Khamis, 23 September 2021

T2 - BM - Ulang kaji Ujian Pengesanan

Kemahiran Membaca

Latihan 1

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang langkah-langkah mengukuhkan semangat kejiranan. Panjang ringkasan anda hendaklah mestilah antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.



    Jiran ialah orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita. Semangat kejiranan pula bermaksud hubungan yang akrab dengan jiran tetangga. Sememangnya semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat semakin longgar. Pelbagai langkah perlu diambil untuk mengukuhkan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat pada hari ini.

    Langkah awal ialah masyarakat perlu menghidupkan semua konsep rukun tetangga di kawasan perumahan mereka. Rukun tetangga berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan terutamanya pada malam hari. Masyarakat yang berbilang kaum akan melakukan rondaan bersama-sama. Hal ini dapat mengukuhkan hubungan antara jiran. 

    Selain itu, semangat kejiranan dapat dipupuk dengan mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan kediaman. Langkah mengadakan pelbagai majlis seperti majlas perkahwinan, majlis rumah terbuka, dan majlis bari keluarga dapat mengukuhkan senangat kejiranan juga. Melalui majlıs-majlıs seperti ini masyarakat dapat berkenal-kenalan dan beramah mesra dengan jiran-jiran. 

    Seterusnya, pihak kerajaan perlu memainkan peranan dengan mengadakan kempen kesedaran tentang kepentingan semangat kejiranan Penggunaan media massa seluas mungkin dengan iklan yang menarik sudah pastı berupaya menarik perhatian masyarakat terhadap isu ini. Masyarakat akan mula mempersoalkan tahap semangat kejiranarn mereka Mereka juga akan berusaha untuk mengekalkan dan meningkatkan semangat kejiranan dalam diri. 

    Bukan itu sahaja, masyarakat juga perlu mengubah sikap mereka. Mereka hendaklah memandang semangat kejiranan ini sebagai perkara yang cukup penting dalam kehidupan Semangat kejiranan perlulah diutamakan dalam sebarang tindakan yang ingin dilaksanakan secara bersama.

    Tuntasnya, semangat kejiranan tidak boleh dipandang sebelah mata. Semua pihak perlulah berusaha untuk memastikan semangat ini terus hidup dalam jiwa masyarakat kita. Ingatlah bahawa "jiran sepakat membawa berkat".


 

Latihan 2

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang panjangnya di antara 80 hingga 100 patah perkataan Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.



   
    Pendekatan lama melalui Kempen Bulan Bahasa, Bulan Cintai Bahasa Kita, dan lain-lain jelas kurang memberikan kesan yang berkekalan kepada masyarakat. Oleh sebab itu, kita wajar mencari dan mencuba pendekatan baharu untuk memartabatkan bahasa Melayu terutamanya dalam kalangan generasi muda masa ini.

    Sejarah kegemilangan lampau bahasa Melayu menunjukkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa peribumi, berfungsi sebagau lingua franca, sifatnya sangat lentur dan mudah dipelajari menjadikan bahasa Melayu sabagai bahasa kebangsaan negara kita. Oleh sebab itu, pembinaan bahasa dimaksudkan sebagai usaha ke arah memantapkan bahasa Melayu daripada sudut sistemnya iaitu sistem ejaan, sebutan, tatabahasa, peristilahan, kosa kara dan laras bahasa.

    Bahasa Melayu telah diangkat statusnya di negara kita sebagai bahasa ilmu pengetahuan apabila menjadi bahasa pengantar pada peringkat universiti. Oleh sebab itu, kita perlu meneruskan tradisi ini agar bahasa Melayu tidak lenyap dalam arus pemodenan masa ini. Kejayaan bahasa Melayu itu dapat dilihat sebagai wahana ilmu pengetahuan melauli penggunaan bahasa tersebut dalam syarah-syarahan perdana. Usaha memperkasakan bahasa Melayu di institusi pengajian tinggi )IPT) adalah dengan menggunakan bahasa Melayu dalam situasi-situasi rasmi dan memupuk semangat cinta akan bahasa tersebut.

    Sayugia diingatkan bahasa bahasa Melayu masik merupakan bahasa utama dan bahasa rasmi dalam sidang Parlimen, urusan pentadbiran kerajaan, dan bidang perundangan. Bahasa Melayu dalam budang teknologi maklumat perlu jelas untuk menjadikannya lebih berkeupayaan dan digunakan oleh lebih banyak pengguna. Institusi pengajian tinggi tempatan perlu mengadakan lebih banyak kursus yang berkaitan dengan kejuruteraan menggunakan bahasa Melayu.

    Bahasa Melayu juga wajar meliputi bidang teknologi maklumat yang kian berkembang pesat ini. Dengan cara ini, bilangan golongan yang menggunakan bahasa Melayu pada peringkat kepimpinan dalam industri perisian dapar diperbanyak dan ditingkatkan, terutama dalam kejuruteraan perisian. Syarikat tempatan atau golongan penyelidik perlu bekerjasama dengan pengeluar peralatan CASE luar negara untuk menterjemahkan perisian atau program kepada bahasa Melayu sepenuhnya agar bahasa Melayu akan terus berkembang mengikut peredaran zaman.

    Walaupun sesetengah pihak kurang gemar menggunakan bahasa Melayu, namun sebagai warganegara Malaysia, kita patut mencintai bahasa ibunda kita.


*Murid-murid boleh rujuk rangka penulisan ringkasan/rumusan di sini >> KLIK SINI

PERINGATAN!
--Sila buat tugasan dalam buku Menulis atau jika tiada sila jawab dalam testpad 📖📑
--Setelah siap, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡