Kemahiran Membaca dan Aspek Seni Bahasa
Aktiviti 1
Arahan: Murid perlu menonton dan menghayati bacaan syair dalam video di bawah.
Aktiviti 2
Arahan: Salin nota yang berikut dalam buku Seni Bahasa.
MAKSUD RANGKAP SYAIR
Rangkap 1
Penyair menceritakan warkah yang ditulis oleh orang hina banyak kekurangan berdasarkan pendapatnya yang tidak sempurna.
Rangkap 2
Penyair menyatakan bahawa dia dipandang hina, pemikirannya yang tidak luas dan hidup dalam keadaan miskin.
Rangkap 3
Penyair memohon maaf atas coretan kata-katanya yang ditulis dalam perasaan sedih.
Rangkap 4
Penyair menulis surat untuk meluahkan perasaan cinta kepada pasangannya.
Rangkap 5
Penyair menceritakan perjalanan hidupnya yang sering dirundung malang dan terpaksa menghadapi pelbagai cabaran.
Rangkap 6
Penyair menceritakan kehidupannya yang tiada hala tuju dan terumbang-ambing hinggakan tidak makan dan minum.
Rangkap 7
Penyair tersedar bahawa kesedihan dan kekecewaan boleh mengakibatkan hidupnya musnah.
Rangkap 8
Penyair sedar kekecewaan boleh menyebabkan seseorang itu bertindak di luar kawalan fikiran yang waras dan rasional. Jika penyair menurut perasaannya lebih baik dia memilih mati daripada hidup.
TEMA
Adab dalam kehidupan seseorang yang sering ditempuhi.
PERSOALAN
- Persoalan kebijaksanaan menyusun perancangan bagi memiliki orang yang kita cintai
- Persoalan sikap merendah diri dalam kehidupan.
- Persoalan ketabahan dalam menghadapi dugaan hidup
- Persoalan keperitan hidup orang yang serba kekurangan
NILAI
- Kebijaksanaan
- Merendah diri
- Ketabahan
- Kegigihan
PENGAJARAN
- Kita hendaklah bijak menyusun perancangan demi memikat orang yang kita cintai.
- Kita hendaklah mengamalkan sikap merendah diri supaya orang lain tidak membenci diri kita.
- Kita hendaklah tabah dalam menghadapi sikap dugaan dalam kehidupan
- Kita hendaklah gigih dan tidak berputus asa demi mendapat sesuatu yang kita inginkan
Sumber : Syair Burung Nuri
PERINGATAN!
--Sila salin nota dalam buku Seni Bahasa atau jika tiada sila jawab dalam testpad 📖📑
--Setelah selesai membuat nota Aktiviti 2, ambil gambar tugasan dan PM cikgu di Whatsapp 📱
--Selamat belajar secara norma baharu! Jaga diri, basuh tangan secara kerap dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan yang penting #DudukDiRumah 🏡