Aspek Seni Bahasa
Salin nota yang berikut.
GAYA BAHASA
1. Bahasa Arab - penggunaan bahasa asing iaitu bahasa Arab dalam novel.
Sebagai contoh: Assalamualaikum, Astaghfirullah
2. Bahasa Inggeris - penggunaan bahasa asing iaitu bahasa Inggeris dalam novel.
Sebagai contoh: classmate, window shopping
3. Hiperbola - penggunaan perkataan yang membawa maksud berlebih-lebihan.
Sebagai contoh: Lidah api menjilat ganas apa-apa sahaja yang tercapai.
4. Personifikasi - Pemberian sifat manusia kepada benda yang tidak hidup.
Sebagai contoh: Rasa serba salah mula mencekik dirinya.
5. Simile - Perbandingan sesuatu objek menggunakan kata-kata perbandingan (terdapat penggunaan perkataan seperti, bak, bagai, macam, laksana, ibarat, umpama).
Sebagai contoh: Syarikat yang ditubuhkan sejak hujung 60-an itu bagai pelita yang meliuk-liuk apinya.
6. Peribahasa - penggunaan peribahasa dalam novel.
Sebagai contoh: putih mata; gulung tikar; genggam bara api biar sampai jadi arang; diluah mati emak, ditelan mati bapa; kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
7. Repetisi - penggunaan perkataan yang berulang dalam satu baris atau rangkap.
Sebagai contoh: "Kerja, kerja. Makan, makan" ujar Hajah Zaoyah.
Sumber: Harummanis2