoh jawapan:
Bangunan mercu tanda negara itu sangat tinggi sekali. ____FN+FS_____
1. Program kebersihan sekolah itu dilancarkan pada pagi tadi. _________________.
2. Buku-buku latihan ini untuk adiknya di kampung. _________________.
3. Air sungai di pinggir kampung itu sangat sejuk. _________________.
4. Juruacara majli situ mengumumkan ketibaan tetamu kehormat masuk ke dalam dewan. _________________.
5. Kain songket Kelantan itu untuk Puan Salmah. _________________.
6. Tudung sutera kepunyaan kakak amat cantik sekali. _________________.
7. Syarikat Batik Nusantara menghasilkan pelbagai corak batik moden yang sangat menarik. _________________.
8. Profesor Zahirah pensyarah di kolej matrikulasi itu. _________________.
9. Tiang elektrik itu menghempas sebuah kereta yang tersadai di tepi jalan. _________________.
10. Ibu tunggal itu amat tabah menghadapi dugaan hidup bersama-sama tiga orang anaknya. _________________.
11. Filem popular itu tentang penjajahan Inggeris terhadap Tanah Melayu. _________________.
12. Ubat ini untuk pesakit kencing manis atau darah tinggi? _________________.
13. Gulai ayam ini sangat pedas tetapi enak. _________________.
14. Hilai ketawa tetamu telah menambahkan kemeriahan suasana majlis sambutan hari jadi Sarah. _________________.
15. Lelaki tampan itu abang saudara saya. _________________.