Isnin, 1 Februari 2021

[BM] TINGKATAN 3 - Perenggan Pendahuluan

Kemahiran: Menulis

Arahan: Bina perenggan pendahuluan bagi setiap soalan karangan yang berikut.

Soalan:

1. Kemerosotan bidang sukan di negara kita sering diperkatakan. Bincangkan langkah-langkah yang sesuai untuk meningkatkan mutu sukan negara.

2. Masyarakat semakin menyedari kepentingan bersukan dalam kehidupan harian. Jelaskan kepentingan bersukan.

3. Aktiviti sukan mampu untuk mewujudkan perpaduan dan keharmonian antara kaum di negara kita. Bincangkan faedah-faedah bersukan.


RANGKA PERENGGAN PENDAHULUAN KARANGAN

Murid boleh menggunakan rangka perenggan pendahuluan di bawah bagi menulis perenggan karangan.

        Dalam arus teknologi yang amat pesat gelombangnya kini/Seiring dengan peningkatan ekonomi negara yang semakin melonjak naik kini/Sejajar dengan ekonomi dan teknologi yang memberangsangkan di seluruh dunia, _______(topik)______ semakin hangat diperkatakan. _______(topik)______ dapat dirungkaikan dalam erti kata _______(maksud topik)______Topik ini timbul bagai cendawan tumbuh selepas hujan dan sering dibahaskan dalam kalangan masyarakat. [Fokus topik baik] _______(fokus topik)______perlu dirungkaikan agar pihak yang terlibat akan mendapat manfaat dalam kehidupan seharian/ [Fokus topik buruk] _______(fokus topik)______ perlu dirungkaikan agar kita dapat menghindari keburukan/kelemahan supaya tidak merebak dengan lebih teruk lagi. Jelaslah bahawa terdapat banyak _______(fokus topik)______.


PENTING!

1. Kenal pasti topik dan fokus topik yang dibincangkan dalam soalan.

2. Maksud topik ialah perkara yang anda faham mengenai topik.

3. Jika fokus topik baik, guna ayat "_______(fokus topik)______ perlu dirungkaikan agar pihak yang terlibat akan mendapat manfaat dalam kehidupan seharian."

4. Jika fokus topik buruk, guna ayat "_______(fokus topik)______ perlu dirungkaikan agar kita dapat menghindari keburukan/kelemahan supaya tidak merebak dengan lebih teruk lagi."


PERINGATAN!

--Sila jawab soalan dalam buku Menulis atau jika tiada sila jawab dalam testpad 📖📑
--Setelah siap menjawab, ambil gambar jawapan dan PM cikgu di Whatsapp.
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡